5 Blog Berbahasa Melayu yang Top

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku saja jalan-jalan kat google.com sambil search DENAIHATI.COM nak tengok samada aku dah dapat Google Sitelinks seperti yang blog Ariffshah dan Blog Kujie2.com dan ramai lagi blog hebat yang dah dapat. Kalau tengok di Google Webmaster macam dah ada tapi hakikatnya belum dapat google sitelinks lagi untuk Denaihati.com mungkin bulan depan lah tu. Teman-teman dah daftar Google webmaster ke? Kalau belum buatlah sekarang memang bagus untuk analisa prestasi blog kita.

Kemudian aku ternampak pulak link valuethewebsite katanya nilai blog ini USD22,444 dan ada juga informasi daily page views, income perday dan sebagainya. USD22,444 x 3.2 = RM71,820 boleh tahan juga nilai blog ni walaupun baru setahun jagung dalam dunia blogging yg penuh mencabar ni. Ada yang nak beli ke??? Heee boleh buat raya sakan tu.

Ranking oleh Malaysia Top 1000

Tapi yang paling mengejutkan bila ternampak link Malaysia Top 1000. Apa taknya terkejut sebab Malaysia Top 1000 senaraikan Denaihati sebagai ranking no 1 blog Berbahasa Melayu yang Top di ikuti Rohaizad.com, Myjazmanie.com, Ariffshah.com dan Kujie2.com. Secara peribadi rasanya tersalah ranking ni manakanlah boleh Denaihati lebih dari Rohaizad, Myjazmanie, Ariffshah dan Kujie2.com yang mempunyai pengikut beribu riban seluruh dunia. Blogger-blogger hebat ni ada anjur seminar, masuk surat kabar dan digelar sifu lagi. Terasa malu pulak tapi mungkin ini juga jadi motivasi untuk aku kerja lebih kuat. Lagi pun bukan mudah pun Hidup Seorang Blogger ni sentiasa perlu berusaha dan sentiasa update dengan informasi terkini.

397 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!