Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.
Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.
Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.
Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.
Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.
Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.
1,285 Comments
mambuat duit online menarik sekali dan harus punya motto jangan menyerah dan terus mencoba sampai berhasil, terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik 🙂
Curahan rasa yandi @ ..Pantangan Batuk Kering Gatal
Mencuba dan terus mencuba tapi kalau sudah tidak berjaya, terimalah dengan reda… mungkin rezeki ada dicabang yg lain.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Betul. Perlu ada keyakinan yang kuat dalam menjana duit online. Saya pun kadang-kadang ragu-ragu dengan perniagaan online. Hati nak tapi yakinnya tidak.
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Muay Thai Terbuka UUM
Jika ada masa terluang, cubalah…ianya bukan merugikan apa2 pun. Mungkin rezeki anda ada disitu…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Saya memang ada masalah keyakinan diri sikit. Selalu tak yakin boleh buat bagus dalam apa-apa. Penyakit dalaman betul. Harap dapat ubah diri sendiri untuk jadi lebih yakin.
Curahan rasa Nadot @ ..Rezeki Affiliate, Income dari Blog
Saya juga mengalami masalah yang sama kurang keyakinan diri. Nak berubah tapi tak juga buat.
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Muay Thai Terbuka UUM
nak ubah tahap keyakinan..mesti kerja keras..cuba lagi dan buat lagi sehingga menghasilkan jualan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Entri Hero Borneo Kena Plagiat
Tak perlu keyakinan cuma mencuba sahaja. Lakukan melalui cara yg percuma… Kalau dah tertulis rezeki anda, InsyaAllah…tapi selagi tidak mencuba…manakan tahu hasilnya
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Boleh mula pupuk keyakinan diri dengan fokus kepada cabaran iphone 5s gajet impian setiap blogger di blog ini. Kita meriahkan komen yang bernas pada setiap entri. Uji tahap keyakinan saudara disini. kalau betul nak menang Iphone5s, pastikan saudara layak ke pusingan akhir cabaran ini. Ada berani?
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..CIMB ATM kini berwajah baru
Keyakinan akan datang jika anda telah berusaha dan mencuba… Jika tidak, nak yakin macam mana!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Jalankanlah apa-apa peniagaan yang memberi pulangan yang hebat. Jangan hanya pada sesuatu yang sukar terus mengundur didri. Jangan berputus asa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Perniagaan adalah kerja yang sangat Rasulullah suka. Nak cari kekuatàn dan yakin pada diri sendiri amat sukar pada saya.. adakah ciri orang tak sukses saya ni…. lagi satu modal membataskan… help
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Muay Thai Terbuka UUM
Jika kita yakin akan kepercayaan kita kepada Allah, pasti kita yakin bahawa rezeki itu kurniaan Allah… Allah telah berjanji akan memberikannya kpd yang berusaha dan terus mencuba…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
betul..tapak peluang perniagaan dah ada..dan banyak peluang yang ada skang ni..kena pandai dan rajin je
Kegagalan dalam perniagaan adalah jalan yang baik untuk diri kita. kegagalan mengajar kita erti sebuah bisnes.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
dah banyak kali gagal walaupu kecil-kecilan dan macam terasa takut nak mulakan balik
Ketakutan itu hadir apabila kita gagal tetapi kita akan lebih gagal lagi jika kita belajar dari kegagalan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Nak memulakan bisnes online mulalah berkira soal mudah, duit tidak cukup, tiada masa dan sebagainya. 1001 alasanlah mula timbul bla nak lakukan dan jalankan bisnes online.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Jika pelbagai alasan diberi itu maknanya memang tak berminat, jangan dipaksa jika tak berminat… tak pe, kerana rezeki itu ada dimana2 sahaja bagi mereka yg berusaha
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Tiada jalan mudah untuk berjaya jana duit dengan blog.Yang berjaya semuanya melalui susah payah dan cabaran.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Semakin banyak komisen yang dapat, semakin bersemangat untuk teus berusaha dan berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
dengan komisen pertama yang kita dapat akan buatkan kita lagi usaha sungguh2 untuk gandakan apa yang kita dapat pada kali pertama
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Benar! Jika usaha menampakkan hasilnya pasti akan lebih semangat untuk lebih maju lagi.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Bila dah ada ikon, cuba terapkan tip dan teknik yang mereka lakukan. Kalau nak lebih lanjut lawati blog mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Ikon seperti Denaihati, En Ahmad Faizal, Hasrul Hassan dan ramai lagi boleh dijadikan mereka tempat kita buat panduan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Kejayaan mereka adalah bukti bahawa menjana pendapatan melalui blog bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
senang je kalau nak buat duit sebenarnya. antara nak dengan taknak je. pastu kena usaha
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tip yang Nik Khazami berikan amat mudah, sesiapapun boleh lakukan, nak atau tak nak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Tapi apa yang DH mentionkan dalam entri ini, lebih banyak yang taknak daripada nak. Jadi kena ubah dari taknak tu menjadi nak. Nak ubah benda ni, kena mula dari dalam. Buat dengan ikhlas, jujur dengan pelanggan dan sebagainya. Insyaallah berkat
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Belajar Al-Quran Kaedah Al-Jabari ABAHATA
Terpulanglah kpd mereka, Dh hanya menyampaikan, kita tak boleh paksa. Itu adalah hak masing2…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Saya rasa kalau kita dah mula nampak sedikit hasil bisnes yang kita buat, secara semulajadi kita akan lebih semangat dan yakin untuk terus melangkah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Catat Sejarah
Sesuatu bisnes yang kita jalankan, jika laku mulalah bersemangat dan bila tiada jualan mulalah nak undur diri. Kita sebenarnya takut pada cabaran perniagaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Kadangkala sudah usaha bersungguh2 tetapi masih belum menampakkan hasilnya. Oleh itu kita tidak boleh menidakkan ketentuan Allah…mungkin bukan atau belum rezekinya lagi…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
dalam setiap perkara yang nak kita lakukan mesti yakin..solat pun perlu yakin ..dan termasuk dalam aktiviti buat duit..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Tips Untuk Pikat Bos
Memang betul, yakin pada diri sendiri. Tunjukkan kebolehan kita mencari kejayaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Ya! Keyakinan kpd Allah itulah yg perlu dilakukan setelah melakukan usaha bersungguh2. Terimalah ketentuannya dengan reda…mungkin ianya rezeki kita dan mungkin juga tidak…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Hai..slm perkenalan..nice entry blog! Jom singgah blog sy utk tips2 kecantikan & kesihatan..semoga bermanfaat 🙂
Curahan rasa Norazah @ ..TIPS DEMAM DENGGI
Antara cara lain buat duit dalam internet…
Pergh…
Boleh tahan yang pending tue…
Curahan rasa fazrol @ ..Ajar anak berenang!
Nampak macam senang2 jer orang boleh buat duit di internet nih kan..tapi semua tuh perlu ada ilmu..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Comments are closed.