Link Popularity tips SEO dari Ariffshah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest SEO “HIDUP SEORANG BLOGGER” semakin panas. 55 blogger telah mendaftar termasuk 7 blogger dari negara jiran Indonesia dan tak mustahil lebih ramai akan ikut serta setelah membaca tips ringkas SEO dalam entri ini. Tips SEO yang akan aku persembahkan ini memang bagus dan aku sendiri pun banyak belajar dari tips ni …kenapa tak percaya??? Jadi kenalah baca sampai habis jangan sekerat-sekerat dan bagus RE TWEET dan Share kat FB tu..heee.

Gambaran sebenar link popularity

Kepada sesiapa yang telah membaca entri aku SEO Tutorial: Komponen Yang Mempengaruhi Google Ranking, korang nampak dalam carta tu Link Popularity terletak di tangga kedua sebagai salah satu komponen penting kepada Google untuk menyenaraikan page korang dalam Google search. Disebabkan entri ni bertemakan pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger, kat sini aku nak kasi satu penerangan mudah kepada korang supaya semua orang dapat idea macam mana Link Popularity ni dikira. Dengan itu, pertandingan ni nanti jadi lebih sengitlah kan. hehe.. Barulah adil macam tu.

Pertama sekali nak tanya, laman web apa yang paling popular dalam internet selain Google? Laman web ni memang satu dunia popular, walaupun kita tak nampak orang link website-website ni kat mana-mana, tapi kalau kena keyword dia kat Google memang senang sangatlah nak cari. Jawapan dia kita tunggu di penghujung entri ni ye.

Perkara asas untuk menaikkan populariti sesebuah laman adalah link. Konsep dia senang je, semakin banyak link yang diterima oleh laman web tu dari pelbagai domain lain, semakin popular laman web tu. Populariti ini dikesan apabila Google mengindex laman web, spiders ni akan sampai semula ke laman web yang telah dilinkkan dari tempat lain. Dalam bahasa yang lebih mudah, contohnya kalau blog.ariff mendapat satu link daripada satu juta laman web atau blog yang lain, maka berjuta-juta kalilah Google bot akan mengindex blog.ariff (kemungkinan akan mendapat PR yang lebih tinggi pada update yang seterusnya). Itu pada asasnya.

Tapi Google pun pandai. Dalam hal ini mereka tahu yang orang akan mula buat berjuta-juta website baru yang lain semata-mata untuk memberi linkback ke website mereka (ada yang menjual kepada website lain). Untuk menangani masalah ini, mereka ambil kira maklumat click through daripada link-link ini, anchor text yang digunakan, IP, ISP dan pelbagai data lain. Kadang-kala sebuah laman web tidak perlu untuk memiliki linkback yang banyak untuk menjadi popular kalau kadar click through untuk laman web tersebut terlalu tinggi.

Dalam hal pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger ini pula, disamping usaha-usaha untuk memantapkan entri pertandingan yang berlandaskan best SEO practices, click through rate adalah penting untuk mendapatkan 10 tempat pertama dalam Google Search Engine Result Page (SERP) dan seterusnya kekal di kedudukan tersebut sehingga pertandingan tamat. Kreativiti peserta adalah penentu kepada keputusan pertandingan ini. Sedikit tips: Anda boleh tweet entri tersebut tiap-tiap hari dengan mesej yang berlainan serta meminta rakan-rakan anda untuk ReTweet entri tersebut.

Oh ya, sebelum terlupa website yang aku maksudkan di awal entri ini adalah website pornografi. Kita tak nampak link dia pada laman web biasa atau blog orang lain, tapi kalau kena pada keywordnya memang laman web pornografi ni akan tersenarai di page pertama SERP dan biasanya kita tak perlu cari jauh sebab ianya dah memang popular!

Selamat berjaya kepada semua peserta pertandingan Hidup Seorang Blogger. Untuk tips SEO asas dalam bahasa Malaysia, silalah ke laman SEO blog.ariff.

Keterangan PenulisEntri ini adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau  Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.

P/s : Senarai penuh blogger berdaftar untuk Contest HIDUP SEORANG BLOGGER.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

163 Comments

  1. kalo dah masalah link…, gak ada jalan lain kecuali langsung garap… makasih banyak nih..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!