P1 Wimax tak boleh harap betul ke

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kebelakangan ini banyak pulak nampak status negatif kisah P1 Wimax yang menipu pelanggan sehingga terwujudnya group FB “P1 Wimax Sucks“. Sebelum ini ada juga terbaca kisah blogger Azman Ishak bawa kes P1 Wimax ke tribunal. Yang terbaru khabarnya ramai pengguna P1 Wimax yang tersangkut nama dalam senarai CTOS akibat bil tertangguh dan majoriti tak bayar kerana tak gembira dengan perkhidmatan yang di beri bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Patutlah gerai P1 Wimax kat The Mines tu dah sunyi sepi sahaja.

gambar pelanggan P1 mengamuk

Blog Denaihati pun ada kisah dengan P1 Wimax yang dah terpendam lebih setahun. Perkenalan dengan P1 Wimax bermula apabila Jaws Ismail berjaya meyakinkan rakannya yang ketika itu bekerja dengan P1 Wimax untuk menaja line internet untuk seminar wordpress dan majlis sepetang bersama blogger 2012. Hubungan dengan P1 Wimax tidak tamat setakat itu seterusnya team Denaihati berjaya membantu mengumpulkan ramai rakan blogger untuk beberapa majlis dan review produk P1 Wimax TANPA APA-APA BAYARAN. Antara projek yang kami bantu adalah projek “P1 MiFi internet 4G dimana sahaja” bersama rakan blogger yang lain.

[box type=”shadow”]P1 juga meminta bantuan mencari beberapa orang blogger yang selalu berkerjasama dengan Denaihati Network untuk menjadi peserta dalam program seeding MiFi. Secara keseluruhannya, 15 orang blogger telah dipilih oleh pihak P1 untuk menyertai program ini – petikan dari entri “P1 MiFi tukar tak tukar” [/box]

Setelah membantu mencari rakan blogger untuk beberapa projek P1 Wimax tanpa meminta apa-apa bayaran rasanya tak salah untuk meminta tajaan di majlis sepetang bersama blogger 2013. Tapi malangnya surat yang dikirimkan kepada P1 Wimax bukan sahaja tidak mendapat balasan malah menjadi isu diperingkat pengurusan P1 Wimax. Mungkin P1 Wimax dah terasa terlalu hebat maka rakan blogger yang dahulunya membantu mereka tanpa bayaran dipandang sepi tanpa harga. Mungkin mereka belum tahu kuasa pengguna dalam dunia online tanpa batas boleh meruntuhkan perniagaan walaupun sebesar mana.

[box type=”shadow”]Perhatian Kepada Semua Ahli Group Sila Baca & Tolong Kasi Bump/ Up / Komen / Like Dan Sewaktu Dengannya Pada Semua Post-Post Penting Oleh Admin Di Bawah Ini.. Ini Bertujuan Agar Anda Memahami Erti Sebenar Sumpah Seranah Kepada Pihak P1 Dan Langkah-Langkah Penyelesaian.. Kalau Ada Lagi Pos Yang Dirasakan Penting Minta Admin Tambah Yer.. Macih.. Group FB P1 Sucks  [/box]

Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku kepada P1 Wimax adakah boleh bertahan atau hilang ditelan gelombang ganas kerana kesilapan sendiri. Jika anda pun ada cerita duka dengan P1 sila kongsikan dan jangan lupa sebarkan mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang bermasalah seperti entri kawan kita ini “Apabila P1 Wimax dinyah ke dalam jamban” memang marah betul ni siap dengan gambar pelanggan P1 mengamuk lagi tu.


Spread the love

153 Comments

  1. p1max sy langgan hanya bleh bukak kawasan trtentu sahaja..
    ase rugi sangt sbb bill jln tp line x dpat bile blik rumah…
    padahal saya duk kawasan bandar la jgk…
    bkn pedalaman..

  2. Sumpah line terok.. Padahal saya duduk kl.. Yang sadisnya.. Bila melintas je sebelah or bedepan ngan modem dia.. Signal mesti kacau.. Bodoh gila.. Disebabkan nak terminate tak boleh. Sebab contract 2 tahun xsilap masa tu.. Xingat dah.. Tp masa nak terminate.. Memang menyusahkan gila2.. Nak kena byr outstanding smbil habis.. Kena lamsam.. Diulang balik.. LAMSAM! Den pegi cawangan dia anta modem.. Pkai sebulan 2 je masa tu.. Lepastu xguna dah.. Bill bejalan je.. Dsebabkan bengang.. So saya biarkan.. Lastly skang nama saya dah blacklist.. Nak kena settle outstanding dlm 2k++ bru dorang clear nama. Bagi diskaun pon 30% mcm mana saya nak settlekan kalau saya tak gunakan pon? Memula je signal ok bayar cantik. Bila da kena camtu mmg buat dek jela.. Sumpah saket hati.. Skang da taktau patot settlekan ke x.. Masalahnye skang saya nak beli kereta pon sangkot -___-“

  3. mmg patut pun ttp p1 wimax nie.. menyusahkan org je..msa mula2 pakai agent kate laju tempat pun ada line.. bila guna seminggu lembab nak mampus pastu kat dlm umah x de line., nak kena g luar .. kejadah ape.. xkan nak ddk kat laman rumah kot..last terminate tu pun diorg suh byr denda.. padahal diorg salah.. bila nak bwk kes ke tribunal diorg nak settel kata x payah bayr.. tau takut

  4. sy penguna p1.. area mambau..last year p1 inform ader gangguan dekat area seremban…mambau….sy check sampai lima kali buat aduan…lastly p1 inform sy yg pencawang dia dicabut area kawasan saya…..tp still dpt conection tapi lembap check dgn p1 rupenye pencawang yg paling dekat area rasah jaya….sy buat report lastly diorg mintak sy buat pemberhentian……so sy stop p1…..maser dulu promotion inform if pulangkan modem duit modem dipulangkan…..tapi mase sy buat pemotongan line pulangkan modem satu sen pon x dapat…so sy stop…skung gune maxis ……sy memg x puas hati dgn p1 ni

  5. Aku nk terminate dia ta Bg ..time tu hutang 350..
    Setel hutang bru leh terminate…
    Klu ketiga…Aku dtg pjbt kt then , tinggi suara kt customer service…smpi pakgud dtg…bru la dea stuju nk terminate…
    Time. Tu outstanding da 1k… Ptut la ta kemana bisnes
    Mkan wet haram kejanya

  6. Saya guna sekali seumur hidup.. line coverage… hm.. nk ckp skt hati dh terguna.. line mmg cantik kt kawasan perumahan ni (sekitar kawasan kluang, Johor) tp hnye dlm bandar saje. Masalahnye kawasan perumahan sy ade dlm list yg disyorkan boleh guna.. tp.. bile dh pakai kt rumah..better gne line streamix je la gitu..langsung xde line cuz bile semak blik…dorg ckp line kt kawasan sy xde dlm liputan. Mase promo bkn main ade… dh terpakai dkt 3bln lah2 cut bujet byr hbis.. tp pas 3bln sy off rupenye dorg pulangkn blik byrn sy yg lebih byr dlm bntuk cek..tp kne gi blik utk byr yg lebih tu.. soalannye.. knpe x trus kire jek.. malas nk cari stall dorg gi bayar blik..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!