Melayu Buang Bayi yang lebih Jahiliah daripada Jahiliah

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, maaflah HIDUP aku sebagai SEORANG BLOGGER sangat terganggu emosinya melihat isu ini. Dua remaja Melayu mengaku buang bayi, Pelajar Melayu IPTA menangis selepas didakwa membuang bayi, Sepasang kekasih remaja Melayu mengaku buang bayi, Janda muda Melayu disyaki buang bayi ditahan reman, Remaja perempuan Melayu ditahan disyaki buang bayi, Siswazah Melayu dipenjara setahun dan didenda kerana buang bayi, Jurujual wanita Melayu ditahan disyaki buang bayi, Buang bayi polis tahan wanita Melayu, Pemuda Melayu tanam bayi dihukum penjara dua tahun dan banyak lagi berita yang lebih parah dari ini.

Gambar dari Utusan Online

Akibatnya Bayi ditinggal atas tangga, Mayat Bayi dalam timbunan sampah, Mayat Bayi ditemui berhampiran surau, Bayi dalam lubang paip, Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas, Mayat bayi perempuan ditemui terperangkap di sungai, Mayat bayi ditemui dalam longkang, Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah, Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan Gunting sebahagian dari kisah sedih teramat bayi yang tidak berdosa ditamatkan riwayat hidupnya oleh manusia jahiliah modern yang juga darah daging mereka sendiri.

Gambar dari Utusan Online

4700 kes zina setiap hari di kalangan Melayu adalah penyebab kepada kes Buang Bayi. Feneomena Buang Bayi menjadi lebih parah 9 bulan selepas pesta sambutan tahun baru dan valentine days. Rumusan aku mudah sahaja semua yang terlibat dengan zina dan akhirnya buang bayi adalah mereka yang hanya mampu sebut nama Allah tetapi tiada rasa takut kerana mereka lansung tidak kenal Allah swt. Mereka yang malang ini tidak pernah kenal Allah kerana ibubapa mereka tidak pernah kenalkan Allah kepada mereka. Mengapa agaknya ibubapa mereka tidak mengenalkan Allah kepada anak-anak mereka kerana ibubapa juga tidak kenal Allah.

Gambar dari Utusan Online

Terlajak perahu boleh ditarik balik tetapi terlajak kehidupan susah untuk diubah jadi kita mesti pengambil pengajaran dari isu ini dan marilah sama-sama  kita azam untuk belajar mengenal Allah supaya kita dapat mendidik anak-anak kita mengenal Allah. Jika tidak pasti generasi kita akan juga menjadi generasi yang dengan tanpa belas kasihan buang bayi. Menjadi generasi Melayu buang bayi yang lebih Jahiliah daripada Jahiliah di zaman sebelum Rasulullah dan zaman Firaun. Inginkah kita melihat mungkin seorang keturunan kita menjadi begitu dari alam kubur kelak?

Firman Allah swt : “Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” – Surah Al-Isra’ ayat 32.

Firman Allah swt : “Pezina lelaki tidak boleh menikahi kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan pezina perempuan tidak boleh bernikah kecuali dengan pezina lelaki atau dengan lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang Mukmin.” – Surah An-Nur, ayat 3.


Spread the love

353 Comments

  1. ermmm,, xtau nak cakap pe dh.. masalah pembuangan bayi dah macam jd perkara biasa sekarang nie.. berbalik la kpd hukum Allah yg termaktub dalam Al-Quran.. aku pnuh yakin masalah ni dpt diselesaikan..
    Curahan rasa Captain @ ..Tema Hari Kemerdekaan MalaysiaMy Profile

          1. .

            Perilaku seperti ini banyak ditemukan di masyarakat perkotaan yang arus informasi sudah bebas dan akses untuk mendapatkan informasi jauh lebih kuat dibandingkan dengan masyarakat di desa.

            1. “Keluarga pada kasus ini adalah pihak yang terpenting dalam pembentukan anak perempuannya. Keluarga yang tanggap seharusnya bisa mempersempit kemungkinan anaknya mengalami kejadian yang tidak diinginkan

  2. semalam pun ramai anak2 melayu yang ditangkap khalwat..aduhai, kalau ye pun nak wat projek, janganlah semalam, sebab tentulah ramai orang yang wat operasi..bodoh punya olang

  3. punca zina ni adalah…berpunca dari kewujudan internet sekarang yang boleh bukak apa sahaja….termasuk vcd lucah yang boleh didapati dimana tempat pun dekat malaysia…dalam tv bukan main lagi proses penangkapan penjual vcd lucah..tapi hakikatnya masih lagi yang alpha !
    Curahan rasa ishak @ ..Menghasilkan kesan letupan pada gambarMy Profile

  4. Puncanya zina. Puncanya pergaulan bebas. Puncanya kurang didikan agama. Puncanya kesedaran diri dan iman. Puncanya kurang mendekatkan diri pada Allah (solat terutamanya). Puncanya ego dan sombong dengan Allah.

    Fikir-fikirkan. Peace!
    Curahan rasa Mohd Shahrul Hafizi @ ..EksidenMy Profile

  5. kenkadang bila aku tengok berita camnih, dan aku pandang anak aku, tengok wajahnya yg comel, aku terfikir.. “tergamak diorg buat camtuh kan?” bagi aku kalau betol anak tersebut bukan dari hasil perhubungan yang sah dalam agama, beri kepada badan, hospital atau individu yg boleh menerima. kenapa perlu nak buang? cuba diorg fikir balik, adakah mak ayah diorg buang diorg masa bayi dahulu? takk.. malah dijaga dengan kasih sayang.

    tapi kenapa mereka buat begitu pada anak mereka? kesian tau.. dengar berita yg menyedihkan ni. lahir-lahir je nak tengok dunia dah dibuang. sedihnya kalau aku fikir.. ya Allah.

    aku syukur anak aku sihat walafiat sekarang, dah semakin membesar pun, walaupun.. ada yg sebaya dengannya tak menerima nasib yg baik sepertinya. 🙁

    1. aku memang tak abis fikir bagaimana mereka sanggup membunuh dan membuang bayi yg lansung tak berdosa tu…dimanalah letak hati mereka ni??

  6. Pingback: IMCurtain.com

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!