iPhone 5S tetap jadi pilihan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang seronok baca komen-komen di entri “iPhone 5C penipuan Apple” merupakan tajuk memancing emosi pembaca yang telah berjaya menarik lebih 6k trafik dalaam tempoh 3 hari lebih hebat dari entri “iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square” yang berjaya menarik 4k trafik. Tak semua komen aku setuju tapi Malaysiakan negara demokrasi pasti semua ada pendapat yang berbeza termasuklah hal-hal gajet. Ramai juga katanya perjuang demokrasi tapi hanya demokrasi apabila pendapat yang sealiran dengan nya sahaja … bolehkah dianggap begitu?

Sebagai pengguna biasa yang berpindah dari Nokia ke iPhone 3S beberapa tahun yang lepas, aku memang selesa dengan iPhone. Daripada iPhone 3S yang dah hilang kena rembat dengan pencuri bertukar ke iPhone 4 kemudian trade in untuk upgrade ke iPhone 4S. Apabila Apple memperkenalkan iPhone 5 yang lebih panjang aku juga bertukar dengan trade in iPhone 4S dan sekarang sedang menggunakan iPhone 5S. Bertukar bukan kerana mengejar teknologi tetapi mengikut perubahan sistem iOS untuk memudahkan urusan kerja. Lagi pun kalau lambat bertukar modal smartphone lama akan jatuh harga jadi kena tambah lebih banyak bila nak bertukar handphone baru … itu pun salah satu strategi.

Seperti kata Blogger Akmar Omar dan Anne Raihan bila dah jadi pengguna setia Apple tak kisah apa orang nak cakap janji kita selesa menggunakan dan paling penting boleh membantu kerja seharian.

[box type=”shadow”]Setiap keluaran Apple terbaru mesti ramai yang berebut-rebut.. Saya sendiri menggunakan produk Apple dari dulu.. Ingat lagi 1st Apple desktop iMac gemuk tu. Sejak tu saya mmg meminati Apple produk..tapi bukan semua mampu milik lah..Iphone pun Denaihati yang bagi hehe. Saya setuju jgn jadi hamba gadget…cukup sekadar memenuhi keperluan sahaja.

Satu lg tak nafi Gadget Apple memang terkenal dgn harga yg agak tinggi dan apa saya lihat kebanyakkan individu yang sudah lama menggunakan Gadget jenama Apple memang akan setia dengan jenama itu…jadi Apple fan tidak akan berkurang selagi mereka keluar produk yg baru – Akma Omar[/box]

Bukanlah nak bandingkan dengan smartphone jenama lain tetapi di rumah ni isteri guna Samsung S4 dan anak guna Samsung S3 asyik komplen macam-macam terutama handphone sering hang dan bateri handphone cepat abis. iPhone 5 pun bateri tak lah tahan lama tapi tak lah seteruk jenama lain … kalau heavy usage pun hanya perlu charge sehari sekali. Teknik charge handphone juga sangat penting untuk memastian jangka hayat bateri tahan lama. Pengalaman pernah jatuh dari tempat tinggi, jatuh dalam parit berair dan paling sadis terpelanting masuk dalam mangkuk tandas tapi iPhone masih bernafas menambah setianya aku. Lagi pulak sekarang guna iPhone 5S memang terbaiklah.

gambar-iPhone 5S-warna-emas

Aku sangat sangat bersetuju dengan pendapat Gadget Lover  yang sedikit sebanyak menjawab komen penipuan iPhone 5C tapi maaflah komennya dalam Bahasa Inggeris.

[box type=”shadow”]I have to say iPhone 5C and 5S is the currently the best smatphone in the world since the original iPhone because the iOS speaks for itself already, I’ve been used a lot of smartphone wether its from Apple, Samsung, Sony, Htc and Nokia.. and I found that I never encounter any slow iPhone whereas there are tons of slow Android phones out there for example, Sony Xperia ion and Htc One X that I’ve used previously, however Nokia Lumia 920 is as fast as iPhone but in terms of apps they are way behind schedule than blackberry app world. In conclusion, Apple knows what to do with their phones and all the care is about how THEIR CONSUMER (those can only afford it) will can be satisfy with their product for example, iPhone 5, 5C and 5S have 4″ screen and to me its enough for me to navigate the phone using one finger and if I ever need a bigger screen. there are always a iPad to buy (for those who can afford) and one more thing…previously the cost of 16GB Unlocked iPhone 5 is RM2199 now the cost of 16GB Unlocked iPhone 5S is also RM2199 AND 16GB Unlocked iPhone 5C is 549USD = +/- RM1800[/box]

Seperti aku tulis sebelum ini aku menggunakan iPhone bukan untuk bergaya tetapi untuk memudahkan urusan harian, bisnes dan kembara. Gajet sudah menjadi alat yang sangat penting untuk meningkatkan prestasi bisnes dan juga pelaburan. Bayangkan kalau kita sedang berurusan bisnes tetiba bateri habis atau gambar dan video yang kita snap tidak berkualiti pasti akan memberi kesan kepada prestasi.

Bagi aku smartphone bukan hanya untuk bersosial tetapi lebih daripada itu kegunaannya jadi tak salah kalau nak melabur untuk pendapatan yang berganda.

Mengikut berita terbaru di Amanz.my  iPhone 5S dan iPhone 5C akan mula masuk pasaran Malaysia pada 1 November 2013 tapi belum jelas telco mana yang pertama akan menjual. Ada ke mana-mana telco nak offer aku???


Spread the love

133 Comments

    1. Betul Betul Betul. Hadiah yang memang menarik hati sangat. Rugi kalau tak sertai cabaran iphone 5s ini. Bagi mereka yang terlepas, tidak mengapa. Diharapkan denaihati, akan buat contest cabaran untuk iphone 6 pula. hehe. Tapi apa pun, kamera iphone 5s juga menjadi idaman hati 😀
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

    1. PG satu produk apple pun belum berjaya dimiliki. Harapnya dengan contest cabaran iphone 5s kali ni, dapatlah juga merasa dan mecuba sendiri produk apple ni 🙂
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..Too BUZY!My Profile

      1. Ya betul. Kena kerja keras kan. Nak dapatkan gaji hujung bulan pun, kita kena kerja keras juga. Apatah lagi nak dapatkan iphone 5s yang ditawarkan. Pastinya kena kerja keras. 🙂
        Curahan rasa Mrsyatie @ ..Too BUZY!My Profile

    1. Janganlah kata macam tu awak. Kita kan tengah berusaha gigih untuk mendapatkan iphone 5s ni. Perkataan hamba tu, lain bagi PG. 🙂 Tak pa, yang penting, kita tak bermaksud lain ya. hehe. Inilah dinamakan dengan pengorbanan. Nak dapatkan sesuatu benda, kenalah usaha lebih kan? 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!