P1 Wimax tak boleh harap betul ke

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kebelakangan ini banyak pulak nampak status negatif kisah P1 Wimax yang menipu pelanggan sehingga terwujudnya group FB “P1 Wimax Sucks“. Sebelum ini ada juga terbaca kisah blogger Azman Ishak bawa kes P1 Wimax ke tribunal. Yang terbaru khabarnya ramai pengguna P1 Wimax yang tersangkut nama dalam senarai CTOS akibat bil tertangguh dan majoriti tak bayar kerana tak gembira dengan perkhidmatan yang di beri bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Patutlah gerai P1 Wimax kat The Mines tu dah sunyi sepi sahaja.

gambar pelanggan P1 mengamuk

Blog Denaihati pun ada kisah dengan P1 Wimax yang dah terpendam lebih setahun. Perkenalan dengan P1 Wimax bermula apabila Jaws Ismail berjaya meyakinkan rakannya yang ketika itu bekerja dengan P1 Wimax untuk menaja line internet untuk seminar wordpress dan majlis sepetang bersama blogger 2012. Hubungan dengan P1 Wimax tidak tamat setakat itu seterusnya team Denaihati berjaya membantu mengumpulkan ramai rakan blogger untuk beberapa majlis dan review produk P1 Wimax TANPA APA-APA BAYARAN. Antara projek yang kami bantu adalah projek “P1 MiFi internet 4G dimana sahaja” bersama rakan blogger yang lain.

[box type=”shadow”]P1 juga meminta bantuan mencari beberapa orang blogger yang selalu berkerjasama dengan Denaihati Network untuk menjadi peserta dalam program seeding MiFi. Secara keseluruhannya, 15 orang blogger telah dipilih oleh pihak P1 untuk menyertai program ini – petikan dari entri “P1 MiFi tukar tak tukar” [/box]

Setelah membantu mencari rakan blogger untuk beberapa projek P1 Wimax tanpa meminta apa-apa bayaran rasanya tak salah untuk meminta tajaan di majlis sepetang bersama blogger 2013. Tapi malangnya surat yang dikirimkan kepada P1 Wimax bukan sahaja tidak mendapat balasan malah menjadi isu diperingkat pengurusan P1 Wimax. Mungkin P1 Wimax dah terasa terlalu hebat maka rakan blogger yang dahulunya membantu mereka tanpa bayaran dipandang sepi tanpa harga. Mungkin mereka belum tahu kuasa pengguna dalam dunia online tanpa batas boleh meruntuhkan perniagaan walaupun sebesar mana.

[box type=”shadow”]Perhatian Kepada Semua Ahli Group Sila Baca & Tolong Kasi Bump/ Up / Komen / Like Dan Sewaktu Dengannya Pada Semua Post-Post Penting Oleh Admin Di Bawah Ini.. Ini Bertujuan Agar Anda Memahami Erti Sebenar Sumpah Seranah Kepada Pihak P1 Dan Langkah-Langkah Penyelesaian.. Kalau Ada Lagi Pos Yang Dirasakan Penting Minta Admin Tambah Yer.. Macih.. Group FB P1 Sucks  [/box]

Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku kepada P1 Wimax adakah boleh bertahan atau hilang ditelan gelombang ganas kerana kesilapan sendiri. Jika anda pun ada cerita duka dengan P1 sila kongsikan dan jangan lupa sebarkan mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang bermasalah seperti entri kawan kita ini “Apabila P1 Wimax dinyah ke dalam jamban” memang marah betul ni siap dengan gambar pelanggan P1 mengamuk lagi tu.


Spread the love

153 Comments

  1. aku salah sorg pengguna P1.. salesman penah gtau line p1 adalah paling terbaik yang pernah ada.. “bro awk x menyesal guna p1” ok fine aku sign up la ngan barua tu.. mula2 mak aih mencanak beb pegi die….kalah siput sedut…masuk bulan ke2 dah mcm taik sampai la ke bulan ke 8 line mcm siput babi… for what aku bayar tp line tkde…tertunggak 4 bulan..time nk terminate die mintak aku byr 3 ratus lebih…celaka ko p1… bil aku bru 39.00 sebulan
    gentle P1 memang PALING GAMPANG penah aku jumpa… n skrg aku dah CTOS angkara P1 GAMPANG nie…sial pny p1

