Nak buat Duit pun tak yakin

Spread the love

Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.

income world of hijab
Contoh pendapatan dari bisnis online

Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.

pendapatan dari world of hijab
Contoh income bisnis online

Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.

income affiliate eQurban

Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.

Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.


Spread the love

1,285 Comments

  1. Saya perhatikan dan cuba buat kajian, ramai tidak yakin dengan kebolehan sendiri dan mudah terikut-ikut dengan pendapat orang lain yang belum tentu kebenarannya. Betul apa yang Denaihati kata, bila orang lain dapat komisen beribu-ribu mulalah nak mulakan, bukannya kita sendiri yang pertama dapat beribu-ribu.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru SelangorMy Profile

  2. Artikel yang Denaihati terbitkan ini memberi banyak kesedaran kepada kita bertapa beratnya hati seseorang nak memulakan perniagaan di internet. Tidak kiralah apa saja perniagaan online.

    Dalam kajian pihak kerajaan, lebih kurang 70% rakyat Malaysia tidak ambil peluang untuk menjual produk mereka di internet, yakni secara online.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru SelangorMy Profile

      1. Betul tuh.. apa bisnes pun samada online mahu pun offline perlu ada ilmu, usaha, tindakan dan nasib yang baik.. baru boleh berjaya dengan izin Allah..

  3. Bagi pendapat sayalah… jenama atau nama nama individu menjadi perkara utama nak dapat income. Sebagai contoh… jika saya buat tepung kek segera dan saya cuba iklankan di blog, belum tentu mereka beli, tetapi jika saya buat tepung kek itu dan minta di siarkan di blog Denaihati dengan bayaran tertentu pasti berduyung-duyung orang akan membuat tempahan.

    Kalau tidak percaya cuba anda lakukan, tetapi sanggup keluar modal besarlah sedikit. Ada yang sanggup, jika sanggup anda berjaya dapat income.

    Ini hanyalah pendapat saya daripada kesimpulan daripada entri terkini semnjak Denaihati buat review tentang hartanah Amar Iman Development, world of hijab, produk Ephya dan sebagainya.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru SelangorMy Profile

    1. bro cuba maksudkan adalah cari medium yang terkenal untuk promosikan barangan kita…itu adalah salah satu caranya..kita kena serahkan kepada yang pakar untuk buat kerja mereka dan kita buat kerja kita…dalam soal nak buat duit ini kita kena kreatif dan berani mencuba…asyik tunggu dan lihat takkna membawa kita kemana…kalau kita tunggu orang dah jauh ke depan kita baru nak merangkak..jauh kena tinggal
      Curahan rasa blogger lelaki @ ..Nilai KemanusiaanMy Profile

    1. Ramai juga yang terasa sebab artikel ini begitu dekat dengan kita.. betul lah tuh.. nak buat duit pun tak yakin camaner nak jana income kan..

      1. Di mana ada kemahuan pasti di situ akan ada jalannya.. nak buat duit kena berguru dengan mereka yang dah terbukti konsisten buat duit..

  4. dunia perniagaan untuk mereka yang berani ambil risiko…bukan semua orang mampu bertabah untuk terjun kedalam gelumang risiko…hanya mereka berkeyakinan dan ada daya penahan risiko akan berjaya…
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Nilai KemanusiaanMy Profile

      1. hu3..sebab tu kita kena cuba pelbagai cara dan kaedah..sehingga jumpa teknik yang berkesan…mana nak cari semua teknik supaya affiliate kita ada orang beli…bro DH pun dah berikan contoh..jadi pandai-pandailah kita pergi cari teknik yang awesome itu..satu lagi jangan berputus asa.
        Curahan rasa blogger lelaki @ ..Nilai KemanusiaanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!