Kod Etika penulis blog perlukah?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pena ini ibarat mata pedang yang tajam yang boleh meruntuhkan sebuah kerajaan dan menghancurkan sebuah kuasa. Ketika zaman penjajahan samada di Malaysia dan Indonesia penulis menjadi musuh kepada penjajah. Penulis ditakuti kerana penulisan mereka boleh mempengaruhi minda masyarakat yang terjajah. Penulis akan menulis dengan penuh rasa tanggungjawab dan padat dengan fakta kerana mereka tahu apa akibat daripada penulisan mereka, Begitulah hebatnya penulis suatu masa dahulu.

Zaman dah berubah kini siapa sahaja boleh menulis apa sahaja yang mereka nak tulis. Blog menjadi wadah yang paling popular walaupun semakin diambil alih oleh media sosial lain seperti Twitter dan Facebook. Penulis sekarang tidak boleh ditegur kerana dengan prinsip demokrasi mereka ada hak untuk menulis apa, cara apa, bagaimana, bahasa apa, mencarut, mengeji, racist, memaki dan sebagainya siapa peduli.

Kerana ini seperti seru Tun Dr Mahathir setiap penulis blog perlu ada kod etika ketika menulis blog. Kalau dulu pena itu lebih tajam dari pedang tapi kini jari jemari yang berlari di atas keyboard lebih tajam dari pedang. Aku selalu ingat kalau bukan manusia pasti Allah melihat setiap aksara yang aku ketik untuk menghasilkan entri samada di blog, twitter atau facebook…peringatan untuk yang rendah diri …AKU.

Petikan ucapan Tun Dr Mahathir : “Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak. Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkuliti. Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati,”. Utusan.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

242 Comments

  1. betul tu. kalau ikutkan kite kene pandai olah ayat dan fakta2 tu kene betul le. cuma kt kalau bole jgn terlalu ikut perasaan sgt. nti ape2 terjadi, susah kt. terlajak perahu le undur, terlajak kata buruk padah. silap2 jail tggu.. iskk…
    Curahan rasa mummynana @ ..Protein dan Snek Baik Untuk AndaMy Profile

    1. Setiap hujah dal Islam mesti ada back up dgn hadis dan al-quran begitu juga berblogging mesti ada sumber dan ikut fikiran sendiri pastikan mengikut adap dan tatasusila agama.

  2. Salam Jumaat Yang baik Bro,

    Lama sungguh tak melontar komentar di sini. Selalu singgah baca sahaja.

    Etika Penulis Blog Perlukah? Rasanya memang wajar ada dan perlu. Patut dikira sebagai asas bagi semua penulis sosial (tidak kira la apa medium penyampaiannya)

    Setuju dengan Mrs Imran “sama lah seperti kita expose diri kiter kepada public. kalau dalam tempat awam kiter menjaga tutur kata, oleh itu samalah juga sifatnya di blog :)”

    Penulis yang tidak boleh ditegur tu mungkin terlalu taksub dengan kebebasan bersuara kot. Tapi, tu la, isu ni pun pernah disentuh. Kalau kebebasan bersuara sampai tahap melupakan nilai2 yang baik tu dan tidak menjaga perasaan orang sekeliling, tu bukanlah sesuatu yang “COOL!”

    Penulis blog perlu ada etika, untuk membina kredibiliti. Kalau asyik penuh dengan bahasa, dan kandungan yang tiada kredibiliti, sampai bila pun orang akan anggap blog ini sebagai satu bentuk penulisan yang bersifat picisan. Dan bila ada2 isu yang penting, idea penulis blog selalunya hanya sekadar berhenti di blog sahaja. Memang betul ada penulis blog yang bagus kredibilitinya, tapi bila dilihat secara menyeluruh, senario blog di Malaysia masih belum mencapai kredibiliti tertentu. Kredibiliti Bidang lebih tertumpu kepada politik dan agama: kategori2 blog bersifat ilmu, pendidikan, penulisan, seni, motivasi masih belum berkembang dengan baik. Yang telah berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan adalah kategori personal dan santai.

