Media cetak dan laman web serta blog secara amnya

Laman web atau dengan kata lainnya dalam Bahasa Melayu adalah laman sesawang merupakan salah satu teknologi dan medium perantaan untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna atau pembaca. Ianya adalah evolusi dari media sedia ada dan juga pengganti kepada sumber bahan bacaan berasaskan kertas seperti surat khabar dan majalah. Dengan wujudnya sesebuah website, fokus dan matlamat masing-masing menitikberatkan terhadap konsep kewujudannya. Ada diantaranya terbina disebabkan penjualan, agen hartanah, saham & kewangan dan macam macam lagi.

Bayangkan kita adalah pengurus sebuah syarikat majalah. Untuk menghasilkan 100 naskah majalah, beberapa faktor perlu kita fikirkan terutama bab kos senggaraan bahan cetakan, penggunaan warna, kualiti penggunaan kertas dan sebagainya. Tapi dengan terbinanya sebuah laman web atau blog, ianya mampu di akses beratus-ratus pengguna dan pembaca dengan pantas. Dengan berbekalkan beberapa strategi perniagaan secara online dimana pengguna terlebih dahulu perlu membuat pendaftaran dan kemudian langganan bulanan akan beroperasi sama seperti melanggan majalah URTV atau Majalah Komputer dan sebagaimana pada masa sekarang.  Ini merupakan teknik yang digunapakai bagi menggantikan beberapa kelemahan yang ada pada sistem media masa sekarang.

Sumber daripada Google.

Amat menarik konsep berkaitan pendaftaran dan stategi kewangan. Sikap ingin tahu manusia membuatkan mereka sentiasa tercari-cari maklumat untuk kegunaan pada masa kini mahupun akan datang. Kewujudan E-Portal dan E-Book yang diperdagangkan secara online juga merupakan salah satu evolusi perniagaan yang melibatkan bahan bacaan dan percetakan. Manusia tidak perlu lagi ke kedai untuk memiliki majalah kegemaran, sebaliknya hanya perlu melanggan dalam website tertentu untuk sentiasa pada tahap UP-TO-DATE dengan perkembangan semasa.

Blog dan Website dengan konsep percuma tetapi menguntungkan pemiliknya??? Ramai yang bertanya dari mana mereka semua mendapatkan hasil bagi memajukan laman mereka? Bagi sesetengah dari pencipta laman web informasi atau blog, mereka mengganggap menjadikannya sebagai sumber terbuka dan percuma adalah satu hobi dan kepuasan. Mereka kebanyakkan mengeluarkan modal terlebih dahulu sebelum memfokus kearah matlamat penubuhan laman web atau blog mereka. Jika anda perhatikan, maklumat yang diberi dan disampaikan oleh mereka adalah secara percuma, terus kepada anda…. tapi dari mana datangnya hasil untuk menggerakkan server milik mereka tersebut. Semua itu memerlukan KOS bukan?.

[ad#HTML-8]Persoalan tersebut sering menjadi tanda tanya kepada kita di mana hampir kita tergamam sekiranya menyatakan JustKhai tidak bekerja tetapi membuat blog sepenuh masa. Begitu juga dengan Saudara Rohaizad dan lain lain lagi. Dari mana datangnya sumber kewangan berasaskan blog ini? Keuntungan dan pendapatan beliau menjana blog dan bekerja secara FREELANCE boleh dikatakan mengalahkan gaji kita yang bekerja tetap. Pasti ada yang agak bingung dengan keadaan sedemikian. Ramai yang bertanya BOLEHKAH?? JustKhai dan Saudara Rohaizad ada berkongsi beberapa TIPS kepada rakan-rakan semua. Kalau rajin boleh semak ke blog mereka mengenai perkara ini.

Dari apa yang beliau sampaikan kepada semua, saya dapat rumuskan bahawa konsep pengiklanan sebenarnya memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan berasaskan blog. Bila sebut saja Iklan dan Blog, mungkin ramai yang akan terfikir NUFFNANG, ADVERLET, INNITY ataupon TNX. Itu sajakah yang kita fokuskan??? Bagaimana pula dengan konsep POSTING Berbayar? Iklan sewa khas di sidebar, header atau dalam pos harian anda??? Masing-masing mempunyai nilai yang boleh anda tetapkan.

Untuk menjadi pengiklanan terunggul anda memerlukan laman web atau Blog yang betul-betul boleh memberi kepercayaan kepada palabur anda. Konsep PR dan ALEXA adalah perkara yang sering dipandang dalam menentukan nilai yang bakal raih. Jadi bagaimana pula untuk menjadikan blog anda seunggul mereka yang terdahulu? Persoalannya sekarang, apakah fokus dan konsep yang anda ingin ketengahkan dalam mencipta laman web atau blog? Dimanakah untuk mencarik kriteria dan kelebihan dalam menulis? Kalau nak tau… saya akan sambung penulisan dan perbincangan ini untuk masa akan datang, insyaallah.

Mungkin anda juga mempunyai pengalaman masing-masing yang ingin dikongsi bersama. Apa kata anda konsi bersama dalam catatan ini di ruangan komen untuk perkongsian ilmiah bersama.

Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya Azman Ishak yang merupakan seorang blogger yang sangat berbakat. Blog beliau  AzmanIshak.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging. Beliau juga adalah penulisan jemputan tetap di blog Hidup Biar Sedap.

@Kepada yang belum menyumbang untuk Tabung Musim Kemboja sila klik Tabung Muslim Kemboja.

@Kepada yang nak dapat Acer Aspire One percuma sila klik Hidup Untuk Memberi.

[ad#advertlets336]

219 Comments

  1. Pingback: Media cetak dan laman web serta blog secara amnya | Denaihati

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!