Nak buat Duit pun tak yakin

Spread the love

Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.

income world of hijab
Contoh pendapatan dari bisnis online

Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.

pendapatan dari world of hijab
Contoh income bisnis online

Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.

income affiliate eQurban

Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.

Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.


Spread the love

1,285 Comments

    1. Wa, siapa tu? Hehe. Bila denaihati berkongsi artikel sebelum ini iaitu buat duit dengan world of hijab, memang akan ada sesuatu disana sebenarnya. Hehe. Murah rezeki DH.

    1. Betul. Artikel diatas sebenarnya kena dengan mereka yang nak berbisnis, tapi nak buat tu hangat-hangat tahi ayam. Kena ada usaha untuk berjaya kan. DH da bagi peluang kita dengan kongsikan artikel diatas. Kita sahaja yang kena buat sesuatu untuk mengapainya.
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

    1. teknik tu perlu betul…tidak perlu memaksa..tapi buat orang berfikir…ingat senang nak suruh orang klik link…salah satu cara atau gaya atau seni berniaga online…tips atau cara denaihati dan si ahmad faizal boleh ditiru..maksud aku copy paste..hahahaha
      Curahan rasa blogger lelaki @ ..Nilai KemanusiaanMy Profile

      1. Betul lah tuh.. sebagus mana pun produk kalau kita gagal memasarkan dan menjual.. kita tetap gagal buat duit.. kena kuasai ilmu marketing..

    1. Boleh sis ainun. Kita boleh lakukan. Dengan syarat, apa yang kita nak buat tu, memang minat kita. Macam jual tudung, jika kita minat nak jual tudung, pasti ada langkah-langkah yang perlu kita lakukan. Bunyi macam banyak benda nak kena buatkan, tapi bila kita ada minat, automatik, ianyanya akan menjadi mudah. Buat duit dengan cara itu 😉
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

      1. dirosakkan oleh pemain dia sendiri…pendapat aku punca utama adalah tamak…nak untung cepat dan tak amanah…mereka inilah yang merosakkan sistem yang bagus cuma disalahguna dan dimanipulasi apabila gelap mata
        Curahan rasa blogger lelaki @ ..Nilai KemanusiaanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!