Kod Etika penulis blog perlukah?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pena ini ibarat mata pedang yang tajam yang boleh meruntuhkan sebuah kerajaan dan menghancurkan sebuah kuasa. Ketika zaman penjajahan samada di Malaysia dan Indonesia penulis menjadi musuh kepada penjajah. Penulis ditakuti kerana penulisan mereka boleh mempengaruhi minda masyarakat yang terjajah. Penulis akan menulis dengan penuh rasa tanggungjawab dan padat dengan fakta kerana mereka tahu apa akibat daripada penulisan mereka, Begitulah hebatnya penulis suatu masa dahulu.

Zaman dah berubah kini siapa sahaja boleh menulis apa sahaja yang mereka nak tulis. Blog menjadi wadah yang paling popular walaupun semakin diambil alih oleh media sosial lain seperti Twitter dan Facebook. Penulis sekarang tidak boleh ditegur kerana dengan prinsip demokrasi mereka ada hak untuk menulis apa, cara apa, bagaimana, bahasa apa, mencarut, mengeji, racist, memaki dan sebagainya siapa peduli.

Kerana ini seperti seru Tun Dr Mahathir setiap penulis blog perlu ada kod etika ketika menulis blog. Kalau dulu pena itu lebih tajam dari pedang tapi kini jari jemari yang berlari di atas keyboard lebih tajam dari pedang. Aku selalu ingat kalau bukan manusia pasti Allah melihat setiap aksara yang aku ketik untuk menghasilkan entri samada di blog, twitter atau facebook…peringatan untuk yang rendah diri …AKU.

Petikan ucapan Tun Dr Mahathir : “Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak. Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkuliti. Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati,”. Utusan.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

242 Comments

  1. ada jugak orang menulis pasal nal lepaskan kemarahan, nak ilang tension… nak jadi diri yang lain dari diri dia sebenar. pendek kata.. bila duduk dalam dunia intenet ni.. semua orang yang berkecimpung boleh menjadi seseorang atau sesuatu. bergantung pada hemah diri sendiri.

  2. memang perlu ada etika dan kod undang2.
    kalau tak main suka ati je kutuk sana.. boleh huru hara dunia kalau tak dikawal

  3. etika tu memang perlu..tapi kalau dah fakta yang lagi benar dari ‘fakta’ terdedah, tangkap tanpa bicara la jawabnya..hahahahaha

    satu lagi, blogger dengan penulis ni banyak bezanya kan?
    Curahan rasa bh @ ..Worshiping ArtistMy Profile

  4. semua bergantung kepada penulis. sedangkan hukum Tuhan pun dilanggar, inikan etika buatan manusia. Kalau setiap orang ada kesedaran dala diri, tak perlu tetapkan etika pun mereka akan tulis benda2 yang penuh kredibiliti, bukan menulis blog sampah.
    Curahan rasa hanisaleeya @ ..Haruskah – 20My Profile

  5. Pingback: IMCurtain.com
    1. Semua bermula dengan ILMU begitu juga berblogging tanpa ILMU boleh jadi sesat kerana ikut emosi dan bisikan syaitan ketika menulis.

      1. Betul la kata ramai bloggers dekat luar “ini blog saya, jadi sukahati saya nak tulis apa”.. Kadangkala dorang ni meluahkan sesuatu pun secara terang2an tanpa ditapis, ikut sedap mulut jer.. Bukan nak menyalahkan bloggers mana2 pun. tapi memang kenyataan macam tu. Kan bagus kalau blog tu dijadikan sebagai tempat berkongsi maklumat..
        Curahan rasa Steward John @ ..Tag- awards- outbound links and pagerankMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!