Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Industri perfileman di Malaysia merupakan antara yang aktif saban tahun. Setiap minggu sudah pasti ada sahaja filem-filem baru yang dimasukkan ke senarai panggung wayang di Malaysia. Ada yang meletup box office dan ada juga yang mungkin pulang modalnya sahaja.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Tahun demi tahun, filem tempatan dilihat semakin mengorak langkah dengan adanya teknologi yang telah dikuasai dan dipelajari. Berbanding dengan puluhan tahun yang lalu, sudah pasti ada bezanya. Penerbit dan pengarah sesebuah filem sudah pasti mahukan bajet yang memberikan pulangan yang memberangsangkan.
Bagi menggalakkan perfileman di Malaysia, Finas turut memberikan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sewaan alat kelengkapan penggambaran serta kemudahan produksi filem, dewan pratonton dan studio.
Sehingga Oktober 2018, Munafik 2 kini merupakan filem tempatan paling hebat sepanjang masa di Malaysia dan satu-satunya filem yang melebihi kasar melebihi RM40 juta.
Kutipan filem tempatan paling tinggi di Malaysia:
- Munafik 2 – RM48 juta
- Hantu Kak Limah 3 – RM36 juta
- PASKAL – RM30 juta
- Polis EVO 2 – RM20 juta
- Abang Long Fadil 2 – RM18.15 juta
- Polis EVO – RM17.74 juta
- Munafik – RM17.04 juta
- The Journey – RM16.87 juta
- Ola Bola – RM16.67 juta
- BoboiBoy : The Movie – RM15.77 juta
Pihak kerajaan turut membantu pengeluar-pengeluar filem tempatan dengan menawarkan potongan 50% kepada iklan-iklan di televisyen kerajaan oleh Kementerian Penerangan.
Furious 7 kini merupakan filem antarabangsa tertinggi sepanjang masa di Malaysia dan memegang beberapa rekod iaitu filem tertinggi pada tahun 2015, rekod pembukaan tertinggi sepanjang masa dan satu-satunya filem kepada kasar melebihi RM60 juta.
Sehingga 2017, Fate of the Furious telah mengambil alih sebagai pembukaan tertinggi hujung minggu sepanjang masa pada tahun 2017.
Untuk pegetahuan, Avengers: Infinity War menjana lebih $2 bilion di seluruh dunia, menjadi filem keempat untuk melampaui pencapaian, dan filem ke-4 tertinggi sepanjang masa.
Black Panther, Jurassic World: Kingdom Fallen and Incredibles 2 masing-masing berjumlah lebih $1 bilion di seluruh dunia, dan merupakan antara filem-filem tertinggi kutipannya sepanjang zaman.
125 Comments
Filem Hantu Kak Limah 3 juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Tahniah untuk mereka.
Filem luar jugak yang dahsyat. Orang terikut-ikut nak tahu perkembangan cerita dari Marvel dan francais Fast Furious.
Filem tempatan pun OK jugak cuma jangan guna kontroversi murahan lagi untuk lakukan filem contohnya hampir diculik lanun..
Curahan rasa Novel blogger @ ..Pertahankan Bersama : Permulaan
Tak sangka filem Munafik 2 dapat perolehan kutipan tiket RM48 juta.Satu percapaian yang membanggakan.
Filem franchise sering mendapat perhatian kerana penonton dh invested jd mereka nak tahu kisah selanjutnya
Ye la, mesti mereka tertunggu ap yang jadi..sekuel ke prekuel memang menjadi minat mereka kan
Bukan senang nak buat filem yg boleh kaut untung juta juta. Salah buat nnti kena kecam.
Munafik 2 mmg dh dijagka akan meletuo since ramai yg suka filem yg pertama
Marvel studios terus menguasai kutipan sejak 2008 lagi. Sehingga kini mereka dan ada 20 buah filem
Banyak filem franchise yg menguasai carta berbanding filem biasa dan stand alone
Menonton filem mmg hobi saya. Dlm blog pon sy sring tulis review filem dn siri tv
tu la. perasan gak dalam blog awak banyak tulis review movie. Biasa layan kat TV ke panggung?
Tak. So paham paham la slalu layan kat mana.. kelantan ni mana ada wayang. Haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Hehe, layan kat TV/ fon pun syok gak an .sambil baring. Bila kelate nk ada panggung ek hehe
Setahu saya infinity war merupakan filem yg mncatat keuntungan tertinggi sepanjang zaman. Jap nak check blik
paling top setakat ni Avatar, Titanic, Star Wars The force awakens. Avengers infinity war follow dan lepas tu Jurassic World. heeeee
Titanic tu top sepanjang zaman kot hahaha.. masa tayangan tu, kami masih bersekolah lagi. Tak kenal panggung wayang tu apa pun
Kebanyakkan nya crita aksi dan horror yg menguasai pawagam. Dah minat org macam tu kan..
tak sempat lagi tengok Hantu Kak Limah. Kat astro dah ada tapi tegok suku jalan je. heeee
Eh bukan ke dah tengok hari tu. Rugi le. Best woo citer tu..tapi tetap Munafik leading
Rasanya dh lama sgt tak tgk filen melayu. Last saya tonton pisau cukur. Sbb minat dgn arahan bernard chauly
Masih rmai lagi yg nak ke pawagam walaupun banyak dvd cetak rompak dan download online
Uish.. dvd cetak rompak takkan sama dengan feel menonton di movie hall.. sound system, grafik lah harga yang kita bayr..feellll
Berita kematian paul walker sedikit sebanyak membuatkab ramai peminat franchise tsebut ingin ulang tonton
Pergh, melihat kepada angka-angka kutipan tertinggi filem-filem tersebut, ternyata demand utk indsutri perfileman sentiasa ada. Tu belum masuk kiraan yang dicetak rompak hehe
Cetak rompak dan download online bermaharajalela sekarang. Tp mereka tak oernah ambil tindakn
ada yang ambil tindaka tu. padahal filem dah masuk astro first. pun kena
dulu memamg gempak cetak rompak.
bagaimanapun filem yang dimainkan di pawagam sebenarnya jauh lelbih feel dan terbaik
Comments are closed.