Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ni Denaihati telah diberi peluang oleh Intel Malaysia untuk mencuba gadget Motorola RAZR i XT890 yang menggunakan chipset dari Intel. Peluang macam ni memang ditunggu-tunggu. Motorola merupakan pengeluar smartphone terawal yang menggunakan chipset daripada Intel untuk telefon pintar mereka.
Pertama kali membuka kotak dan menarik keluar Motorola RAZR i nampak seperti iPhone 5. Dengan saiz 122.5 x 60.9 x 8.3 mm (4.8 x 2.4 x 0.3 inci) lebih kurang sama dengan saiz iPhone 5 tapi lebih tebal dan lebih berat sikit. Bila dah pegang sendiri dan dah belek-belek dapat rasa Motorola RAZR i punyai keistimewaan tersendiri.
Motorola RAZRi XT890 menggunakan Chipset Intel Atom 2Ghz. Chipset Intel Atom biasa kita dapati digunakan pada netbook. Ini manjadikan Motorola RAZR i antara smartphone yang memiliki pemprosesan berkelajuan tinggi.
Motorola dengan usahasama dari Intel melancarkan gadget yang dikuasakan oleh Intel Atom ni bagi memastikan Motorola RAZR i lancar daripada semua aspek termasuk keupayaannya dan persembahan grafik yang optimum.
Motorola RAZR i dikuasakan oleh 2GHz Intel Atom dengan 1GB RAM. Smartphone dengan saiz skrin 4.3 inci Super AMOLED Advanced (Corning Gorilla Glass) ini juga didatangkan dengan ruang penyimpanan dalaman 8GB dan sokongan microSD sehingga 32GB.
Selain tu, smartphone Motorola ni dilengkapi dengan kamera belakang 8 Megapixel yang menyokong gambar HDR dan kamera depan 0.3 Megapixel, serta ada fungsi WiFi, NFC, GPS dan juga 3G.
Motorola RAZR i menggunakan bateri Li-Ion 2000mAh. Dari pengalaman menggunakan smartphone ni, baterinya mampu bertahan sehingga 4 hari lamanya dengan penggunaan yang minimal.
Motorola RAZR i menggunakan Android OS 4.0.4 (Ice Cream Sandwich) – boleh upgrade ke Android versi Jelly Bean. Dari segi cara menggunakannya masih sama seperti menggunakan peranti-peranti Android lain. Cuma ada beberapa fungsi yang sedikit membezakan antara Motorola RAZR i dengan smartphone Android yang lain.
Dari segi kualiti gambar yang diambil menggunakan Motorola RAZR i memang memuaskan hati. Paling menarik kameranya sangat pantas mengambil gambar. Gambar yang diambil pada waktu siang tengok boleh tahan hasilnya.
Tapi gambar yang diambil pada waktu malam atau dalam suasana kurang cahaya hasilnya tak berapa menarik sebab banyak ‘noise’ atau bintik-bintik pada gambar. Nasib baik ada fungsi flash, jadi ‘noise’ tu dapat dikurangkan.
Sepanjang menggunakan smartphone Motorola RAZR i boleh dikatakan ianya antara gadget atau smartphone yang berbaloi untuk dimiliki. Motorola RAZR i XT890 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Rasanya pilihan warna putih nampak lebih menarik dan cantik.
Terima kasih sekali lagi kepada Intel Malaysia kerana sudi memberi peluang Denaihati menggunakan dan berkongsi review smartphone Motorola RAZR i. Semuga di masa depan ada peluang lagi untuk Denaihati mencuba gajet-gajet unik seperti ini.
Untuk spesifikasi penuh smartphone Motorola RAZR i boleh tengok di laman GSMArena.com.
[customgallery]
67 Comments
Nampak menarik je.. Semoga Motorolla kembali bersaing dalam dunia smartphone nie yang semakin di kuasai Samsung.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Macam cantik je, macam comel je dah keluar lagu versi islamik
bateri tahan ke nih eh?
Curahan rasa encikarman @ ..Power Bank 20 000 mAH Harga RM79! Bolah 10 Kali Caj
bateri standby 4 hari kalau aktif berfacebook n twitter boleh tahan 2 hari .. macama??
Curahan rasa denaihati @ ..Pembunuhan sudah biasa tanpa ada perasaan
kalo night foto pun cun, mmg dh complete power and patut dimiliki ni..
Curahan rasa JMR @ ..Promo Chicken&Pasta Meal || Kenny Rogers Roasters
Harap-harap dengan penggunaan cip intel ini menaikkan kembali imej Motorola dalam persaingan smartphone.
Curahan rasa Fadhil Husin @ ..SukaSedap Skin 2 Kini di Doulnut dot com
Saya pernah mengunakan gajet dari Motorola. Cip Intel ini sesuatu yang baru.
Curahan rasa akubiomed @ ..Cuci mata di KL International Motor Show 2013
semakin luar persaingan dunia smartphone semakin banyak pilihan untuk pengguna, semoga harganya juga semakin turun
Curahan rasa munir ardi @ ..Agar tidur anda Menjadi Barokah
Spesifikasi Motorala RAZR i ini hampir sama dengan Motorola Moto G yang baru diluncurkan beberapa hari kemarin
Curahan rasa Abi Bewara @ ..Motorola Moto G Resmi Diluncurkan
Spesifikasi yang cukup mumpuni dan penampilannya cukup menarik terutama yang warna putih
spesifikasi yg menarik terutamanya chipset intel….fuh!
tp satu benda yg ‘kacau’ sikit iaitu kenapa ada macam skru utk kemasannya..mmg skrukan?
Curahan rasa hafizmd @ ..20 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang Gemilang Terbilang
satu pengalaman baru guna chipset/processor intel ni.
mungkin perekabentuk sengaja menampakkan screw kemasan tu untuk beri mesej ianya lasak dan kukuh.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hari ke sepuluh Muharram yang penuh keberkatan
Skru tu selain untuk kemasan ianya sebahagian daripada design Motorola RAZR i..
tampilannya simple ya bagus 🙂
lagi bersaing bersaing nya nih gadget sekarang 🙂
Curahan rasa Resep Masakan @ ..Tips Agar Mata Tidak Pedih Saat Memotong Bawang
Nampaknya motorola tak mahu ketinggalan…
Curahan rasa hafiz @ ..Akhirnya dapat juga CPUV Nuffnang
cantik juga design henpon ni bro..
warna putih.
Curahan rasa Mus @ ..Diskaun 50% Tiket Malindo Air Bagi Kanak-Kanak Sempena Cuti Sekolah
kalau ada yg smart phone bateri dah kong tuh, elok tukar ke yg nih
Curahan rasa encikarman @ ..Peluang kerja part time atau kerja sambilan
Smart gak. Lawa. Proc pun power.
Tampilan yang menawan dan juga spesifikasi lengkap dari produk motorola ini. Hasil fotonya juga bagus
Bisa dijadikan pilihan untuk yang mempunyai keinginan membeli produk smartphone ini
Curahan rasa Ferry @ ..Tanda Gejala Penyebab Kanker Payudara
kelebihan bateri bertahan 4hari juga jadikan ia nya satu pilihan bijak ya bang ferry.
Curahan rasa Denaihati @ ..Astro Perkhidmatan Pelanggan menipu
wow bateri tahan 4 hari yer , lama tuh…
Curahan rasa papa mifz @ ..Fridge Magnet Dari Shanghai
Comments are closed.