Karnival Upin Ipin 2018 kini kembali lagi!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada setiap tahun Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. akan menganjurkan karnival kanak-kanak terbesar Malaysia, iaitu “Karnival Upin & Ipin”. Anjuran karnival ini adalah sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada para peminat yang telah menyokong animasi keluaran syarikat Les’ Copaque Production selama 12 tahun ia berkecimpung dan menjadi pemacu animasi tempatan.

Atas sambutan yang luar biasa, karnival ini dilanjutkan menjadi 4 hari bermula dari 20 – 23 Disember 2018 bertempat di MAEPS, Serdang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Penaja emas yang terlibat dalam membawakan acara yang luarbiasa ini adalah Bank Rakyat, UniFi, dan Tourism Malaysia.

Lebih luarbiasa apabila Astro menjadi rakan media untuk karnival kesayangan ramai ini. Siri-siri animasi keluaran Les’ Copaque Production boleh ditonton di platform Astro bemula November 2018.

Bertemakan “Upin & Ipin dan Kawan-Kawan”, karnival ini akan menjadi pentas pelancaran filem “Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal” yang akan menemui peminat di pawagam, pada 21 Mac 2019.

Dengan kerjasama Golden Screen Cinemas (GSC) sebagai pengedar dan Astro sebagai rakan media, filem ini akan menemukan karakter Upin, Ipin, dan kawan-kawan yang disayangi ramai dengan watak-watak dongeng yang menjadi bahan bacaan dan penceritaan anak-anak serantau Asia.

Les’ Copaque Games Development Inc. (LCGDI) akan turut mempamerkan “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” dalam bentuk permainan aplikasi.

Di Karnival Upin & Ipin, para pengunjung boleh menyaksikan pertunjukan pentas yang melibatkan hampir 20 maskot dalam pelbagai pertunjukan seperti “Upin, Ipin dan Kawan-Kawan”, “Pada Zaman Dahulu”, “Puteri”, “Upin & Ipin Muzikal” serta pertunjukan pentas aksi “Ultraman Ribut” yang dibawakan khas dari Jepun.

Untuk pengumpul medal, pastikan anda menyertai aktiviti bagi mendapatkan kesemua medal Upin, Ipin, dan Kawan-kawan yang hanya boleh didapati secara eksklusif di karnival ini.

Selain itu, pelbagai aktiviti riadah yang sesuai untuk seisi keluarga seperti mengembara di dalam rumah misteri, bergaya seperti puteri, meneroka hutan rimba bersama penghuni hutan, bermain papan permainan besar dengan karakter DaDuDido.

Belian tiket boleh dibuat di http://karnivalupinipin.com

Kanak-kanak boleh bermain dengan riang, manakala ibubapa pula boleh merasa kembali seperti kanak-kanak di dalam Dunia Upin dan Ipin seperti Rumah Opah dan Tadika Mesra. Bagi pemegang tiket VIP, anda berpeluang untuk bergambar bersama POCOYO, PORORO serta ULTRAMAN RIBUT.

“Upin & Ipin Fun Run” acara larian yang julung kali diadakan akan berlangsung pada 23 Disember 2018, bermula jam 7.00 pagi. Setiap peserta akan mendapat medal dan beg jerut Upin atau Ipin dengan hadiah istimewa. Dengan kerjasama Milo dan UI Trading, kawan-kawan boleh minum air Milo yang lazat dan mendapatkan snek-snek Upin & Ipin secara percuma.

Untuk mendapatkan tiket Karnival Upin & Ipin 2018 sila layari laman web
http://karnivalupinipin.com/


Spread the love

82 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!