HIDUP SEORANG BLOGGER entri wajib 2

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tahniah kepada 53 peserta dari 70 yang berdaftar yang telah terbitkan entri wajib 1 (kepada yg tidak tersenarai sila maklumkan). Esok adalah hari yang penting untuk peserta contest SEO “HIDUP SEORANG BLOGGER” untuk entri wajib ke 2. Sekali lagi aku nak ulangi bahawa keywords yang digunakan untuk penilaian top 10 google.com adalah “HIDUP SEORANG BLOGGER” bukan “Hidup Seorang Blogger” bukan juga “hidup seorang blogger”. Penilaian akan dibuat melalui google.com menggunakan page the web dengan browser firefox. Contest akan ditutup tepat pada jam 11.59pm 6/9/2010 dan ranking top 10 akan dinilai pada jam 12.01am 7/9/2010.

Untuk menjawab soalan topo pemenang top 10 ranking google.com tidak tertakluk kepada entri wajib 1 dan entri wajib 2. Maksudnya walaupun blog yang tersenarai top 10 linknya tidak menghala ke 2 entri wajib masih di kira sebagai pemenang dengan syarat mereka telah berdaftar sebagai peserta dan juga telah terbitkan kedua-dua entri wajib. Seandainya blog yang tersenarai top 10 itu berdaftar tetapi hanya buat 1 sahaja entri wajib dikira tidak layak untuk menjadi pemenang dan peserta yang berikut dikira sebagai pemenang.

Selain 2 entri wajib peserta adalah bebas untuk terbitkan entri lain dan bebas menggunakan strategi yang terbaik cuma diharap sekali jangan menggunakan strategi yang curang (kaki SEO pasti tau apa itu strategi curang). Bertandinglah secara sihat. Kepada blogger lain yang tidak layak menjadi peserta anda juga dijemput untuk memeriahkan contest ini dengan membuat entri khas bertajuk Hidup Seorang Blogger manalah tahu kemungkinan ianya memberi faedah SEO dan Pagerank.

Entri wajib 2 mesti diterbitkan pada 12.01am – 11.59pm 29/8/2010. Sila tinggalkan link HIDUP SEORANG BLOGGER entri wajib 2 dalam ruangan komen entri ini. Selamat berjuang. Pemenang akan diumumkan sebelum raya..kira duit rayalah ni.

Entri Wajib @ Senarai entri wajib 2

[ad#Mangga 300]

295 Comments

  1. Genuinely it is quite great publish and I like to read these skills and also I’m trying it and quite a few thanks for sharing such type of methods please keep it sharing.

  2. It is the best time to make some plans for the future and it’s time to be happy. I’ve read this post and if I could I desire to suggest you few interesting things or tips. Maybe you can write next articles referring to this article. I wish to read even more things about it!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!