Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 16 Mac 2013 (Sabtu) Denaihati telah dijemput menghadiri event yang dianjurkan oleh Melco Sales Malaysia (Mitsubishi Electric). Dalam event tu semua yang hadir diperkenalkan dengan Peti Ais Mitsubishi Electric L4 Grande 4 pintu French-Door yang sangat canggih sesuai dengan gaya hidup moden masa kini.
Event bermula jam 2.30 pm hingga 5.00 pm, tapi start lewat sikit. Walaupun start lewat rasa seronok dengan suasana majlis yang santai. Event pada hari tu dihoskan oleh si cantik jelita Julie Woon dan juga Darren Lee.
Para hadirin diberi penerangan lengkap tentang ciri-ciri dan fungsi yang terdapat pada peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande. Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande didatangkan dengan 2 warna iaitu Stainless Steel dan Diamond Black. Kedua-duanya nampak smart bergaya dengan reka bentuk mewah. Selain tu, peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande ni juga berkapasiti besar, mudah digunakan dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Fungsi Istimewa Peti Ais Mitsubishi Electric L4 Grande
Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande yang berkualiti ni memiliki ciri-ciri dan fungsi yang sangat unik dan istimewa. Antara fungsi istimewa L4 Grande adalah:
- Anti-Bacteria Food Liner – Ruang bekas simpan makanan yang bebas dari kuman.
- Deodorizer – Boleh menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
- Humidity Control – Sayur akan kekal segar dan tahan lama dalam peti ais.
- Rapid Cool – Menyejukkan peti ais dengan cepat dalam tempoh yang singkat.
- Door Alarm System – Alarm akan berbunyi jika pintu peti ais L4Grande tidak ditutup dalam tempoh melebihi 1 minit.
- Door Auto Closed – Pintu peti ais yang terbuka sedikit atau tak rapat akan tertutup dengan sendirinya.
Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande membolehkan kita susun makanan dengan lebih teratur di dalam peti sejuk kerana ruangnya yang besar dan terbahagi kepada ruang-ruang yang telah dikhaskan mengikut kategori makanan, sayuran dan sebagainya.
Susunan barang makanan dan minuman serta bahan beku yang teratur mampu memberi kesan penjimatan tenaga elektrik bagi penggunaan peti ais di rumah. Pengaliran udara dan suhu peti ais yang sempurna akan memastikan barang yang disimpan di dalam peti ais jadi sentiasa segar dan menyihatkan.
Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande 4 pintu French Door ini berharga RM5,499 dengan warranty selama 5 tahun. L4 Grande berkapasiti 710L, saiz dimensinya dalam mm 950(W) x 764(D) x 1820(H) dan seberat 118kg. Memang besar saiz peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande. Banyak barang makanan dan minuman boleh disimpan. Orang pun muat masuk dalam tu.
Untuk maklumat lanjut tentang peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande boleh layari laman web Melco Sales Malaysia.
84 Comments
Pastinya peti sejuk ini mengunakan teknologi inverter supaya lebih jimat tenaga elektrik. Suka juga panel untuk tempreature controller nya
Curahan rasa onlajer @ ..Gula Jawa Rasa Coklat
orang-orang electrikal mesti expert ni… alat yang jimatkan tenaga dah jadi macam keperluan sekarang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Mitsubishi Electric L4 Grande Peti Ais Gaya Hidup Moden
Memang besar dan luas serta mempunyai ciri2 moden terkini..tapi harga..tak mampu kot..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Menang RM 100.00 Dari Giveaway Hairulazni.my
ni kalau anak kawan nampak ni mesi buat main sembunyi2..
Curahan rasa hafiz @ ..Hasil tuaian di Toy’R’Us
tertutup secara otomatik tu yg best tu…
Curahan rasa hafiz @ ..Hasil tuaian di Toy’R’Us
huh memang menarik ni
tapi auc x beli hok mahal gini sekejab je tanggal pintu tu, al maklum lah 5 org anak, lalu sorang buka, lalu yg bukak, dah tau tak de apa, lalu je mesti nak buka peti, yg ni dah tanggal pintunya
kalau kukuh betul boleh dipertimbangkan ni 🙂
Curahan rasa auc @ ..Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3
insyaAllah memang kukuh sangat ni…ciri door auto closed dan alarm no ni penting, anak2 kadang-kadang buat lupa tutup….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Mitsubishi Electric L4 Grande Peti Ais Gaya Hidup Moden
dasyatnya anak AUC.. memang superhero..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kamera Gedabak
Luas dan meriah peti ais ini, boleh simpan bajet untuk beli lepas kahwin nanti 🙂
Curahan rasa Kazen @ ..Video Interview Bobo Parody Shae Sayang
amboi! besarnya
molek sangat untuk keluarga yang ada anak kecil ramai… kan
😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Membaca Menambah Ilmu dan Pengetahuan
besar jugak.. tak bole beli.. masa renovate dapur, buat tempat khas petis ais yang berukuran kecik sikit daripada ni…
mak pun tak suka peti ais besar.. nanti asyik sumbat sumbat je.. heeee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kamera Gedabak
Besar sungguh peti sejuk ini sesuai dengan teknologi dan harganya.
Curahan rasa hatiputera @ ..Dah Pakai Yonex Voltric Z Force (ZF88)
puas hati kalau beli ini.
Curahan rasa fyna @ ..Tema Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin
Yang pasti ia adalah peti sejuk berteknologi tinggi dan pintar.
Curahan rasa akubiomed @ ..Peti sejuk Mitsubishi Electric L4Grande direka untuk keluarga besar
peti ais ni memenag hebat dan besar.. harga dia pn besar jg.. hehe
Curahan rasa HafizAmri @ ..Masalah Kesukaran Tidur
Amboi besarnya peti ais.
wah, peti ais harga… fuh.. best ni kalau dapat free ni.. hehe
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Dia Sudah Datang
Kalau dapat Free saya mau juga pastinya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Perempat Final Liga Champions Leg-2 : Galatasaray vs Real Madrid
wow! cukup mengkagumkan teknologi peti masa kini..
Curahan rasa hanafi abdullah @ ..Jangan Bertangguh Jika Dapat Dilakukan Sekarang
Comments are closed.