Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ni Denaihati telah diberi peluang oleh Intel Malaysia untuk mencuba gadget Motorola RAZR i XT890 yang menggunakan chipset dari Intel. Peluang macam ni memang ditunggu-tunggu. Motorola merupakan pengeluar smartphone terawal yang menggunakan chipset daripada Intel untuk telefon pintar mereka.
Pertama kali membuka kotak dan menarik keluar Motorola RAZR i nampak seperti iPhone 5. Dengan saiz 122.5 x 60.9 x 8.3 mm (4.8 x 2.4 x 0.3 inci) lebih kurang sama dengan saiz iPhone 5 tapi lebih tebal dan lebih berat sikit. Bila dah pegang sendiri dan dah belek-belek dapat rasa Motorola RAZR i punyai keistimewaan tersendiri.
Motorola RAZRi XT890 menggunakan Chipset Intel Atom 2Ghz. Chipset Intel Atom biasa kita dapati digunakan pada netbook. Ini manjadikan Motorola RAZR i antara smartphone yang memiliki pemprosesan berkelajuan tinggi.
Motorola dengan usahasama dari Intel melancarkan gadget yang dikuasakan oleh Intel Atom ni bagi memastikan Motorola RAZR i lancar daripada semua aspek termasuk keupayaannya dan persembahan grafik yang optimum.
Motorola RAZR i dikuasakan oleh 2GHz Intel Atom dengan 1GB RAM. Smartphone dengan saiz skrin 4.3 inci Super AMOLED Advanced (Corning Gorilla Glass) ini juga didatangkan dengan ruang penyimpanan dalaman 8GB dan sokongan microSD sehingga 32GB.
Selain tu, smartphone Motorola ni dilengkapi dengan kamera belakang 8 Megapixel yang menyokong gambar HDR dan kamera depan 0.3 Megapixel, serta ada fungsi WiFi, NFC, GPS dan juga 3G.
Motorola RAZR i menggunakan bateri Li-Ion 2000mAh. Dari pengalaman menggunakan smartphone ni, baterinya mampu bertahan sehingga 4 hari lamanya dengan penggunaan yang minimal.
Motorola RAZR i menggunakan Android OS 4.0.4 (Ice Cream Sandwich) – boleh upgrade ke Android versi Jelly Bean. Dari segi cara menggunakannya masih sama seperti menggunakan peranti-peranti Android lain. Cuma ada beberapa fungsi yang sedikit membezakan antara Motorola RAZR i dengan smartphone Android yang lain.
Dari segi kualiti gambar yang diambil menggunakan Motorola RAZR i memang memuaskan hati. Paling menarik kameranya sangat pantas mengambil gambar. Gambar yang diambil pada waktu siang tengok boleh tahan hasilnya.
Tapi gambar yang diambil pada waktu malam atau dalam suasana kurang cahaya hasilnya tak berapa menarik sebab banyak ‘noise’ atau bintik-bintik pada gambar. Nasib baik ada fungsi flash, jadi ‘noise’ tu dapat dikurangkan.
Sepanjang menggunakan smartphone Motorola RAZR i boleh dikatakan ianya antara gadget atau smartphone yang berbaloi untuk dimiliki. Motorola RAZR i XT890 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Rasanya pilihan warna putih nampak lebih menarik dan cantik.
Terima kasih sekali lagi kepada Intel Malaysia kerana sudi memberi peluang Denaihati menggunakan dan berkongsi review smartphone Motorola RAZR i. Semuga di masa depan ada peluang lagi untuk Denaihati mencuba gajet-gajet unik seperti ini.
Untuk spesifikasi penuh smartphone Motorola RAZR i boleh tengok di laman GSMArena.com.
[customgallery]
67 Comments
wah bisa jadi pilihan semakin banyaknya smartphone android dipasaran.berpaa biayanya?
motorola sekarang sudah bisa bersaing, keren
Curahan rasa ade sunandar @ ..Cara Atasi Rambut Rontok
Mantap….saya dulu penggemar merk motorola. saya tunggu kehadirannya segera
lama motorola menyepi kan diri..
sejak saingan jenama hp makin hebat..
menarik juga motorola ni..
eehehhee
Curahan rasa mie @ ..Wordless Wednesday #26 Seafarer Identity
motorola pun kembali nk bersaing…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Rahsia Duit One Dollar Amerika
motorola nak naik balik ke tuh
Curahan rasa encikarman @ ..Tip Adsense – Yang perlu korang tahu!
Dah guna sony, tengok motorola macam best jugak. Tambah guna chip intel. Mesti laju dan tak sangkut2. terbaik!
Curahan rasa Akmal Aizat @ ..Ubat Kanser Paling Mujarab: Rahsia Aprikot
Menarik Smartphone terbaru dari Motorola ni… Boleh saya tahu berapa harganya?
Curahan rasa Anuar @ ..Misi Jana Pendapatan RM5 Sejam Melalui Internet Pada Tahun 2014..
secara rasminya tak masuk pasaran malaysia jadi tiada harga…
Curahan rasa Denaihati @ ..10 Entri Popular Oktober 2013
wahhh bestnyer dapat buat review dari motorola
Curahan rasa Juan @ ..What Is A Virtual Real Estate Business
Assalamualaikum..
Lama tak dengar mengenai Motorola ni.
Ia boleh dijadikan sebagai pilihan yang baik juga
Terasa nak upgrade smartphone. Apple sangat mahal harganya. Android kalau yang mahal pun sama juga function dengan yang biasa, cuma kelebihan kepada kamera dan processor… so, kena buat kajian betul-betul sebab tak nak beli benda yang tak digunakan.
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Tips dan Petua Belajar Master (Sarjana)
Peh, CPU dari Intel. Nampaknya, Intel pun dah masuk ke pasaran pemprosesan mobile ni. Biasanya hanset-hanset guna processor dari Qualcomm sebab power efficiency nya. Nampaknya, Intel Atom yang baru ni, tak kuat makan bateri macam versi sebelumnya.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Nostalgia Nasi Ganja Ipoh
Nampak menarik…
Boleh upadte android kit kat x?
Curahan rasa fazrol @ ..Villa Nabila! bila dah terlampau berani.
Macam power je performance smartphone nie. Pakai intel. Tak cepat panas ke bro?
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-57 Dari Jobdirumah
Langsung takde masalah cepat panas. Biasa sesetengah phone Android memang cepat panas. Tapi phone Motorola ni steady je..
Curahan rasa Anarm @ ..Misteri Rumah Hantu Villa Nabila
harganya camne pulak? tak mampu kot nak beli memahal ni
Setakat ni model Motorola RAZR i belum dipasarkan di Malaysia
Curahan rasa denaihati @ ..Motorola RAZR i Smartphone Kuasa Intel
ada tarikh bila model nie masuk pasaran MY?
Curahan rasa Eridy @ ..Jadual Gaji Penjawat Awam 2014
juga secara rasminya tak masuk pasaran malaysia…
Curahan rasa Denaihati @ ..Motorola RAZR i Smartphone Kuasa Intel
Comments are closed.