Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kehidupan kita seharian, terdapat pelbagai kisah di mana suami dan isteri serta keluarga bahagia menjadi idaman semua insan. Namun, kesemuanya bermula dengan seribu satu kisah di antara lelaki dan perempuan. Bagi perempuan sudah tentu mencari suami yang terbaik untuk memimpin keluarga. Manakala lelaki pula pastinya ingin mencari isteri yang akan mengiringinya hingga hujung nyawa.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ada yang mengatakan isteri jadi pengurus, suami jadi pemimpin dan teringat juga kisah Tips Suami pergi ke bilik air pun sudah rindu.
Kisah perjalanan hidup pasangan suami isteri dan keluarga sudah banyak dipaparkan di dalam dunia elektronik. Ada yang berdasarkan kisah benar, ada yang diadaptasikan daripada novel dan ada juga yang rekaan semata-mata.
Bahagia Bukan Bidaan nukilan Hessa Widad
Bahagia Bukan Bidaan mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang sanggup mempertahankan rumah tangga dibina dengan Azlan selama 16 tahun demi dua anak mereka iaitu Hakimi dan Haida. Namun selepas mengetahui Azlan menjalinkan hubungan sulit dengan Aina, staf kepercayaannya, memberi satu impak besar pada kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan.
Pengakuan Azlan bersama niatnya nak memadukan Hana dengan Aina menyedarkan Hana yang pengorbanannya dan usahanya menyelamatkan rumah tangga mereka selama ini sia-sia. Hana nekad untuk bercerai.
Selepas talak dijatuhkan, Hana membayangkan dia bebas dari seksa cinta. Tapi tidak. Azlan mahu mereka rujuk semula dan dalam masa yang sama, niatnya untuk memperisterikan Aina tetap diteruskan. Tempoh berfikir yang diminta oleh Azlan bagaikan neraka buat Hana yang sering didatangi oleh bayang-bayang Aina yang kononnya rasa bersalah dan nak mohon maaf.
Tekanan perasaan menyelubungi kehidupan
Kisah sebegini kelihatan sudah banyak dipaparkan di televisyen dan filem. Dan sudah pastinya perkara tersebut berlaku. Kisah suami curang, isteri ditinggalkan selepas cerai, anak-anak terabai, dan pelbagai 1001 kisah lagi tentang kehidupan keluarga.
Dalam Bahagia Bukan Bidaan ini, Azlan tak sedar yang tindakannya buatkan Hana lebih tertekan. Keluar hospital, Hana berpindah terus ke rumah Paksu. Tapi, Azlan tetap mengesanya untuk mereka kembali rujuk. Desakan Azlan yang tak putus-putus buatkan emosi Hana tertekan. Lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anaknya, Hakimi dan Haida.
Kemunculan Talha dalam hidup Hana sebagai teman lama yang baru berjumpa tak memberikan impak pada emosinya. Namun, kesungguhan Talha menjadi pendengar dan sabar dengan sikapnya yang menyendiri buatkan Hana selesa. Murni dan Talha tak putus usaha buatkan Hana kembali bersemangat untuk hidup. Talha yang merupakan psikologi telah menawarkan diri untuk merawati Hana hingga sembuh.
Kesunyian hati yang kekosongan
Patah tumbuh, hilangnya pasti berganti. Begitu juga yang sering berlaku apabila berlaku perpisahan. Bila hati kekosongan dan kesunyian, pastinya ada yang akan mengisi ruang tersebut.
Cinta mula hadir dalam hati Hana. Namun, Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang. Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.
Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula letih dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?
Drama Bahagia Bukan Bidaan ini ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu pada jam 10 malam hingga 11 malam bermula 3 September 2018.
Pelakon : Dato Adi Putra, Nora Danish, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Arja Lee, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Penulis Skrip : Hessa Widad
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penerbit : Country & Universal Sdn Bhd
Drama Bahagia Bukan Bidaan ini mempunyai aura dan peminatnya tersendiri. Ramai peminat yang terkesan dengan drama ini sehinggakan ada yang terbawa-bawa dalam kehidupan mungkin kerana kisah yang lalu. Ada juga kaum bukan Melayu juga sentiasa mengikuti perkembangan dan penggambaran Bahagia Bukan Bidaan ini. Klik, follow, komen dan kongsikan sosial media Bahagia Bukan Bidaan serta lihat pelbagai lagi gambar, teaser dan di sebalik tabir penggambaran Bahagia Bukan Bidaan.
