Make Over Blog Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti ramai teman blogger sudah melihat kelainan blog denaihati, perubahan header, susunatur di sidebar, penambahan diakhir entri dan saiz tulisan. Header yang simple dan kreatif adalah hasil seni blogger kreatif yang tidak lain tidak bukan Emilayusof. Kepada blogger yang ingin mencuba kelainan sila terus terjah ke blog Emilayusof.com (blog yangg tersenarai antara top 100 blog 1Malaysia) yang sedia untuk makeover bukan sahaja header juga keseluruhan blog anda untuk kelihatan berbeza, sedap mata memandang sedang bibir membaca.

Header kreatif hasil seni Emilayusof

 

Header baru hasil seni Emilayusof

Makeover blog denaihati tidak akan menjadi kenyataan tanpa kerja keras Ariffshah di Russia yang bersengkang mata memastikan semua ubahsuai siap sebelum siang hari waktu Malaysia. Kepada blogger baru atau lama banyak ilmu blogging boleh belajar dari blog Ariffshah.com yang pernah beberapa kali keluar di surat khabar dan majalah ketika pulang bercuti di Malaysia. Bila kita berkawan dengan blogger yang pandai selok belok berblog yang betul maka lama kelamaan kita pun jadi pandai.

Memang betul bila kita memberi pasti kita akan merasa.

Denaihati terus berubah mengikut masa :


Spread the love

163 Comments

      1. hoho pasal HCI aku tak berani kata apa2 tu memang aku tak masuk kelasnya.
        tapi ramai yang kata ok, aku angkat tangan la. hehe.

        p.s aku NAK belajar masa last sem kat U dulu tapi lect tu kata “awak tak yah la masuk kelas saya, kelas saya dah ramai sangat la, awak belajar sendiri”

        bila tunjuk FYP, aku buat login page, user input tu besar daripada biasa. dia kata tak bagus dll2.

        tapi aku tengok tumblr & twitter yang baru besar pe 😀
        Curahan rasa syafiq @ ..Member Aku TerbakarMy Profile

          1. betul tuh bro… blank sekejap otak tengok dua orang nih berborak… hahaha…sumpah tak tahu menda nih lagi sebab tak pernah belajar pasal nih…haha…

  1. Salam Hormat Denaihati,…Setiap entri denaihati yang di post pasti memberi impak kepada pembaca seperti saya seorang new blogger … saya rasa masih banyak lagi yang perlu saya pelajari di dalam dunia blog malaysia. Saya tak perlu memandang jauh dahulu kerana para blogger di malaysia mempunyai kelainan dengan blogger luar negara. Saya sentiasa menunggu entri2 berbentuk tip daripada denai hati kerana saya merasakan blog denai hati penuh dengan karisma … terima kasih.
    Curahan rasa benjy @ ..MERCUN DAN MERIAM BULOHMy Profile

    1. Aku sentiasa berusaha untuk menulis entri berdasarkan pengalaman peribadi dalam apa juga hal termasuk pengalaman blogging kerana itu sahaja entri yg ditulis mempunyai roh dan aura yg akan menyerap ke dalam jiwa pembaca.

      Banyak lagi yg nak dikongsikan tetapi kena ikut kesesuaian dan trend semasa supaya ianya memberi impak yg lebih berkesan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!