Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 16 Mac 2013 (Sabtu) Denaihati telah dijemput menghadiri event yang dianjurkan oleh Melco Sales Malaysia (Mitsubishi Electric). Dalam event tu semua yang hadir diperkenalkan dengan Peti Ais Mitsubishi Electric L4 Grande 4 pintu French-Door yang sangat canggih sesuai dengan gaya hidup moden masa kini.
Event bermula jam 2.30 pm hingga 5.00 pm, tapi start lewat sikit. Walaupun start lewat rasa seronok dengan suasana majlis yang santai. Event pada hari tu dihoskan oleh si cantik jelita Julie Woon dan juga Darren Lee.
Para hadirin diberi penerangan lengkap tentang ciri-ciri dan fungsi yang terdapat pada peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande. Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande didatangkan dengan 2 warna iaitu Stainless Steel dan Diamond Black. Kedua-duanya nampak smart bergaya dengan reka bentuk mewah. Selain tu, peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande ni juga berkapasiti besar, mudah digunakan dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Fungsi Istimewa Peti Ais Mitsubishi Electric L4 Grande
Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande yang berkualiti ni memiliki ciri-ciri dan fungsi yang sangat unik dan istimewa. Antara fungsi istimewa L4 Grande adalah:
- Anti-Bacteria Food Liner – Ruang bekas simpan makanan yang bebas dari kuman.
- Deodorizer – Boleh menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
- Humidity Control – Sayur akan kekal segar dan tahan lama dalam peti ais.
- Rapid Cool – Menyejukkan peti ais dengan cepat dalam tempoh yang singkat.
- Door Alarm System – Alarm akan berbunyi jika pintu peti ais L4Grande tidak ditutup dalam tempoh melebihi 1 minit.
- Door Auto Closed – Pintu peti ais yang terbuka sedikit atau tak rapat akan tertutup dengan sendirinya.
Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande membolehkan kita susun makanan dengan lebih teratur di dalam peti sejuk kerana ruangnya yang besar dan terbahagi kepada ruang-ruang yang telah dikhaskan mengikut kategori makanan, sayuran dan sebagainya.
Susunan barang makanan dan minuman serta bahan beku yang teratur mampu memberi kesan penjimatan tenaga elektrik bagi penggunaan peti ais di rumah. Pengaliran udara dan suhu peti ais yang sempurna akan memastikan barang yang disimpan di dalam peti ais jadi sentiasa segar dan menyihatkan.
Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande 4 pintu French Door ini berharga RM5,499 dengan warranty selama 5 tahun. L4 Grande berkapasiti 710L, saiz dimensinya dalam mm 950(W) x 764(D) x 1820(H) dan seberat 118kg. Memang besar saiz peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande. Banyak barang makanan dan minuman boleh disimpan. Orang pun muat masuk dalam tu.
Untuk maklumat lanjut tentang peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande boleh layari laman web Melco Sales Malaysia.
84 Comments
anak bapak gitulah hehehe
Curahan rasa auc @ ..Wordless Wednesday 50 (Geng Arsenal)
besar sangat pun kadang2 x tau nak letak apa pulak dlm peti tu…he he 🙂
Curahan rasa weschairs @ ..Jagung Permata Kaca
Wah……. Memang berkenan. Andaiku dapat peti ais ini….
Curahan rasa Eddy @ ..Bersama keluarga di Tutti Frutti
Produk elektronik sekarang mengalami banyak perubahan dan inovasi terbarunya
Curahan rasa safiyhati @ ..Pendaftaran CPNS Tahun 2013
Dan masing-masing brand saling bersaing untuk memikat hati para konsumen baik dalam segi tampilan desain dan sebagainya
Curahan rasa safiyhati @ ..Pendaftaran CPNS Tahun 2013
peti ais yang besar lagi canggih, lambat lagi la boleh pakai peti ais ni.
Curahan rasa Imran @ ..Ajar Anak Uruskan Wang
cantik peti ais nie…
mcm model dia…
nak try usha lar peti ais ni nanti…
Curahan rasa alex @ ..Financial Tips for Unmarried Couples
wah memang peti ice yang satu ini sangat bagus sekali dan design yang sangat menarik untuk dilihat
Curahan rasa Pasudama SEO @ ..Daftar Blog .edu Auto Approve High Page Rank 2013
Nah, ini nih artikelnya selalu uptade. jadinya saya sangat suka sekali membaca artikel terbarunya. thanks
Curahan rasa Pasudama SEO @ ..Daftar Blog .edu Auto Approve High Page Rank 2013
peti ni sememangnya besar..berbaloi2 beli..boleh masuk dengan tuannya sekali kalau panas..hehe
Curahan rasa hafizrahim @ ..Applikasi Game Badminton Di Alam Maya
wah, versetail product of mitsubishi selain motor…
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..Madrasah An-Nuur (MAN) Muar Johor
harga tak jadi masaalah,yang jadi masaalah nya ialah berat nya yang terlampau,..aku pernah ada pengalaman angkat peti ais besar cenggini..huu..huu,berat wooo,any way peti ais ni memang cantik
Curahan rasa rich @ ..The Way Of The Moneylender
harga tak jadi masaalah,yang jadi masaalah nye ialah berat nya yang terlampau,..aku pernah ada pengalaman angkat peti ais besar cenggini …hu..hu..any way,..peti ais ni memang smart
Curahan rasa Rich @ ..The Way Of The Moneylender
wah.. rasa lain macam pulak.. selalu mitsubishi ni lebih dekat dengan kereta, tapi tiba-tiba tentang peti ais..haha
Curahan rasa boni kacak @ ..Kelakuan Tak Senonoh Blogger Di ABPBH 2012
Saya juga waktu melihat judul entri di RSS Feed saya menduga seperti itu Bro..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Perempat Final Liga Champions Leg-2 : Galatasaray vs Real Madrid
stainless steel tu nampak lebih menarik
Curahan rasa Juan @ ..Anwar Ibrahim Kekal di Dun Permatang Pauh
Thank gan, infonya sangat bermanfaat, ditunggu info selanjutnya…
Comments are closed.