    Tak pa, InsyaALLAH, kayuh pelan2 lama boleh. 6 bulan belakang ni pun rizal nampak banyak juga blog2 santai dan personal yang kandungan isinya semakin berubah.

    Jadi, sama-sama le kita jaga bahasa dan cuba capai krebiliti itu.

    : )

    P/s : setiap biasa, aiyooo sori bro terpanjang pulak bila sekali-sekala nulis. Aha

    Pecah kaca pecah gelas,
    sudah baca, harap komen balas, heheeee (ni dah hilang kredibiliti kot gaya budak2 atau “personal touch” ahaaa..)
    Curahan rasa Incik RestNrilekS @ ..NEVER say NEVERMy Profile

    1. Ramai dikalangan blogger fikir mereka berselindung daripada laptop tidak diketahui oleh orang. Mereka tak sedar sebenarnya dgn internet ni lah pihak berkuasa bila2 boleh cekop kita kalau mereka nak kerana setiap laptop ada IP nya… jangan main2 silap tulis boleh membakar jari.

  3. tu lah i pon dah cakap dulu kt blog, kalau dulu2 boleh la kata “hello, ni blog aku suka hati aku lah nk tulis apa!”

    but now no more. kene ada hormat, rendah diri dan tahu jaga adab berblogging kerana kiter dah commit utk publish blog kiter publicly. sama lah seperti kita expose diri kiter kepada public. kalau dalam tempat awam kiter menjaga tutur kata, oleh itu samalah juga sifatnya di blog 🙂
    Curahan rasa Mrs Imran @ ..More update on Chocolates!My Profile

    1. Apa yg ditulis adalah mengambarkan peribadi diri kita … ada ke kalau yg suka tulis maki hamun dan mengeji tapi diluar dia baik je????

        1. betul mmg ada jer yg maki2. tapi still i rasa tu up to them la kan. cumanya mesti diingat blog mengambarkan diri kita yg sebenar juga =) i kalau blog maki2 i jarang baca sbb i rasa tkder kebaikan yg boleh dipelajari

    1. Tu orang kata akibat emosi badan binasa …beza blogger yg berjaya dan tidak berjaya adalah pada emosinya…mereka yg berjaya pasti mereka yg boleh mengawal perasaan mereka.

  4. Semakin hari semakin pentingnya blogging untuk kesejahteraan semua kerana blogging juga boleh menjadi media hebahan yang sangat berpengaruh kelak. Jangan lupa aktiviti blogging adalah aktiviti sosial. Ada interaksi dua – 3 hala malah lebih terkesan dengan mendalam.

    Pemikiran politik telah terkehadapan atau telah melihat suatu impak y pernah dialami sebelum ini yang telah membuka pemikiran mereka akan kepentingan blogging kepada implikasi sosial. Nak dikata pemikiran sudah jauh terkehdapan mungkin atas faktor kesilapan dan kegagalan yang lepas-lepas terlepas pandang akan hebatnya pengaruh blogging kepada seluruh aspek samada untuk pembentukan sahsiah, politik, hiburan mahupun pembentukan modal insan.

    Mana yg baik diamanfaatkan dan mana yg tak baik dijauhkan. Kod etika kerja ada, kod etika blogging masih sendiri2x. Ala, sendiri2x lah, kalau nak serius betul2x kena amal kod etika bayar lah gaji blogger2x.. Bukannya dapat gaji pun buat penulisan ni coz we all sharing is caring more important.
    Curahan rasa Wawwi @ ..Pengiklanan GengBlogWalking – Murah dan EfektifMy Profile

    1. Blog dah jadi lebih penting dari surat kabar dan media lain sehingga setiap media mesti ada blog kalau tidak mereka akan tercecer kebelakang jadi penulis blog dah jadi orang penting terutama kepada yg ramai pengikutnya tetapi tu lah ada yg nak cepat terkenal terpaksalah buat cara sensasi.

