Apakah yang blogger boleh belajar dari #AirAsia?

Spread the love

Salam 1Malaysia, aku memang dah lama tertarik dengan konsep AirAsia. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang di ketuai oleh Tony Fernandes. Dengar cerita AirAsia mengambilalih syarikat penerbangan yang dikendalikan HICOM yang ketika itu menanggung hutang lebih kurang RM60juta. AirAsia telah dapat menyelesaikan hutang dalam tempoh beberapa bulan setelah memperkenalkan tempahan tiket secara online. Bayangkan penumpang boleh menempah tiket seawal satu tahun semurah RM9.99. Dalam tempoh 12 bulan duit bernilai RM9.99 ini boleh dibuat modal perniagaan hingga memberi keuntungan berlipat kali ganda dan ketika penumpangan menaiki pesawat pada bulan ke 12 mungkin nilai tiket RM9.99 yang dibeli lebih awal telah menjadi nilai ribuan ringgit. Bagaimana pulak untuk nilai tiket yang lebih mahal, pasti akan memberi pulangan yang berlipat kali ganda kepada AirAsia.

Gambar dari AirAsia.com

Yang paling aku suka cara Tony Fernandes mempromosi AirAsia sehingga menjadi Jenama Malaysia yang terulung di dunia. Antara promosi yang AirAsia adalah menjadi penaja bersama pasukan F1 William AT&T, penaja utama MotoGP British 2010, penaja kepada pasukan team motoGP 125cc Malaysia, penaja liga basketball Asian dan paling menarik menjadi penaja pengadil British Premier League (BPL). Yang mungkin tidak pernah terfikir oleh orang lain, Tony Fernandes sedang berusaha untuk menaja kad merah BPL. Katanya bayangkan kalau seorang bintang seperti Wayne Rooney, Torres atau Drogba dikenakan kad merah pasti akan ditatap oleh ratusan juta manusia di dunia. Air asia juga menggunakan blog AirAsia, twitter dan facebook untuk promosi. Banyak lagi cara promosi yang kreatif digunakan oleh AirAsia untuk menjadikan mereke antara jenama yang sudah terlekat dalam minda penumpang pesawat diseluruh dunia.

Jadi apakah yang blogger boleh belajar daripada AirAsia?
[ad#advertlets336]


Spread the love

176 Comments

  1. Awesome content we need to spread the word about this website.You deserve to have much more attention .

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!