Melayu Buang Bayi yang lebih Jahiliah daripada Jahiliah

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, maaflah HIDUP aku sebagai SEORANG BLOGGER sangat terganggu emosinya melihat isu ini. Dua remaja Melayu mengaku buang bayi, Pelajar Melayu IPTA menangis selepas didakwa membuang bayi, Sepasang kekasih remaja Melayu mengaku buang bayi, Janda muda Melayu disyaki buang bayi ditahan reman, Remaja perempuan Melayu ditahan disyaki buang bayi, Siswazah Melayu dipenjara setahun dan didenda kerana buang bayi, Jurujual wanita Melayu ditahan disyaki buang bayi, Buang bayi polis tahan wanita Melayu, Pemuda Melayu tanam bayi dihukum penjara dua tahun dan banyak lagi berita yang lebih parah dari ini.

Gambar dari Utusan Online

Akibatnya Bayi ditinggal atas tangga, Mayat Bayi dalam timbunan sampah, Mayat Bayi ditemui berhampiran surau, Bayi dalam lubang paip, Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas, Mayat bayi perempuan ditemui terperangkap di sungai, Mayat bayi ditemui dalam longkang, Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah, Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan Gunting sebahagian dari kisah sedih teramat bayi yang tidak berdosa ditamatkan riwayat hidupnya oleh manusia jahiliah modern yang juga darah daging mereka sendiri.

Gambar dari Utusan Online

4700 kes zina setiap hari di kalangan Melayu adalah penyebab kepada kes Buang Bayi. Feneomena Buang Bayi menjadi lebih parah 9 bulan selepas pesta sambutan tahun baru dan valentine days. Rumusan aku mudah sahaja semua yang terlibat dengan zina dan akhirnya buang bayi adalah mereka yang hanya mampu sebut nama Allah tetapi tiada rasa takut kerana mereka lansung tidak kenal Allah swt. Mereka yang malang ini tidak pernah kenal Allah kerana ibubapa mereka tidak pernah kenalkan Allah kepada mereka. Mengapa agaknya ibubapa mereka tidak mengenalkan Allah kepada anak-anak mereka kerana ibubapa juga tidak kenal Allah.

Gambar dari Utusan Online

Terlajak perahu boleh ditarik balik tetapi terlajak kehidupan susah untuk diubah jadi kita mesti pengambil pengajaran dari isu ini dan marilah sama-sama  kita azam untuk belajar mengenal Allah supaya kita dapat mendidik anak-anak kita mengenal Allah. Jika tidak pasti generasi kita akan juga menjadi generasi yang dengan tanpa belas kasihan buang bayi. Menjadi generasi Melayu buang bayi yang lebih Jahiliah daripada Jahiliah di zaman sebelum Rasulullah dan zaman Firaun. Inginkah kita melihat mungkin seorang keturunan kita menjadi begitu dari alam kubur kelak?

Firman Allah swt : “Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” – Surah Al-Isra’ ayat 32.

Firman Allah swt : “Pezina lelaki tidak boleh menikahi kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan pezina perempuan tidak boleh bernikah kecuali dengan pezina lelaki atau dengan lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang Mukmin.” – Surah An-Nur, ayat 3.


Spread the love

353 Comments

  1. Kenapa pihak berkuasa masih bertoleransi dengan situasi ini? Segala usul mencegah nampaknya lebih mengarut! Buat sekolah mengandung pun tak akan menyelesaikan masalah.

    Sepatutnya, hapuskan semua pusat hiburan yang menjadi punca terbesar lubuk arak dan zina.

    Kalau saya berkuasa, contoh sahaja.. mahu sahaja saya buat perintah berkurung,.. siapa yang lepaskan anak perempuan mereka keluar malam…kene tembak hehehe..
    Curahan rasa hyprobulksms @ ..Teknik pemasaran online hyprobulksmsMy Profile

  2. marilah sama2 kita prihatin mengenai perkara ini..ianya sangat serius! tahap masalah sosial dah sampai tahap kritikal. sy juga telah ulas isu ini beberapa kali dlm blog. mari kwn2, kita berdoa agar manusia2 ini termasuk kite sentiasa diberi hidayahNya dan keampunan. Moga2 tidak ada lagi bayi yang lahir menjadi makanan lalat dan cacing!!!!
    Curahan rasa Lee @ ..Perwatakan &amp Personaliti Anda Serius- Kelakar atau PoyoMy Profile

  3. aku seyes tak sanggup tgk pic2 bayi kena buang ni boleh menitis air mata. Ada orang menangis air mata darah nak anak, depa suke suki jerk buang huh. 2 orang makcik aku ada amik anak angkat anak yang lahir luar nikah ni. Comei gile tp agak nakal gak lah..nak jerk aku sekeh2

      1. Orang paling berat tanggungjawabnya adalah ibubapa kepada mereka ini. Semua ni akibat kurang ILMU dan paling parah kurang IMAN. Nak buat jahat pun kena ada ILMU juga.

  4. klau mnsia da tiada iman inilah yg terjadi…keseronokan yg dcari berakhir dgn tragedi…zamn nie da terjadi dlu..berulang kembali dlmbntuk yg lain…egat lah tepuk dada tanya iman…..

    1. mereka ni fikir sedap dunia sahaja tetapi akhirnya seksa dunia juga. Pasti mereka akan terus dihantui dengan igauan ngeri sepanjang hidup mereka.

  5. selalu menangis bila tengok gambar-gambar bayi yang menjadi mangsa ni.
    sungguh sedih, tengok wajah suci ini tidak diberi peluang untuk hidup, sedangkan yang menjadikan mereka, bersuka ria tanpa hati dan perasaan. owh!
    Curahan rasa cha @ ..Blog adalah diri sendiriMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!