P1 Wimax tak boleh harap betul ke

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kebelakangan ini banyak pulak nampak status negatif kisah P1 Wimax yang menipu pelanggan sehingga terwujudnya group FB “P1 Wimax Sucks“. Sebelum ini ada juga terbaca kisah blogger Azman Ishak bawa kes P1 Wimax ke tribunal. Yang terbaru khabarnya ramai pengguna P1 Wimax yang tersangkut nama dalam senarai CTOS akibat bil tertangguh dan majoriti tak bayar kerana tak gembira dengan perkhidmatan yang di beri bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Patutlah gerai P1 Wimax kat The Mines tu dah sunyi sepi sahaja.

gambar pelanggan P1 mengamuk

Blog Denaihati pun ada kisah dengan P1 Wimax yang dah terpendam lebih setahun. Perkenalan dengan P1 Wimax bermula apabila Jaws Ismail berjaya meyakinkan rakannya yang ketika itu bekerja dengan P1 Wimax untuk menaja line internet untuk seminar wordpress dan majlis sepetang bersama blogger 2012. Hubungan dengan P1 Wimax tidak tamat setakat itu seterusnya team Denaihati berjaya membantu mengumpulkan ramai rakan blogger untuk beberapa majlis dan review produk P1 Wimax TANPA APA-APA BAYARAN. Antara projek yang kami bantu adalah projek “P1 MiFi internet 4G dimana sahaja” bersama rakan blogger yang lain.

[box type=”shadow”]P1 juga meminta bantuan mencari beberapa orang blogger yang selalu berkerjasama dengan Denaihati Network untuk menjadi peserta dalam program seeding MiFi. Secara keseluruhannya, 15 orang blogger telah dipilih oleh pihak P1 untuk menyertai program ini – petikan dari entri “P1 MiFi tukar tak tukar” [/box]

Setelah membantu mencari rakan blogger untuk beberapa projek P1 Wimax tanpa meminta apa-apa bayaran rasanya tak salah untuk meminta tajaan di majlis sepetang bersama blogger 2013. Tapi malangnya surat yang dikirimkan kepada P1 Wimax bukan sahaja tidak mendapat balasan malah menjadi isu diperingkat pengurusan P1 Wimax. Mungkin P1 Wimax dah terasa terlalu hebat maka rakan blogger yang dahulunya membantu mereka tanpa bayaran dipandang sepi tanpa harga. Mungkin mereka belum tahu kuasa pengguna dalam dunia online tanpa batas boleh meruntuhkan perniagaan walaupun sebesar mana.

[box type=”shadow”]Perhatian Kepada Semua Ahli Group Sila Baca & Tolong Kasi Bump/ Up / Komen / Like Dan Sewaktu Dengannya Pada Semua Post-Post Penting Oleh Admin Di Bawah Ini.. Ini Bertujuan Agar Anda Memahami Erti Sebenar Sumpah Seranah Kepada Pihak P1 Dan Langkah-Langkah Penyelesaian.. Kalau Ada Lagi Pos Yang Dirasakan Penting Minta Admin Tambah Yer.. Macih.. Group FB P1 Sucks  [/box]

Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku kepada P1 Wimax adakah boleh bertahan atau hilang ditelan gelombang ganas kerana kesilapan sendiri. Jika anda pun ada cerita duka dengan P1 sila kongsikan dan jangan lupa sebarkan mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang bermasalah seperti entri kawan kita ini “Apabila P1 Wimax dinyah ke dalam jamban” memang marah betul ni siap dengan gambar pelanggan P1 mengamuk lagi tu.


Spread the love

153 Comments

  1. Harap ambil perhatian WiMax adalah teknologi sila rujuk kepada site ini
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi_di_Malaysia

    Sebagai contoh P1, AMAX dan Yes 4G mengunakkan teknologi WiMax. Teknologi tiada masalah dan kegunaannya adalah untuk kita. Tapi pengusaha yg mendapat konsesi pembekal jalur lebar di Malaysia ni bersikap kapitalis yg amat jahat.

    Kita sain kontrak kerana mahu gunakan perkhidmatan dengan harga yang dipersetujui. Akan tetapi sikap kapitalis yang mengunakan kertas perjanjian untuk menjerat pengguna adalah satu tindakan yang salah dan tidak beritika.

  2. Saya dah guna P1 ni sampai tamat tempoh 2 tahun. Antara pengguna yg terawal. Mula mula memang best. Tingkat 16 pun clear dan laju. Tapi lama kelamaan service makin tak bagus. Sampaikan satu tahap kuata data untuk satu bulan berlebih banyak; puncanya network terlampau slow. Aduan guna fon tak berguna sungguh; menghabiskan kredit saja.

    Ada dua kali buat aduan sehinggakan P1 kasi offer waiver bayaran 99 hinggit tu untuk dua bulan yang berasingan. Bila saya tak buat pembayaran terus potong!!! Mana pergi waiver saya?

    Perjanjian Kontrak? Pirah mabuk kalau saya sain pun terbatal jika perjanjian itu berat sebelah.
    Siapa yang tamatkan? P1 ada hak nak gantung perkhidmatan jika saya tak bayar, tapi mau tuntut lebih untuk setiap bulan bulan apa hal pula? Saya tidak dapat apa apa feadah dari service pun. Jika hendak ikutkan kontrak, mengapa tidak memberikan service yang memuaskan?

    Sehingg sekarang jumlah yang dituntut telah mencecah RM1,584.00 Alasan: Pasal saya tak pulangkan modem batu bata tu. Ala… alasan aje tu. MOdem tu dah saya gunakan lebih dua tahun. Nak balik? dah obsolete tu. Kalau baru guna tu ok gak la.

    Bila speed slow, alasan upgrading la. alasan duduk tingkat 16. Sebenarnya orang dah ramai guna; jadi sibuk la network. Oleh itu P1 ada dua pilihan: Tambah bandwidth atau hentikan pengambilan pelanggan.

    Ini tidak. Apa yang P1 buatkan adalah split bandwidth. capping bandwidth padahal quata masih banyak.

    Nama saya masuk CTOS. Apa hal pulak guna CTOS padahal hutang tu bukannya 100% kesalahan saya. Apa service yang saya dapat dengan harga RM1500 tu? Kontrak 2 tahun dah berlalu. Dengan gunakan CTOS; P1 telah gunakan kekerasan terhadap saya.

    Saya adalah PENGGUNA. dan saya adalah PUBLIC.

  3. line sya baru-baru ini disekat gara-gara lambat bayar. nak tau berapa dia charge untuk penyambungan semula RM20.00. PEHHHHH panas betul banyak tu…terus tanya customer service tu camane nak terminate kena tunggu october tahun depan lambatnya lah..lagi..kononya tukar modem laju mmmph macam siput sedut ajer..
    Curahan rasa kak baerry @ ..BLOUSE MUSLIMAH – KOLEKSI FISH TAILMy Profile

  4. penah guna 3 bulan tapi tiada signal bila report bagitau mengatakan line x ok . mereka boleh cakap itu bukan masalah kami . macam ni ke perniaga nak untung lebih aja dah la kena bayar bil bulan – bulan tapi x boleh guna . masa nak suruh masuk ayat bukan main manis lagi tapi masa nak report masalah langsung x wat tak tau aja.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!