Capital One League Cup 2014
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah lama tak tulis kisah Arsenal walaupun sudah merasai menyarong jersi terbaru yang memang best kerana sangat berbeza berbanding jersi terdahulu. BPL musim 2014/15 bermula dengan menarik kerana tiada pasukan yang benar-benar kuat kerana mana-mana pasukan boleh menang dan kalah tanpa diduga. Selepas lima perlawanan Arsenal dan Chelsea masih belum kalah untuk BPL tetapi Arsenal tewas 0 – 2 kepada Borussia Dortmund untuk Champions League.
Kali terakhir Arsenal menjulang English League Cup adalah pada tahun 1993 dan kali terakhir masuk final pada musim 2010/1i apabila tewas kepada Birmingham City 1 – 2. Arsenal biasanya akan menurunkan pemain-pemain muda untuk peringkat awal English League Cup untuk memberi pendedahan kepada barisan pelapis.
Musim ini Arsenal membuka tirai English League Cup 2014 dengan menentang Southampton pada pusingan ke tiga. Semuga barisan muda Arsenal dapat menewaskan kepantasan serangan balas Southampton. Semua pasukan besar iaitu Chelsea, Manchester City, Liverpool, Everton dan Tottenham masih bersaing kecuali Manchester United yang sudah terkeluar awal.
[box type=”shadow”]Klik untuk melihat persaingan Piala untuk musim 2014/15
2. Keputusan Terkini BPL Musim 2014/15
3. English League Cup 2014/15[/box]
English League Cup 2014 Pusingan Ketiga
Arsenal terkeluar dari persaingan Capital One League Cup 2014 setelah tewas kepada Southampton dengan jaringan kemenangan pada masa kecederaan. Peluang terbuka besar kepada Chelsea, Manchester United, Liverpool dan Tottenham melainkan pasukan division bawah boleh membuat upset.
Jadual dan Keputusan English League Cup 2014
Widget powered by WhatstheScore.com
Biasa sangat berlaku keputusan yang tidak dijangka untuk English League Cup kerana pasukan besar tidak menurunkan pasukan pertama untuk merehatkan pemain bagi persediaan perlawanan yang lebih penting iaitu BPL dan Champions League. Agaknya pasukan mana bakal menjulang piala?


