Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Industri perfileman di Malaysia merupakan antara yang aktif saban tahun. Setiap minggu sudah pasti ada sahaja filem-filem baru yang dimasukkan ke senarai panggung wayang di Malaysia. Ada yang meletup box office dan ada juga yang mungkin pulang modalnya sahaja.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Tahun demi tahun, filem tempatan dilihat semakin mengorak langkah dengan adanya teknologi yang telah dikuasai dan dipelajari. Berbanding dengan puluhan tahun yang lalu, sudah pasti ada bezanya. Penerbit dan pengarah sesebuah filem sudah pasti mahukan bajet yang memberikan pulangan yang memberangsangkan.
Bagi menggalakkan perfileman di Malaysia, Finas turut memberikan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sewaan alat kelengkapan penggambaran serta kemudahan produksi filem, dewan pratonton dan studio.
Sehingga Oktober 2018, Munafik 2 kini merupakan filem tempatan paling hebat sepanjang masa di Malaysia dan satu-satunya filem yang melebihi kasar melebihi RM40 juta.
Kutipan filem tempatan paling tinggi di Malaysia:
- Munafik 2 – RM48 juta
- Hantu Kak Limah 3 – RM36 juta
- PASKAL – RM30 juta
- Polis EVO 2 – RM20 juta
- Abang Long Fadil 2 – RM18.15 juta
- Polis EVO – RM17.74 juta
- Munafik – RM17.04 juta
- The Journey – RM16.87 juta
- Ola Bola – RM16.67 juta
- BoboiBoy : The Movie – RM15.77 juta
Pihak kerajaan turut membantu pengeluar-pengeluar filem tempatan dengan menawarkan potongan 50% kepada iklan-iklan di televisyen kerajaan oleh Kementerian Penerangan.
Furious 7 kini merupakan filem antarabangsa tertinggi sepanjang masa di Malaysia dan memegang beberapa rekod iaitu filem tertinggi pada tahun 2015, rekod pembukaan tertinggi sepanjang masa dan satu-satunya filem kepada kasar melebihi RM60 juta.
Sehingga 2017, Fate of the Furious telah mengambil alih sebagai pembukaan tertinggi hujung minggu sepanjang masa pada tahun 2017.
Untuk pegetahuan, Avengers: Infinity War menjana lebih $2 bilion di seluruh dunia, menjadi filem keempat untuk melampaui pencapaian, dan filem ke-4 tertinggi sepanjang masa.
Black Panther, Jurassic World: Kingdom Fallen and Incredibles 2 masing-masing berjumlah lebih $1 bilion di seluruh dunia, dan merupakan antara filem-filem tertinggi kutipannya sepanjang zaman.
125 Comments
Tahun 2018 mmg tahun yg best buat filem tmpatan. Ada kak limah, paskal, munafik dan polis evo
Kan.. back to back filem ni ditayngkan dan mendapat kutipan yang sangat tinggi. Trend rakyat kembali menonton filem di panggung kot
Kalau nao diikutkan mmg susah utk filem melayu dpt kutipan tinggi. Market malaysia ni lebih kpd filem hollywood
Kalau kita perhatikan filem marvel bnyk menguasai carta. Rata ratanya mmg suka superhero
The journey ni cerita apa ye? Tak pernah dgr pula. Filem melayu atauu chinese
Rasa macam citer Cina. Kalau tak silap la, tapi macam silap je hahaha.. google jer
Ramai rupanya yg minat dgn jurassic world. Mungkin franchise ini dah lama dn ada pengikut yg tersendiri
Kutipan utk filem tmpatan makin lama makin hebat. Dh setanding dgn filen Hollywood
Penonton malaysia dh bijak menilai. Mereka hnya akn mnonton filem yg berkualiti shj
Series movie Fast & Furious terbaik. Buatlah berapa sequel pun, pasti pecah panggung punya sebab followers nya ramai di seluruh dunia.
Curahan rasa Arnie @ ..Borong Buku di Big Bad Wolf 2018
Ramai yg nak menonton sbb ia adlah filem aksi yg menyeronokkan. Pelakon pula semua mantap
BoboiBoy : The Movie pun boleh kutip tiket sehingga RM15.77 juta. Ini sudah cukup bagus.Mungkin sesuai ditonton ketika musim sekolah atau hujung tahun
Kalau boboiboy ni mesti anak ank yg ajak parents pergi tengok. Yang ada ramai anak lagi banyak jmlah kutipan
Filem Ola Bola jika dimainkan masa demam bola sepak memang menjadi.Mana tidaknya ketika orang masih dalam mood sukan.
Peminat bola sepak tmpatan mesti pi tgk filem ni. Banyak nostalgia ttg bola sepak tempatan
Tak sangka filem The Journey boleh mengutip jualan tiket sehingga RM16.87 juta.Elok juga tu.
Kutipan tiket untuk Polis Evo edisi sulung dengan yang kedua tidak banyak berbeza.Ada peningkatan dan signal yang positif.
Filem Abang Long Fadil 2 tidak juga mengecewakan kerana mampu mengutip tiket jualan sehingga RM18.15 juta
Abg long fadil yg first pun saya belum tgk. Ramai yg suka lakonan zizan kan?
Baru-baru ini ada plan untuk menonton filem Polis Evo 2.Seperti biasa tidak jadi.Bagaimanapun kutipan tiket tidak menghampakan.
Ramai yg ckp polis evo ni mantap dan setanding dengan filem hollywood. Betul ke?
Sayang juga saya tidak sempat untuk menonton filem Paskal di pawagam.Keadaan tidak mengizinkan ketika itu.
Ramai yg ckp paskao best. Sy masih belum tgk. Nanti la. Sy pun suka filem perang
Comments are closed.