Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ni Kumpulan Media Karangkraf salah satu penaja #SBB2013 sekali lagi melebarkan sayap perniagaannya dalam bidang penerbitan melalui dunia digital apabila melancarkan Portal Penulisan Online yang dikenali sebagai ILHAM melalui Grup Buku Karangkraf.
Majlis Pelancaran ILHAM yang juga merupakan portal komuniti penulisan online ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Dalam majlis yang sama, Tun Mahathir turut melancarkan buku tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad yang berjudul “Berani Tanpa Segan” dan tulisan Tan Sri Abdullah juga turut dimuatkan dalam ILHAM.
Idea menubuhkan laman web ILHAM tercetus apabila timbul kesedaran bahawa ramai yang berbakat dalam bidang penulisan. Bakat-bakat yang ada perlu diasah dan diperbaiki serta dipupuk seiring dengan perkembangan industri novel yang semakin meriah.
Maka, lahirlah portal ilham.karangkraf.com yang interaktif untuk menarik minat penulis menghasilkan karya kreatif, manakala pembaca pula dapat menikmati karya-karya tersebut untuk santapan minda. Hubungan erat yang terjalin antara penulis dan pembaca inilah yang diketengahkan kerana laman web ILHAM merupakan sebuah komuniti penulisan online.
Sebagai sebuah syarikat penerbitan yang dinamik, Grup Buku Karangkraf memandang positif usaha ini kerana ia mampu menjana pendapatan dan ekonomi negara. Karya yang popular, berkualiti dan semestinya yang terbaik akan diterbitkan secara konvensional agar sambutannya berterusan sampai ke tangan pembaca. Ini juga yang disasarkan oleh Grup Buku Karangkraf iaitu memupuk semangat membaca kepada seluruh masyarakat.
Misi ILHAM ini diinspirasikan untuk penulis, pembaca dan Grup Buku Karangkraf selaku penerbit. Bagi penulis, ianya dapat mengetengah dan mengasah bakat menulis cerpen atau novel agar semakin bermutu, berkomunikasi dengan pembaca mengenai karya, dan mendapat maklum balas daripada pembaca secara terus.
Bagi pembaca, mereka dapat membaca pelbagai genre karya sama ada cerpen atau novel, memberi komen, like dan share karya yang digemari serta berkomunikasi dengan penulis.
Bagi penerbit pula, portal ILHAM mewujudkan satu jaringan penghubung antara penulis dan pembaca serta melahirkan ramai penulis baru yang bakal menjadi generasi pelapis pada masa akan datang. Di samping itu dapat menjana pendapatan melalui karya yang dijual.
Medium khusus dibina untuk penulis berkarya dan pembaca menikmatinya di laman web ilham.karangkraf.com dan laman page di Facebook iaitu www.facebook.com/IlhamGrupBuku. Karya terpilih akan diterbitkan di bawah label Grup Buku Karangkraf.
Karnival Karangkraf
Karnival Karangkraf akan diadakan pada 1-3 Febuari 2013 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. In shaa Allah, pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada para pelawat.
Datanglah beramai-ramai. Masuk PERCUMA!
57 Comments
kagum dengan Dr.Mahathir dan juga tahniah buat kumpulan Karangkraf
Curahan rasa Afiq @ ..Aduhai Mata Aku Rabun
tahniah kepada Kumpulan Karangkraf di atas idea yg baik sekali iaitu peminat karya penulisan kerana menggunakan medium yg easy to access
minggu lepas blk kmpg…rugi x dpt nk nyinggah sana…
Sesuatu yang segar kepada penulis-penulis baru terutama anak muda
Curahan rasa abangkhai @ ..Hidup Untuk Memberi
Benar sekali Abangkhai…setakat dengan hal ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Akreditasi Rumah Sakit
Memberi ruang kepada penulis baru, pembaca dan penulis lama berkongsi pendapat dan pengalaman. pasti menarik minar para pengunjung.
Memberi ruang kepada penulis baru, pembaca dan penulis lama berkongsi pendapat dan pengalaman.
nak pergi terjah sekejap lagi ilham karangkraf itu
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Berubah Sama Sekali
tahu ada karnival tu, tapi bila fikir, hujung minggu, tentu ramai sgt org, tak jadi pergi.. huhu.. kalau tak, nak juga singgah..
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Berubah Sama Sekali
Ruginyer x dapat g Karnival Karangkraf… 🙁
Curahan rasa Nurul @ ..Blogger SpeakoutLoud Lasertag e@Curve
Usaha yang terbaik bagi memperbanyakkan lagi penulis-penulis di Malaysia. Dan mungkin juga menambahkan lagi blogger yang berkemahiran tinggi dalam menulis.
Curahan rasa Arrazi @ ..5 Pelajaran Penting Blogger Daripada Spammer
Diharap dari laman tersebut banyaklah lagi bakat baru yang bakal menonjol 🙂
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Contoh dan Cara Tulis Resume
banyaknya perkongsian cerita dekat laman web tu..novel best² pun ada..
Curahan rasa Sharafie @ ..Kawasaki ER6N 2012 Kisah Gadis Cun
Yap… Layan novel memang best… 🙂
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Contoh dan Cara Tulis Resume
pastinya sebuah portal yang penuh dengan maklumat dan kelainan dalam cara penyampaian info kepada masyarakat semasa
Curahan rasa yangbaik @ ..Anda tidak mengetahuinya
Inisiatif yang baik mengalakkan masyarakat membaca walaupun caranya dengan berlainan medium tetapi objektifnya tetap sama.
Curahan rasa akubiomed @ ..Sudah cukup sudah dengan spammer
Bangsa membaca – bangsa berjaya… Tak bergitu? 🙂
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Contoh dan Cara Tulis Resume
semoga bertambah meriah penulisan ber Bahasa Malaysia …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Kertas Dari Daun Nanas
Comments are closed.