OST Bahagia Bukan Bidaan
Fanpage : Bahagia Bukan Bidaan
Instagram : @BahagiaBukanBidaanOfficial
Twitter : @BhgBknBidaan
35 Comments
Dh jarang tgk lakonan adi putra. Dh tk mcm dulu. Mungkin dia sibuk dgn bisnes
Drama melayu tak akan lari dari jalan cerita ttg cinta dan rumah tangga
Kalau gndigan pelakon yg mantap dan berbakat, pasti tv series tu akan berjaya
Suka tengok gandingan adi putra dan nora danish ni sebab mereka pernah berlakon bersama dan ada chemistry
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Peminat dh biasa tgk gandingan mereka. Tu yg drama ni dpt sambutan
kisah pergolakkan rumah tangga sudah menjadi tema utama dalam menghasilkan drama bersiri.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
gandingan adi putra dan nora tak pernah mengecewakan.. patut la ramai yang minat adi. dia memang best
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Layan gila drama ni itu hari. Tertunggu-tunggu gak episod seterusnya. 1st time tengok drama penuh dari awal hingga habis eposiod. Mungkin sebab tim DH yang dok promot sebelum dan sepanjang drama ni
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
ramai juga yang ikut drama ni. mungkin serono tengok gandingan nora dan adi yang benar benar menjadi
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
ha ah betul tu. Gandingan Adi & Nora memang menjadi. Suka tengok. Tu yang tak terlepas satu episod pun
Wow siap tak pernah missed episode ni. Ni mesti best gila drama ni.. haaha
Dah namanya pengurusan adi putra kan, mesti lah tim DH promote kaw-kaw drama ni
Menarik sinopsis drama Bahagia Bukan Bidaan.. walaupun drama, tapi saya percaya banyak kisah benar seperti ini berlaku dalam masyarakat kita..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Setuju. Nampak macam kisah yang diadakan, tapi sebenarnya ianya realiti yang ada berlaku dalam masyarakat kita
Memang ianya pasti berlaku dalam kisah kehidupan berumahtangga di alam realiti juga.
tak tahu pun kewujudan drama ni.. gandingan adi dan nora memang tak pernah tak best. drama diorg pernah hit dulu
tak tahu? ala, kid selalu dok promot di fesbuk dia. Kami terpengaruh pun sebab dia promot haha nasib baik
Yeke. Mungkin masa tu tak perasan atau sy jarang buka facebook. Bukan main kid ni. Hehe
Ada follow juga cerita ni, nampak keserasian Adi Putra dan Nora Danish bila berlakon bersama.
keserasian memang penting kalau nak berlakon dan jadi hits di kaca tv
Gandingan pelakon mantap mmg akan buat drana itu hits dan menctuskan fenomena
Itulah depa ni kalau berlakon berdua memang nampak sweet sangat. Tak dibuat-buat pun
Chemistry antara diorang memang kuat. Tapi kalau AdiPutra, letak la gandingan siapa pun, mesti menjadi..
Curahan rasa JMR @ ..Annual Dinner 2018 di Feast, Hotel Sheraton P.J
drama dan kehidupan sehari sehari di jaman sekarang ini hampir beda beda tipis sih kalau di cermati sekarang ini.
Biasalah kau sudah namanya dram, yang indah itu nampak mewah dari dunia sebenar.
drama yang diadaptasikan daripada novel adakalanya daripada kisah kehidupan juga dan kebanyakannya ada berlaku juga
Drama BAHAGIA BUKAN BIDAAN mendedahkan rencah hidup kekeluargaan. Melihat kepada sinopsis di atas, memang benar ia bukan mudah untuk dilalui terutama bagi yang bergelar wanita.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa Ameer
kisah kahwin, cerai, rujuk, hal anak anak dan juga pasangan baru, semua itu ada dalam kehidupan kiri dan kanan kita.
Biasanya apa yang penulis skrip tu yang biasa terjadi di dalam masyarakat kita. Mungkin ada sedikit olahan untuk nampak jalan cerita menarik
Dalam drama, semuanya boleh ditulis tetapi dalam dunia realiti tak semuanya seperti yang dirancang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41
hehe.. Yeazzaa..semuanya dah ditulis, pastu siap ada pengarah lagi kan..Dalam hidup, semua terletak pada diri sendiri
Curahan rasa JMR @ ..Ilmu Baru di Simposium Saham Syariah 2018
Memang tak sempat nak layan drama sekarang ni. Lagi kalau malam, time e ni la nak tengok anak2 dan rest hihi..
Boleh tengok dengan ank-anak kan hehe.. Tapi betul best la Bahagia Bukan Bidaan ni.
Drama bagi saya hanyalah kisah yang mungkin benar dan mungkin tidak. Tengok sekadar untuk diambil iktibar atau hanya sekadar melepaskan kepenatan bekerja.
Jika drama sampai terbawa ke dalam kehidupan sebenar kita… itu tidak sepatutnya berlaku.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduan Mulakan Bisnes Bakery Dari Rumah Dan Jana Pendapatan Tambahan RM200-RM1000 Sebulan!
Kisah hidup ke dalam drama, itu perkara biasa. Dan setuju, jangan dibawa kisah dalam drama ke dalam hidup sebenar..kecuali yang molek molek sahaja.
Curahan rasa JMR @ ..Tips Pilih Pusat Jagaan Untuk Anak
Comments are closed.