RM5,000 lesap bahana e-mail

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia baca kisah seorang wanita kehilangan wang RM5,000 (RP15juta) akibat terpengaruh dengan e-mel phishing. Masih ramai lagi pengguna yang masih jahil dan tidak sensitif dengan penipuan online dan ada sahaja penipu yang mencari mangsa setiap hari. Aku pernah buat entri bertajuk “Phishing berleluasa memerangkap jutaan ringgit“. Bukan sekadar RM5,000 lesap bahana e-email tetapi jutaan ringgit mungkin juga billion ringgit seperti kes kastam dalam opearsi 3b.

Kita sebagai pengguna mesti ada ilmu bagaimana untuk melindungi harta benda dari dicuri oleh penyagak online yang berleluasa. Suatu perkara yang kita selalu tak ambil kisah adalah mengosongkan CACHE setelah menggunakan komputer.

Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer. Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya. Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer. Sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer  dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya.

Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan. Berikut adalah tutorial ringkas kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache bagi pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox yang disiarkan diruang bincangICT di Utusan Online.

Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-
*Klik ‘Tools’
*Pilih ‘Internet Options’
*Klik ‘General’
*Pada ruangan ‘Browsing History’, klik ‘Delete’
*Pilih ‘Temporary Internet Files’ dan klik ‘Delete’
*Klik ‘OK’
*Klik ‘OK’ sekali lagi untuk menutup Internet Options.

Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-
*Klik ‘Tools’
*Pilih ‘Options’
*Pilih ‘Advanced’ dan klik ‘Network’
*Pada ruangan Offline Storage , klik Clear Now.
*Klik ‘OK’

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-
*Klik ‘Tools’
*Pilih ‘Options’ , pilih ‘Privacy’
*Pada ruangan ‘History’, setkan bahagian ‘Firefox will:’ kepada Use custom settings for history.
*Klik kotak semakan untuk Clear history when Firefox closes.
*Klik pada Settings, akan dipapar satu tetingkap Settings for Clearing History.
*Klik pada kotak semakan untuk ruangan ‘Cache’.
*Klik ‘OK’ dan klik sekali lagi ‘OK’

Perkongsian oleh Saudara @Zulseffort

Saya menggunakan chromium (chrome for linux) , kalau nak clearkan cache mudah sahaja.

1. Klik simbol sepana (betul ke ejaan ni) tu
2. Klik Preference
3. Dekat preference , Klik Under the hood
4. Click Button Clear Browsing Data > kat situ boleh pilih apa nak clearkan termasuk empty cache. Biasanya saya clearkan semuanya.

Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web. Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan bagi mengelakkan kehilangan ribuan ringgit. Berjaga sebelum terkena.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

108 Comments

  1. berhati-hati ketika buat transaksi online,link(url address)seeloknya masuk via BNM di related links tu,and than bookmark mana2 bank yg diguna utk online banking,pastikan secure pd keadaan safe for login,.. | alhamdulillah aku dah 5 tahun mengguna online banking belum pernah kena phising walaupun ada bberapa kali percubaan hacker nak tipu..| kesian dgn kwn seorang tu dia update maklumat peribadi via email,x sampai 1 minit lepas update,duit di akaun maybanknya lesap..so berhati bila anda mendapat EMAIL suruh update maklumat perbankkan internet anda..tolong jangan lakukan | I’m sure all here already in,just for sharing.TQ
    Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..COOP 1Malaysia Alternatif Kurangkan Beban RakyatMy Profile

  2. sebagai seorang pelayar internet.kita sepatutnya aware dengan pelbagai ancaman penipuan di dunia maya. al-maklum saja lah, dunia maya nie,macam2 boleh dibuat. gambar pun boleh diedit, maklumat pun boleh dipalsukan, hacking infomasi orang pun boleh. so, jalan terbaik adalah dengan berhati2 terutama dengan orang yang tidak dikenali. ambil tau lebih modus operandi pihak2 yang tidak bertanggungjawab ini, agar kita tidak mudah termasuk didalam jerat perangkap samar yang mereka pasang. dan sebarkan sebanyak mungkin kepada teman2 anda, email yang meragukan. semoga dengan jalan itu teman2 anda akan membantu menyebarkan email2 penipuan lain nya juga kepada anda. give and take. lebih kurang begitula caranya. ^__^
    Curahan rasa manja sheila @ ..BAJU KURUNG MODERN 5 (RM244 EXCLUDE POSTAGE)My Profile

  3. apa yang ada di postingan ini benar adanya, saya setuju dengan anda.

  4. Memang banyak email yg di hantar ke email, kebanyakkan email dr pihak ketiga menyuruh update data2 bank.

    Bank tidak akan menyuruh pemegang akaun update akaun bank..kena hati jika email spt ini masuk ke inbox..
    Curahan rasa Puteri Balqis @ ..Hukum Tarian Poco-pocoMy Profile

  5. perrhhhhh..nak carik duit punya laa susah..nak lesap sekilap mata jer…pada penipu2 kt sini, siap laa korang kat akhirat nnti……. ^_^

  6. Saya menggunakan chromium (chrome for linux) , kalau nak clearkan cache mudah sahaja.

    1. Klik simbol sepana (betul ke ejaan ni) tu
    2. Klik Preference
    3. Dekat preference , Klik Under the hood
    4. Click Button Clear Browsing Data > kat situ boleh pilih apa nak clearkan termasuk empty cache. Biasanya saya clearkan semuanya.
    Curahan rasa zuls @ ..Ada apa dengan Syarat Contest Retweet dan Menang USD5My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!