  2. As salam…
    saya seorang pengguna p1..dlu mmg line dia ok…tp lm kelamaan line smkin truk dan modem asyik merah je…n one day…dh xleh guna lgsg…so im refuse tu pay…n call p1 byk kali…tp xpnh dpt bckp…shigga 1 hari…p1 call sy sb nk mnta pymt yg ttggak slama 3 bln…then i complaint…n yg pling truk…dia mta sy bayar jg…atau sy akn dkenakn tindakan…n sy mta utk termination…staff tu still refuse to terminate n ckp if nk terminate kne byr 1000 sb under contract…so sy byr tggakan n bt kptsn nk tgu hingga contract tamat…bln 10 nt..but..2 days ago..p1 cl sy utk pymbungan contract..dan yg pling tkejut..bila sy tny psl termination…pegawai tu ckp…hny rm200…n bila pulangkn modem..dpt blik rm50…itu shj…so mn 1 yg betul ni?atau p1 sngaja nk sy byr wlau service dia mcm hampeh!!

  3. salam…i am one of PI victim…sy disuruh bayar bil rm1069++ even sy guna sebulan shaja..itupun lembab nk mampus…lg lembab dr siput babi…bila ngadu mcm2 alasan diorg bg…then siap warning sy akan dimabil tindakan undang..sue n whatever else…ape yg sy xpuas hati..blacklist from ctos…sy nk bli barang pn susah nama blacklist…for what i need to pay for da smthing i m not used???…stupid PI WIMAX..!!!!!

  4. Lebih baik pakai unlimited.. hehe.. sapa nak pakai?? Hubungi sy din.. 0145622247.. hoho.. xde risiko utk nama ctos n etc.. PNP ja…

    1. kalo dah terminate diorang akan kasi kertas atau borang terminate pada kita..yang2 baru conform terminate..ada dapat x?

  5. mase time pi tgh up dulu ade pakai pi broadband. okla bole la dari xde. lepas tu da terminate sbb smartphone skrg kan da mcm komputer. tp masalahnyer apsal bil sampai g kat rumah kampung?? sakai xbertempat

  6. Saya bekas pengguna p1 wimax pd thn 2012…. sy call careline dy mntk terminate dorg bgtau xleh kn pergi cwangan tdkat… bla dh smpai kt cwangan xblh trminate… so sy xpkai slma 5bln then sy dpt email bgtau bil trtunggak…. even xgna n dh bgtau nk terminate pn bil msh jln… lpas tu lawyer dorg call bgtau nm akn letak dlm CTOS kalo xjelaskn tunggakan bil… sy dh pnas trus pg setelkn byran…. dan baru2 ni dpt email dr lawyer dorg lg bgtau nm akn dltakkn dlm CTOS sbb lawyer yg lpas dh buat silap n soh sy jlaskn tunggakan scepat mgkin… what the heqq is that? Sy blm lg ke cwngan p1 utk keterangan lnjut sbb bz keje…. tp kalo btul msh ad baki trtggak… sy akn buat report polis…. mmg brand yg plg sampah pnh sy gna… huh

  7. saya baru start guna p1 awal tahun ni..alhamdulillah setakat ni saya ok dgn p1max..internet laju dan rasa puas hati lagi untuk setakat ni..tapi sy dgr ramai org ckp kalau nak cancel nnt sure ada problem..betul ke?..

    1. xtau lah pulak..sebb saya cancel senang jew..inform kat p1 then pgi cawangan terdekat ckap nak terminate.settle

  8. Assalamualaikum smua sy pon nk luah kcewa pasal p1 ni..3 bln lpas sy dh pndah rumah tp problem nye area tu xde coverage p1.bila kol p1 nk potong line dia ckp kna byar penalti rm200 xtmasuk bill baru leh terminate sdangkn msalah coverage tu di luar jangkaan kita..skang sy pkai tm..stiap blan bil asik jalan jer tnpa sy guna.bila mntak dia terminate sbb xde coverage spya bil xjalan.. dia ckp xleh bntu kalu xde coverage sbb polisi syarikat.rsa sakit hati plak..pening pkir mne nk cekau duit nk byar tunggakan n penalti tu…

    1. mmg diorang xbleyh bantu.bila kita daftar kan untuk kawasan tersebut ( alamat lama) diorang hanya akan settle kan masalah dkt kawasan itu sahaja…lain kawasan ( pindah) mmg xbleyh.sbb itu dah jadi masalah kita..polisi cm2..saya pn pernah jadi

