Mitsubishi Electric L4 Grande Peti Ais Gaya Hidup Moden

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 16 Mac 2013 (Sabtu) Denaihati telah dijemput menghadiri event yang dianjurkan oleh Melco Sales Malaysia (Mitsubishi Electric). Dalam event tu semua yang hadir diperkenalkan dengan Peti Ais Mitsubishi Electric L4 Grande 4 pintu French-Door yang sangat canggih sesuai dengan gaya hidup moden masa kini.

Event bermula jam 2.30 pm hingga 5.00 pm, tapi start lewat sikit. Walaupun start lewat rasa seronok dengan suasana majlis yang santai. Event pada hari tu dihoskan oleh si cantik jelita Julie Woon dan juga Darren Lee.

Para hadirin diberi penerangan lengkap tentang ciri-ciri dan fungsi yang terdapat pada peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande. Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande didatangkan dengan 2 warna iaitu Stainless Steel dan Diamond Black. Kedua-duanya nampak smart bergaya dengan reka bentuk mewah. Selain tu, peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande ni juga berkapasiti besar, mudah digunakan dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Fungsi Istimewa Peti Ais Mitsubishi Electric L4 Grande

Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande yang berkualiti ni memiliki ciri-ciri dan fungsi yang sangat unik dan istimewa. Antara fungsi istimewa L4 Grande adalah:

  • Anti-Bacteria Food Liner – Ruang bekas simpan makanan yang bebas dari kuman.
  • Deodorizer – Boleh menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
  • Humidity Control – Sayur akan kekal segar dan tahan lama dalam peti ais.
  • Rapid Cool – Menyejukkan peti ais dengan cepat dalam tempoh yang singkat.
  • Door Alarm System – Alarm akan berbunyi jika pintu peti ais L4Grande tidak ditutup dalam tempoh melebihi 1 minit.
  • Door Auto Closed – Pintu peti ais yang terbuka sedikit atau tak rapat akan tertutup dengan sendirinya.

Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande membolehkan kita susun makanan dengan lebih teratur di dalam peti sejuk kerana ruangnya yang besar dan terbahagi kepada ruang-ruang yang telah dikhaskan mengikut kategori makanan, sayuran dan sebagainya.

Susunan barang makanan dan minuman serta bahan beku yang teratur mampu memberi kesan penjimatan tenaga elektrik bagi penggunaan peti ais di rumah. Pengaliran udara dan suhu peti ais yang sempurna akan memastikan barang yang disimpan di dalam peti ais jadi sentiasa segar dan menyihatkan.

Peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande 4 pintu French Door ini berharga RM5,499 dengan warranty selama 5 tahun. L4 Grande berkapasiti 710L, saiz dimensinya dalam mm 950(W) x 764(D) x 1820(H) dan seberat 118kg. Memang besar saiz peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande. Banyak barang makanan dan minuman boleh disimpan. Orang pun muat masuk dalam tu.

Untuk maklumat lanjut tentang peti ais Mitsubishi Electric L4 Grande boleh layari laman web Melco Sales Malaysia.


Spread the love

84 Comments

  1. cantik besar pula tu , uh kalau suruh mak beli ni , abis cucu2nya asik bukak tutp2 peti ais lah jawbnya , budak2 cerdik wlaupn dh log sngup nangis sbb nk tgok dlm peti ais tu hehe
    Curahan rasa ArinaMilikDia @ ..Lesen MemanduMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!