Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lima belas tahun yang lalu, berlaku satu pembunuhan kejam dan ngeri di Pahang. Kejadian ini tidak mendapat liputan luas di media atas sebab-sebab tertentu dan tiada sesiapa yang tahu mengenai perkembangan kes ini.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Selepas tragedi itu, tiada siapa yang menghuni rumah tersebut dan ia kekal menyimpan misterinya sehingga menjadi kawasan terbiar.
Igauan ngeri dari rumah tersebut sering menghantui penduduk sekitar. Antaranya terdengar bunyi yang aneh dan seperti laungan serta jeritan ngeri hampir setiap malam dari pekarangan rumah tersebut.
Sekumpulan remaja dan seorang penyiasat persendirian telah membuat keputusan untuk mengkaji sendiri misteri yang tersirat di sebalik laungan-laungan yang datang dari rumah itu.
Apakah mereka berjaya mendapatkan jawapannya sepertimana diceritakan oleh penduduk sekeliling? Filem 3 AM, ada jawapannya.
Filem 3AM terbitan Produksi Bright Sun Media Sdn Bhd merupakan filem sulung garapan pengarah, Azlan Shahril ini memaparkan keunikan dari sudut sinematografi berunsurkan seram, di mana elemen teruja akan membuatkan penonton lebih ternanti-nanti apa berlaku kepada babak seterusnya.
Dimulakan dengan animasi, menjadikannya babak ini amat penting bagi membentuk filem secara keseluruhan. Setiap adegan dipenuhi tanda tanya dan penonton akan sentiasa berdebar untuk menantikan apa kesudahannya.
Bagaimana mereka berjaya atau sebaliknya membongkar kisah misteri di rumah itu.
Tumpuan utama filem ini adalah rumah itu sendiri dan penonton disajikan dengan elemen suspen ketika menonton filem itu sendiri. Tambahan pula, kehadiran pelakon-pelakon terkenal tanahair seperti Datuk Jalaluddin Hassan dan Norman Hakim meningkatkan lagi jangkaan filem ‘3am’ ini.
Pelakon hebat dalam 3AM
Dua figura dalam menghayati watak dan cerita tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah dengan gandingan watak sampingan seperti A Galak, Dynas Mokhtar dan Allana Amir yang memukau, ditambah iringan rumut bunyi serta audio debar yang dramatik, ia cukup mengagumkan!
Tarikh Siaran : 06 Dis 2018
Bahasa : Melayu
Sarikata : Bahasa Inggeris
Genre : Seram / Thriller
Durasi filem : 82 minit
Pengarah : Azlan Shahril
Pelakon : Norman Hakim, Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, A. Galak, Rahim Omar, Allana Amir
Pengedar : Bright Sun Media Sdn Bhd
Ia mengabungkan animasi, paranormal and lakonan biasa. Audio tidak begitu baik tetapi tidak menghampakan.
Ditayangkan di pawagam pada 6 Disember lalu, 3AM menjadi sebahagian pengalaman dan kepuasan kepada para pemburu kisah seram bertemakan pembunuhan ngeri. Selamat menonton!
Kredit : Sinar Harian
53 Comments
crita seram ni kalau tgk di pawagam dengan kawan- kawan blogger mesti lagi menarik dan boleh riuh sepanggung ni.
Selain dari filem seram filem tmpatan sering terbitkan yg aksi. Itulah genre yg kita suka tgk
crita seram komedi mcm hantu kak limah tu lebih menarik perhatian. sbb xde la berat dan bdebar sangat nak tggu hantu keluar.
Org kita ni dah jarang ke pawagam utk tgk filem melayu. Sbb tak best katanya
kawasan terbiar ni memang akan ada misterinya tersendiri. Teringat pula masa mula masuk rumah baru dulu
Baru baru masuk rumah memang kena pagarkan umah dengan ayat ayat suci Al-Quran. Biasalh tempat kosong ditinggalkan lama kan
Biasanya inilah yg org kita selalu buat. Selain tu kita sering buat solat hajat hehe
Hasil dari kupasan dalam artikel ini memang boleh menarik penonton untuk merasai kisah seram melalui filem 3 AM.
Teringat pulak kisah seram kami sekeluarga pada pukul 3 pagi. Kawasan rumah baru hanya kami sahaja
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tindakan sekumpulan remaja dan penyiasat persendirian untuk menyiasat isu seram memang bukan calang-calang.Mesti ada keberanian yang luarbiasa juga tu.
Benda ghaib macam ni memang bukan calang-calang orang boleh melaluinya, seram dan memang tak boleh tidur malam dibuatnya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Jeritan yang menakutkan setiap malam memang akan mengganggu penduduk setempat.Rasanya memang seorang pun tidak akan berani untuk mendekati.
Rumah kalau dibiarkan kosong terlalu lama memang akan dihuni makhluk lain.Seram juga dengarnya.
Mmg seram. Saya mmg tak berani nak masuk rhmah lama. Takut ada benda ikut pulang
Memang tak digalakkan sangat masuk rumah yang sudah lama tidak berpenghuni, Takut diganggu
Oleh sebab isu ini tidak mendapat liputan meluas, maka ramai yang tidak mengetahui dengan jelas.Yang pasti isu pembunuhan ini wajar diketengahkan kepada umum.
Kalau diambil inspirasi dari cerita pembunuhan kejam dan ngeri memang saya tak berani nak menontonnya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
hahaha..
nampaknya kita spesies yang sama.
tidak suka cerita seram dan ia akan menghantui fikiran sepanjang masa
Saya pula sukka cerita seram tapi rasa takut selepas menontonnya. Nak ke bilik air pun takut
Seram nak tonton filem ni takut igauan ngeri dari rumah tu menghantui saya pula setiap hari. huhu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sama la. Saya okay kalau tgk cerita hantU. Tak la tkut sgt. Tapi lepas tgk tu yg buat sy seram hehe
dah lama norma hakim tak berlakon jadi hero filem. sejak dah berusia ni lebih banyak berlakon drama
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
tahun 2018 mmg merupakan tahun yang manis buat filem tempatan.. tapi itu untuk yang kaut pulangan juta juta la..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Kalau cerita seram macam ni rasanya tak dapat pulangan banyak sangat kot. Menang lagi munafik
hahah yang kaut untung juta juta pun, produksi yang paling untung. Pelakon adalah dapat bonus sket sket kan
Comments are closed.