Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.
Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.
Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.
Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.
Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.
Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.
1,285 Comments
Wah dengan bantuan kengkawan…InsyaAllah sesiapa je blh buat duit online…
Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERKINI @ ..KEKOSONGAN JAWATAN PENDIDIK
Kalaulah kawan2 benar2 membantu, ini kadangkala hanya bagi sikit jer…lepas tu pandai2 le buat sendiri. huhu
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Nak cari duit, kena berani menyahut cabaran dan yakin pada diri sendiri.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
nak buat duit, kena fikir dengan masak-masak dulu. kalau main yakin tak yakin je memang duit pun masuk macam tak masuk juga la jawabnya.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
That’s why action speaks louder than word. Kita sendiri yang kena usaha untuk cari duit tersebut.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Nak buat duit ada pelbagai cara… Kalau secara online ini bukan bidangnya jgn dipaksa, byk lagi diluar sana…carilah yg bersesuaian.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
kalau kena caranya pasti akan boleh menjana pendapata yang sangat lumayan setiap mula cuma nya kena tahun langkah yang betul dan usaha berterusan
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Betul tu, jika betul caranya memang boleh menjana pendapatan. Untuk mencapai kejayaan guru itu harus ada. Harus sanggup menerima teguran.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
setuju sangat. kalau kena dengan caranya memang berbuah hasilnya. dan kita pun kena menerima sebarang teguran dengan hati yang terbuka supaya kita dapat memperbaikinya ke arah yang lebih baik.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Ilmu wang juga penting. Sekiranya tahu strategi, pasti nilai dalam akaun makin masyuk.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Sebab itu kita perlu belajar mendapatkan ilmu ini dari orang yang betul dan tepat agar tidak tersalah haluannya.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
saya memang percaya kegagalan merupakan guru paling baik..
jika berjaya tanpa pernah hadapi kegagalan tu kurang manis nikmatnya….
Curahan rasa maria awi @ ..Pengedar Sah Shaklee Malaysia
Memang kebanyakkan orang percaya kegagalan adalah guru yang terbaik. Tapi berapa ramai orang yang mengambil iktibar dari kegagalan itu. Hanya sedikit. Sebab itu orang yang berjaya adalah org yg mengambil iktibar dari kegagalannya.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Orang yang berjaya selalu menghadapi banyak kegagalan sebelum ini, kerana kegagalan itulah pengalaman berharga buat kita untuk memperbaiki diri.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Setuju…andai kita gagal kemudian berjaya, ianya sesuatu yang sangat manis sekali. Tapi, siapalah yg mahu gagal kan…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Sesetengah orang ni dia tak percaya benda2 ni selagi tak nampak depan mata ..Bila orang lain dah canang sana sini mereka dah berjaya dan terbukti masa tu barulah mereka sibuk nak join .. Masa ni la kita patut join sebelum orang lain join .. Semoga harapan dan impian kiat untuk berjaya tercapai ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Kitar Semula ~ Basikal Buruk Nampak Eksklusif ❤
Inilah penyakit kebanyakkan orang melayu, termasuk aku. Tengok orang berjaya baru nak mula….sebab itu bila kita tengok org Melayu berniaga, kalau jual burger laku, semua nak jual burger…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Tak dinafikan ramai orang kita macam ni. “Kau buatlah dulu, nanti kau berjaya aku ikut” pernah nik ajak kawan buat bisnes affiliate sama2, tapi dia cakap macam tu. Tapi selalu merungut tak de duitlah ape la.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Catat Sejarah
Kena try sendiri, jangan hanya goyang kaki. Kalau malas sahaja, macamana duit nak masuk kan?
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
betul tu pada sesetenagh orang ini adalah benda yang buang masa tapi bila sudah dapat hasil nya baru mereka tahu apa yang mereka lakukan tu berbaloi
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Kita bukannya seseorang yg istimewa sehingga boleh memulakan sesuatu yg baru. Oleh itu kita perlu melihat kejayaan orang lain barulah kita mampu dan yakin untuk melakukannya. Itu adalah normal tetapi tidak normal jika melihat kejayaan orang lain tetapi buat tak tahu jer…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Kita ni kalau tak YAKIN dan takde semangat keyakinan dalam diri ..Buat apapon tak jadi .. Percayalah ..yang paling utama untuk kita menceburi sesuatu bidang adalah keyakinan ..dengan keyakinan kita pasti dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan sebaik mungkin
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Tanda Kebahagiaan & Tanda Kecelakaan ❤
Setuju dengan kenyataan Tuan. Semoga segala usaha yang kita lakukan akan dipermudahkan oleh Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Yakin kepada Allah. Kita hanya perlu berusaha dan mencuba… Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang kpd hamba2 nya yang yakin dan berusaha.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Ramai yang kurang yakin dengan diri sendiri, inilah yang selalu membuat sesuatu pekerjaan atau perniagaan kita tidk berjaya. Jika seandainya kita hadirkan diri di mana-mana seminar, kita akan dapat banyak ilmu baru tentang macam mana nak jana duit dengan blog. Kita tidak terdedah dengan pakar motivasi, pasal itu kita tidak yakin. Malaysia boleh, kita pun boleh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Sebenarnya banyak lagi kisah motivasi yang boleh dijadikan sebagai contoh untuk kita terus berjaya,