  9. sy guna p1onthe go . bru pakai 2minggu line dah lembab giler . nk kate dwld ape2 x de cume on9 google for stdy . .pastu pindah melaka tros xde coverage pas tu call dia kaye kena tuka product lain . . ok la sy kata pakai wifi rumah la . tgk2 pown xde coverage . so mcm mane ? jd off kn sekejap la . smpai ada kebel masok mlaka . . last2 bln dpn bill sampai . eh . kn dah off kn . x kn kena blah ayar jugak ok la xpe la biar je . bln depan naik lg . smpai setahun bill tu naik naik naik dan naik dlm perjanjian kontrk 6bulan je jd nye bill yg smpai naik smpai sethun stgh punya bill . .haprak betol . tp line xde2 pown kat mlaka . x kan setiap kali nak on9 kena p bandar melaka . so nama sy pown dah masok ctos tp ctos x blh nk ctos kn haha itu yg sy baca dlm ctos apps . jd sy biarkan aje bill tu . lg pown dia x hanta surat hitam putih jd sy anggap burn aje . ..

  10. P1 max mmg sucks. Big time. They charged me everymonth walaupun tak pakai. I explained to them i live outside malaysia, n i mntak dorg terminate line buat sementara dlu, tapi dorg refused! Dorg charged smpai bil naik beribu pastu tau tau dpt warning pasal blacklist. I da ckp mcm mana nk anta modem kalau i duk luar malaysia. I ckp i am not going to pay the amount that i tak pakai, tapi apa yg they can say is “sorry i cant help you on this and theres no discount” not allowed to have discount La katanya. melampau kot.

  11. apa-apa pun dah 18 ribu orang kena ni,bukan 18 bukan 180 tadi 18,000..kalau dah keji memang keji ini,masuk tandas la p1…dan saya nak cakap >>>>>> P1 WIMAX SUCKS!

    1. tapi* bukan tadi yerrr,maaf la dah taip cepat sangat ya,dan saya kalau p1 ini insaf atau bankrup je bagus,aman dunia

    2. Saya pun penguna p1 wimax dulu mase saya beli dia ade promosi besar besaran tapi sekarang dh 5 bulan lebih guna ade masalah sikit p1 ini asik disconnect dan connect je rase nk tukar tm tapi dh x leh sebab tm dh pernah guna so saya asik sakut je wifi ini boleh bagi tahu saya kenapa kah p1 asik ade masalah disconnect and connection ?

  12. peluang perniagaan Dalam bisnes top up semakin meluas dan berpotensi berkembang maju dari masa ke semasa. Peluang perniagaan nie terbuka kepada siapa sahaja tanpa mengira had umur, kedudukan status, tidak kira anda bekerja tetap atau tidak. Ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin mencari pendapatan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Boleh jadi suatu hari bisnes topup menjadi pekerjaan tetap anda.. dengan income yang anda puas hati.. IN SHAA ALLAH.. dengan usaha anda..Daftarlah sekarang !

    sesuai untuk :
    # pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
    # peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
    # penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
    # penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan

    MEMPERKENALKAN !!!
    Part Time Bisnes (Topup) – Pakej Agen..

    Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
    Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..

    Produk Yang Disediakan :-
    * Maxis
    * Digi
    * Celcom
    * Umobile
    * Tunetalk
    * Xox
    * Merchantrade
    * Digissocial
    * Digisidd
    * Digibroadband
    * Molpin
    * Tron
    * Italk
    * Cib-Mall Pin
    * A-Cash Pin
    * Mcoins Pin
    * Njoi Flexi
    * Celcom Bill
    * Maxis Bill
    * Digi Bill
    * Umobile Bill

    Utility Bill :-
    * Telekom Bill
    * Astro Bill
    * Syabas Bill
    * Tnb Bill
    * Water Bill (Johor, Kelantan, Kuching, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sibu)
    * Electricity Bill (Sabah & Sarawak)
    * Indah Water Bill
    * Unifi Bill
    * Sada Bill

    UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA

  13. Hmmmmmm. .. Nak share jugak…. Ari tu my dad gune p1 wimax ni jugak.. Dah lah x lajum. Pas tu kate free.. Kejap jer gune.. Pas tuh, x pasal pasal kena byr sampai RM 700.. Perghh.. Sakit sngt hatiii

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!