Adi Putra bawa watak antagonis dalam Lambaian Ramadan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Adi Putra yang jadi fenomena ketika berlakon bersama Mira Filzah dalam drama Cinta Si Wedding Planner kini kembali ke kaca TV dengan drama terbaru slot samarinda TV3. Lakonan Adi Putra dalam drama terbaru dengan watak antagonis pasti mengusik hati peminat setia. Drama 13 episod bertajuk Lambaian Ramadan berlakon bersama Siti Elizad dan Puteri Balqis mula ditayangkan pada 31 Mei 2016 di slot Samarinda TV3 pada jam 10 pm, Isnin hingga Rabu.

Drama arahan Along Kamaludin ini mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam lakonan Adi Putra dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Wardah (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam. Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik.

Siti Elizad dan Puteri Balqis adalah pelakon yang sangat berbakat, berganding dengan Adi Putra pasti akan menjadi fenomena Malaysia dan trending di twitter dan sosial media lain. Semua pelakon mempunyai kelab peminat yang ramai dan setia ditambah Siti Elizad yang baru menang program realiti Astro Gempak pasti memberi kesan yang sangat positif.
Video drama Lambaian Ramadan
