Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Wanita MPV Honda merah.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada akhir tahun 1990 an dan awal tahun 2000 Abang berpeluang bertemu dengan beberapa toke produk yang telah membawa sehingga ke kilang produk kesihatan dan kosmetik yang mengeluarkan. Ketika itu Abang masih bekerja di KFC (M) Sdn Bhd.
Pada awal tahun 2000 dengan izin TUHAN Abang pencen berkerja dengan orang dan memulakan bisnis sendiri. Projek bisnis pertama yang Abang dapat adalah kontrak Kafeteria Hospital Klang (HTAR) selama lebih 3 tahun. Bukan cerita bisnis kantin yang sangat lumayan nak Abang ceritakan. Kisah ini ada Abang ceritakn dalam entri-entri yang sebelum ini antaranya entri “Berniaga tak ada duit kecil”.
Semasa berniaga di kafeteria HTAR Abang sering nampak seorang perempuan parkir kereta MPV Honda merahnya dihadapan kafeteria dan singgah makan di kantin. Selalu sangat terserempak tetapi tidak pernah tegur. Nampak bergaya ala-ala mak andam.
Akhirnya Abang dapat cerita, kononnya perempuan tersebut menjual produk jenama sendiri. Masuk salon keluar salon, masuk kedai jamu keluar kedai jamu di daerah Klang nak letak produk jenama beliau secara percuma tapi tiada siapa yang sudi. Masa itu tidak ada teknologi jualan online seperti sekarang. Khabarnya perempuan itu tinggal di rumah teres murah yang tidak jauh dari hospital.
Hari ini perempuan berkereta MPV Honda Merah itu menjadi ikon produk termasyhur sudah tidak perlu berdiri di atas pentas menjual maruah dengan kelakar yang tidak menjadi atau menjadi penaja besar program realiti. Mempunyai cawangan jualan produk di setiap negeri malahan sudah ada cawangan di negara jiran. Ramai usahawan produk perempuan dan lelaki menjadikan perempuan ini sebagai idola untuk mencapai impian dan ramai yang sudah menjadi jutawan produk.
Kepada rakan-rakan yang ada impian untuk mempunyai produk sendiri menjadi seperti perempuan berkereta PMV Honda merah sila baca komen pertama, Abang kongsikan buku khas cara-caranya yang mengikut perundangan yang betul, manalah tahu kalian boleh jadi sehebat perempuan ini setahun dari sekarang. Perempuan berkereta MPV Honda merah belum tersenarai dalam 10 terkaya di Malaysia tetapi kekayaannya sekarang memang hebat, bayangkan rumah agam sahaja benilai puluhan juta. Bayangkan kejayaan beliau bagaimana.
Abang hanya berkongsi cerita sebab Abang sudah mengenali rapat dengan perempuan berkereta PMV honda merah ini cuma abang kurang berminat menjual produk sendiri walaupun pernah berkawan dengan toke produk dan sudah masuk kilang yang menghasilkan produk. Impian Abang nak jadikan Mall Online Denaisell sebagai pusat menjual produk online rakan-rakan blogger dan bukan blogger yang baru nak belajar menjadi usahawan online.
Abang Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
102 Comments
dah ramai yang mula jual produk kosmetik. ternyata bisnes ni membuahkan hasil lumayan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Taman Tema Di Malaysia
selalu penuh inspirasi ini abang amir. siip bang. memang kalo segala sesuatu dilakukan dengan penuh tanggung jawab dan selalu bergantung kepada Tuhan tentu kesuksesan kita tinggal nunnggu waktu saja. Makasih Bang
Curahan rasa Buwel Catur @ ..Mari Belajar Catur dengan Partai Catur berlatih catur dari Iluvcatur.blogspot.com
Semoga impian abg denai menjadi kenyataan dan dipermudahkan selalu inshaAllah.. 🙂
Semua inginkan Kejayaan.. Tiada jalan singkat.. Kunci utama ialah usaha dan ilmu
Curahan rasa Weschairs @ ..Carilah harta dari sumber yang halal
Kegagalan dalam hidup itu adalah biasayang biasa. Yang luar biasa adalah bagaimana kita belajar dari kegagalan itu untukberjaya. Berbahagialah ketika gagal karana di sana Tuhan memberikan pelajaran.
Sebuah pelajaran bahawa bekerja bukan hanya untuk nikmat dan pujian, tapi untuk kebahagiaan. Rendah hati dan ketulusan, itu tanda kebahagiaan.
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Cara Memasang Disqus Di Blog
tahniah buat wanita misteri tersebut yang sudah berjadi jutawan, bisnesswoman berjaya..
JanjiKita
Di mana ada usaha di situ ada kejayaan. Kagum dengan usaha wanita ini kerana tidak pernah putus asa
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..KELAS E-USAHAWAN ANJURAN MDEC DI KOTA KINABALU, SABAH
kunci kepada kejayaan yang hebat ialah tidak berputus asa..
usaha sahaja sehingga menjadi..
usaha dan terus berusaha
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Iktibar Dari Kisah Pemandu Maut
Misteri betul. teringin nak tahu siapa usahawan wanita ni yang bermula dari bawah kemudian berjaya pada hari ini.
Curahan rasa Detik Instax @ ..Kedai Print Gambar Instax Dan Polaroid
terinspirasi sekejap membaca kegigihan wanita misteri berkereta MPV ini. Menawarkan diri meletakkan jenama produk sendiri di kedai-kedai dan toko-toko jamu tidak semudah kita menyebut dengan kata-kata.
Kena buang sifat malu, perasaan takut untuk berhadapan dengan tuan punya kedai. Muka kena tebal berpuluh inci jika dapat rejection dari gerai.
Usaha wanita ini sepatutnya memang dibalas dengan kejayaan.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Greenfit Produk Mesra Jamban
Usaha tanpa kenal jemu pasti kejayaan akan datang akhirnya..
yang penting jgn putus asa..
Curahan rasa Mohd Aswad @ ..Perak – Pinjaman Koperasi Kakitangan Kerajaan
cerita tersebut boleh memberi inspirasi kepada para usahwan yang berada diluar sana..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenali Perunding eTiQa Takaful Kuching Sarawak
Usaha tangga kejayaan. Siapa yang rajin.Mereka akan dapatkan. Terima kasih perkongsian ilmu ini abg denai hati.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Syurga Palsu Untuk Orang Bodoh
Tuan denai pernah jual makanan di kafeteria HTAR selama 3 tahun ya
.
Hospital tu memang femes kat klang ni
.
Dengan ramainya orang
.
Sampai tak cukup katil kat dalam wad tu
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set Kurus Shaklee Harga & Review Terbaik 2017
alamak teringin pula nak tahu siapa gerangan usahawanita tu. semoga cita-cita abam denaihati tercapai
Curahan rasa raihanah @ ..Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3
Saya juga ternanti nantikan sambungan kisah usahawan wanita ini, boleh kongsi pengalaman kejayaan dari beliau.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Pegawai Penerangan S29
siapa tu en? org hebat dikelilingi orang hebat gak…mmg aura tu
Curahan rasa seri @ ..5 Testimoni Hilang Bekas Parut Jerawat Pada Wajah
Comments are closed.