    1. Setuju tu dan memang ramai yang sokongan dengan saranan Tun ni. Kita mesti bantu memberi peringatan kepada yg kadang2 terlupa.

  5. kod etika memang perlu ada pada setiap blogger.. blogger perlu kawal sikit penulisan di blog memandangkan sekarang ni semakin banyak info2 yang salah fakta disebarkan sewenang-wenangnya.. mungkin penulisan di blog tu dapat memudaratkan dan memberi kesan negatif pada sesetengah pihak..
    Curahan rasa Anarm @ ..Polis tumpaskan skim cepat kayaMy Profile

    1. Kadang-kadang nak jadi cepat terkenal atau kadang2 main copy paste tanpa selidik sumbernya…bahaya tu. Dan yg paling parah ambil dari sumber tapi tak bagi kredit.

  6. Sebenarnya macam saya, saya lebih suka berblogging untuk sharing information. berkongsi pendapat, berkongsi ilmu baru. Tapi kalau untuk meluahkan perasaan tanpa memikirkan perasaan pembaca tu, memang tidak patut bagi saya, kerana sesiapa sahaja di dunia ini boleh membaca blog kita.

    Boleh jika kita meluahkan perasaan, tapi dengan penuh hikmah dan gaya penulisan yang sopan. InsyaAllah, maksud akan sampai juga. Tidak perlu diselitkan bersama maki hamun dan kata2 yang kurang enak didengar dan dibaca.

    Saya menulis di blog adalah untuk berkongsi. Saya akan membaca entri saya banyak kali sebelum dipublishkan. Ini kerana saya tahu, paling common pun, mungkin keluarga saya akan membacanya, mungkin juga keluarga tunang, atau mungkin pelajar2 saya, atau mungkin rakan sekerja saya, atau blogger2 yang prihatin. Itu yang saya fikirkan selalu. Sensitiviti itu saya jaga selagi mampu.

    Memang kita tak mampu nak memuaskan hati semua orang. Tetapi, buatlah yang terbaik, at least, orang hormat kita walaupun tidak menyukai kita.

    Kod etika memang penting. Tapi bina kod etika untuk diri sendiri adalah yang lebih baik. Ikut kemampuan dan keselesaan sendiri. Tapi, kalau perkara ini pun, kerajaan nak campur tangan, pasti mereka akan mengenakan kod etika yang tidak semua orang mampu penuhi, bukan? hmmm. Saya rasa, arena blogging kita TIDAK mungkin akan menjadi semeriah kini atau dulu, jika kerajaan mula campur tangan… 🙂

    Wallahualam.
    Curahan rasa Cik Nass @ ..Wanita Berkerjaya vs AndartuMy Profile

    1. Kita mesti bertanggungjawab kepada setiap apa yg kita tulis dan merancang dengan baik supaya ianya tidak lari dari etika hidup dan agama yg paling utama. Kalau semua berpegang pada agama pasti selamat.

        1. Kita sendiri sebagai penulis perlu menetapkan disiplin dan tata cara penulisan untuk menjadi penulis bermaruah bukan penulis yg datang dan lenyap begitu sahaja.

          1. Betul sekali bro….
            media Internet — forum, milis, website, weblog, dan situs mikro blogging — adalah media yang bebas tanpa sensor dan tanpa tekanan dari pemerintah. Tapi blogger — orangnya — perlu punya etika. Jika tidak, mungkin suatu saat kita akan disebut “makhluk barbar yang melek teknologi”.
            Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ahmad Albar Seorang Gay DLove MovieMy Profile

        1. kalau semua para sobat blogwalking memerhatikan kodee etika ini pasti dunia bisa menghargai semua hasil karya tulis

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!