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Sebab itu ,sebelum melakukan sesuatu, kita mesti punya ilmu secukupnya dan betul caranya, bukan sekadar main ikut sahaja setelah melihat seseorang itu berjaya.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Saam2 berusaha untuk lebih maju ke hadapan ..Orang kata nak seribu dayatak nak seribu dalih .. Nak berjaya kena la tingkatkan usaha.. Usaha tanggan kejayaan ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Ingatan Untukku Juga Kamu ..❤
Kejayaan tak akan datang bergolek-golek tanpa disusuli oleh usaha yang berterusan
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Selain usaha, juga perlu disusuli dengan doa dan tawakkal. Itulah formula kejayaan yang sebenar. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
betul tu kalau usaha tak tak mintak doa dengan allah tak guna juga. kena balance
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ingatlah akan kuasa doa…Itulah senjata paling ampuh bagi kita umat Islam. Ya…susuli dengan tawakal.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Motivasi terbaik untuk semua yang pasang niat untuk jana pendapatan online.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Jana Pendapatan Online Dengan Jobdirumah
Harap kita dapat merebut peluang niaga yang ada. Jika hari ini belum dapat esok lusa akan dapat juga nanti.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Suka dengan bloggers yang suka berkongsi kejayaan mereka menjana wang secara maya.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
seronok baca entry pasal blogger yg buat duit online. boleh bg semangat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Hal ini sedikit sebanyak memberikan saya inspirasi dan motivasi untuk terus maju ke hadapan.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Iyaa. Dapat memberi inspirasi dan sedikit panduan untuk kita yang baru mula berjinak ni.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Catat Sejarah
Ya! Inilah perkataan terbaik dan tepat dalam menyatakan entri ini… Ianya sebagai satu motivasi!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
nak buat duit juga perlu berani..berani keluar dari zon selesa
Curahan rasa rokiah @ ..Jadi Ahli Shaklee Percuma
tu la.
sekarang ni saya memang rasa malas dah nak keluar kat zon selesa saya nih.
ada bantal. ada tilam empuk..ada bini..
haha..
Curahan rasa titan @ ..Benda kalau dah SEDAP, mahal pun saya SANGGUP bayar.
hi en. titan, mohon tunjuk ajar dlm affiliate ni. saya baru nak mula. ehehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kalau dah dapat yang empok memanglah tak nak yang lain lagi dah! hoho!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Betul. Dalam menghadapi segala situasi sekalipun, pasti ada dugaan dan cabaran yang sedang menunggu kita di hadapan.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Komen balaz en. Titan terbaik! .
Betul tu lekors dan sis rokiah. Ramai antara kita susah mahu keluar dari zon selesa hingga kadang kadang hanyut macam tu je.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Catat Sejarah
setiap apa yang kita lakukan perlu ada keyakinan diri,barulah boleh berjaya…
Curahan rasa NOREHAN SAAD @ ..VISION BOARD
Pada mulanya keyakinan itu mmg ada, tapi bila dah menghadapi pelbagai dugaan dan halangan perasaan yakin kan terhakis. Itu yg jadi hangat2 tahi ayam…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Itu bermakna bukannya gagal cuma belum ada rezeki. Mungkin perlukan lebih lagi usaha atau lupakan sajalah… Bukan semua yg melakukannya akan berjaya.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Tindakan perlu disusuli dengan kecekalan yang berterusan. Orang lain tak boleh ubah kita, kita yang kena ubah diri sendiri.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
patut dok bersin dari pagi tadi.
rupa-rupanya pasal artikel ni rupa-rupanya.
haha..
Curahan rasa titan @ ..Spa Aishah Radhiah cawangan Seremban sudah dibuka.
Amboi, titan memang suka share duit yang masyuk tu dalam blog, saya terliur saya dibuatnya. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
gua bukan suka-suka share.
ada sebab, ada tujuan dan ada target tersendiri.
haha..
Curahan rasa titan @ ..Banyak juga sales dari Lazada ni rupanya.
Hanya jauhari yang mengenal maniam…eh Manikam! Kalau cari duit melalui affiliate tapi xtunjuk income, mana orang nak percaya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
entry ni boleh jadi inspirasi yg nak buat duit secara online dirumah
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
En Titan tak mahu bukak kelas ajar kawan2 ke cara buat duit dengan blog .. mana lah tahu kot2 lah ada rasa nk bukak kelas
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Terasa sedikit dengan artikel ni hehe. Saya antara orang yg tergolong dalam “Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.”
Next time, akan diperbetulkan ..
Semoga artikel ini sedikit sebanyak akan memberi kita semangat dan motivasi untuk ‘bergerak’
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Actually sis ramai di antara kita macam tu. Tapi yang betul vetul mahu berjaya da berubah mereka akan sedar lambat laun ..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Catat Sejarah
Langkah permulaan sudah dilakukan, kini dapat semangat…maka langkah seterusnya wajar dimulakan… Semoga berjaya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Review barangan yang kita ingin nak jual juga memaninkan peranan yang penting. Cuba sampaikan sebaik mungkin. Di situlah kekuatan sesuatu barangan dapat dijual atau tidak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Kena fahamkan dulu apa kelebihan dan kekurangan produk yang kita nak promote..
Comments are closed.