Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Wanita MPV Honda merah.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada akhir tahun 1990 an dan awal tahun 2000 Abang berpeluang bertemu dengan beberapa toke produk yang telah membawa sehingga ke kilang produk kesihatan dan kosmetik yang mengeluarkan. Ketika itu Abang masih bekerja di KFC (M) Sdn Bhd.
Pada awal tahun 2000 dengan izin TUHAN Abang pencen berkerja dengan orang dan memulakan bisnis sendiri. Projek bisnis pertama yang Abang dapat adalah kontrak Kafeteria Hospital Klang (HTAR) selama lebih 3 tahun. Bukan cerita bisnis kantin yang sangat lumayan nak Abang ceritakan. Kisah ini ada Abang ceritakn dalam entri-entri yang sebelum ini antaranya entri “Berniaga tak ada duit kecil”.
Semasa berniaga di kafeteria HTAR Abang sering nampak seorang perempuan parkir kereta MPV Honda merahnya dihadapan kafeteria dan singgah makan di kantin. Selalu sangat terserempak tetapi tidak pernah tegur. Nampak bergaya ala-ala mak andam.
Akhirnya Abang dapat cerita, kononnya perempuan tersebut menjual produk jenama sendiri. Masuk salon keluar salon, masuk kedai jamu keluar kedai jamu di daerah Klang nak letak produk jenama beliau secara percuma tapi tiada siapa yang sudi. Masa itu tidak ada teknologi jualan online seperti sekarang. Khabarnya perempuan itu tinggal di rumah teres murah yang tidak jauh dari hospital.
Hari ini perempuan berkereta MPV Honda Merah itu menjadi ikon produk termasyhur sudah tidak perlu berdiri di atas pentas menjual maruah dengan kelakar yang tidak menjadi atau menjadi penaja besar program realiti. Mempunyai cawangan jualan produk di setiap negeri malahan sudah ada cawangan di negara jiran. Ramai usahawan produk perempuan dan lelaki menjadikan perempuan ini sebagai idola untuk mencapai impian dan ramai yang sudah menjadi jutawan produk.
Kepada rakan-rakan yang ada impian untuk mempunyai produk sendiri menjadi seperti perempuan berkereta PMV Honda merah sila baca komen pertama, Abang kongsikan buku khas cara-caranya yang mengikut perundangan yang betul, manalah tahu kalian boleh jadi sehebat perempuan ini setahun dari sekarang. Perempuan berkereta MPV Honda merah belum tersenarai dalam 10 terkaya di Malaysia tetapi kekayaannya sekarang memang hebat, bayangkan rumah agam sahaja benilai puluhan juta. Bayangkan kejayaan beliau bagaimana.
Abang hanya berkongsi cerita sebab Abang sudah mengenali rapat dengan perempuan berkereta PMV honda merah ini cuma abang kurang berminat menjual produk sendiri walaupun pernah berkawan dengan toke produk dan sudah masuk kilang yang menghasilkan produk. Impian Abang nak jadikan Mall Online Denaisell sebagai pusat menjual produk online rakan-rakan blogger dan bukan blogger yang baru nak belajar menjadi usahawan online.
Abang Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
102 Comments
Huh… Teringin sangat nak tahu siapakah gerangan wanita misteri yang menaiki MPV merah
Curahan rasa MyPendidikan @ ..Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online
Nampak beliau masih hidup sederhana, biasanya pemilik produk bergaya dengan kereta berjenama luar negara yang mewah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Rahsia Pendapatan Si Penganggur
Siapakah gerangannya wanita misteri misteri menaiki kereta MPV merah itu?
Rasa teringin nak tahu..
Curahan rasa anuar @ ..Kos Repair Bamper kereta Nissan Sylphy. Murah ke?
tu la produk pun tarak tahu ni…lagikan empunya diri. mmg layak berjaya bg org yg rajin
Curahan rasa seri @ ..5 Perkara Wajib Buat Ketika Keputihan Semasa Hamil
memang misteri sungguh rasanya sampai sekarang tak tahu siapakah gerangannya tu..ohhoo..
Curahan rasa reezluv @ ..Perjalanan Jimat Dari KL Sentral Ke Putrajaya Sentral
Siapakah wanita misteri berkereta MPV yang tidak menjaja maruah itu. Teringin nak mengenali beliau
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Limited Offer PWP Enrollment Promotion Shaker 600ml, April 2017 !
Perempuan MPV merah terus menjadi misteri. Apapun beliau menjadi teladan untuk kita semua berjaya dalam bidang kerjaya yang kita ceburi.
Curahan rasa Haidar @ ..Pinjaman Koperasi Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
siapakakah perempuan itu tua…
rasa macam misteri la pulak..
untuk berjaya ada pelbagai cara..
trend sekarang memang bisnes online menjadi pilihan ramai..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..5 Sebab Saya Suka Blog Ishakhasimi.com
“sudah tidak perlu berdiri di atas pentas menjual maruah dengan kelakar yang tidak menjadi …” amboi amboi amboi
Curahan rasa Aneka Resipi @ ..Udang Masak Lemak Cili Api
Masih tertanya-tanya gerangan wanita misteri tersebut. Apapun sungguh hebat wanita tersebut.
Curahan rasa cikpinz @ ..Jelajah CSR PPTD: Misi Al-Quran Braille Putrajaya-Bangkok 2017
Huhu lps baca terus fikir sape usahawan2 produk wanita yg top2. Sape gerangan orangnya tuan? #tinggaltandatanya
Macam pernah dengar cerita ni. Siapakah beliau yang memandu MPV merah itu.
Curahan rasa Azwan @ ..Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri?
ADUSH BANG…TAK KAN MISTERI TINGGAL MESTERI…TAK SEDAP LA… BAGI TAU LA SAPA…
TERIMA KASIH BAGI PELUANG PADA KAMI ORANG YANG NAK BERNIAGA NI..DENAI HATI..BAGUS SANGAT!!!!
Curahan rasa nikrohayu @ ..PROMOSI BATIK COTTON MURAH DAN CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
Salam. Anda sangat beruntung kerana kenal dan nampak titik peluh usahawan yang bermula dari bawah kerana banyak yang boleh dipelajari dari orang macam tu.
Curahan rasa Firdaus @ ..Mencuba Ayam Goreng McD
Siapakah beliau?
Ala.. ni yang tak best ni…
Tidak bernama.
Identiti tidak di kenalpasti.
.
Curahan rasa TheZulfan @ ..Tempahan Hadiah Bunga Segar Dan Coklat Sekitar Kuala Lumpur & Lembah Klang
Cara Jadi owner produk sendiri secara profesional tulisan hebat oleh sifu Hafiz Mansor yang mesti dimiliki oleh semua yang nak jadi usahawan produk @ http://bit.ly/carajadiownerproduk
Comments are closed.