P1 Wimax tak boleh harap betul ke

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kebelakangan ini banyak pulak nampak status negatif kisah P1 Wimax yang menipu pelanggan sehingga terwujudnya group FB “P1 Wimax Sucks“. Sebelum ini ada juga terbaca kisah blogger Azman Ishak bawa kes P1 Wimax ke tribunal. Yang terbaru khabarnya ramai pengguna P1 Wimax yang tersangkut nama dalam senarai CTOS akibat bil tertangguh dan majoriti tak bayar kerana tak gembira dengan perkhidmatan yang di beri bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Patutlah gerai P1 Wimax kat The Mines tu dah sunyi sepi sahaja.

gambar pelanggan P1 mengamuk

Blog Denaihati pun ada kisah dengan P1 Wimax yang dah terpendam lebih setahun. Perkenalan dengan P1 Wimax bermula apabila Jaws Ismail berjaya meyakinkan rakannya yang ketika itu bekerja dengan P1 Wimax untuk menaja line internet untuk seminar wordpress dan majlis sepetang bersama blogger 2012. Hubungan dengan P1 Wimax tidak tamat setakat itu seterusnya team Denaihati berjaya membantu mengumpulkan ramai rakan blogger untuk beberapa majlis dan review produk P1 Wimax TANPA APA-APA BAYARAN. Antara projek yang kami bantu adalah projek “P1 MiFi internet 4G dimana sahaja” bersama rakan blogger yang lain.

[box type=”shadow”]P1 juga meminta bantuan mencari beberapa orang blogger yang selalu berkerjasama dengan Denaihati Network untuk menjadi peserta dalam program seeding MiFi. Secara keseluruhannya, 15 orang blogger telah dipilih oleh pihak P1 untuk menyertai program ini – petikan dari entri “P1 MiFi tukar tak tukar” [/box]

Setelah membantu mencari rakan blogger untuk beberapa projek P1 Wimax tanpa meminta apa-apa bayaran rasanya tak salah untuk meminta tajaan di majlis sepetang bersama blogger 2013. Tapi malangnya surat yang dikirimkan kepada P1 Wimax bukan sahaja tidak mendapat balasan malah menjadi isu diperingkat pengurusan P1 Wimax. Mungkin P1 Wimax dah terasa terlalu hebat maka rakan blogger yang dahulunya membantu mereka tanpa bayaran dipandang sepi tanpa harga. Mungkin mereka belum tahu kuasa pengguna dalam dunia online tanpa batas boleh meruntuhkan perniagaan walaupun sebesar mana.

[box type=”shadow”]Perhatian Kepada Semua Ahli Group Sila Baca & Tolong Kasi Bump/ Up / Komen / Like Dan Sewaktu Dengannya Pada Semua Post-Post Penting Oleh Admin Di Bawah Ini.. Ini Bertujuan Agar Anda Memahami Erti Sebenar Sumpah Seranah Kepada Pihak P1 Dan Langkah-Langkah Penyelesaian.. Kalau Ada Lagi Pos Yang Dirasakan Penting Minta Admin Tambah Yer.. Macih.. Group FB P1 Sucks  [/box]

Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku kepada P1 Wimax adakah boleh bertahan atau hilang ditelan gelombang ganas kerana kesilapan sendiri. Jika anda pun ada cerita duka dengan P1 sila kongsikan dan jangan lupa sebarkan mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang bermasalah seperti entri kawan kita ini “Apabila P1 Wimax dinyah ke dalam jamban” memang marah betul ni siap dengan gambar pelanggan P1 mengamuk lagi tu.


Spread the love

153 Comments

  1. pernah guna rm49 sebulan, tapi berhenti guna selepas dia tambah charge rm58 sebulan tanpa memberitahu…

  2. pernah guna p1 ni

    masa tu area jb memang best

    lepas setahun nak terminate,leceh betoi prosedur sebab kene called p1 center cakap nak terminate,lepastu kene

    pulangkan modem

    mujo la tak kene ctos

    huhuhuhu

  3. Saya pernah guna P1 selama dua hari di rumah kawan di KL,pada masa tu prestasinya boleh la tahan.,kalau di kawasan sini memang belum ada liputan P1

  4. Memang dah banyak dengar cerita tentang keburukan P1 wimax ni..mujur saya sempat potong hari tu..benar seperti apa yang bro DH katakan..walau sebesar manapun sesebuah syarikat tersebut, jgn sombong dan angkuh..kena dahulu dan pentingkan pengguna..
    Curahan rasa Hairul Azni @ ..Muat Turun Evasi0n7 Versi 1.0.1My Profile

  5. Pengalaman buruk dengan P1 memang ada. Akibatnya memang P1 selayaknya ditongsampahkan.. Sekarang selesa dengan Unifi. Tapi ada juga P1 main jahat. Dia datang rumah siap promote P1 Fiber yang menumpang line unifi tuh. Siap dia offer nak bayar denda langgar kontrak kat unifi lagi kalau kita rela pasang P1 Fiber.
    Curahan rasa Amran @ ..BR1M, Antara Layak Dan MaruahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!