PDRM (Polis Diraja Malaysia) semakin Panas! Panas!
Setelah membaca entri di Megat.net yang bertajuk Carian Keyword Panas, Trafik Mantap! dan entri di Ariffshah.com bertajuk Belajar SEO dengan Google’s SEO report card otak aku mula menganalisa suasana semasa untuk mengambil faedah semaksimum yang boleh. Sifu yang paling sesuai nak belajar keyword dan SEO ni tak lain tak bukan Kak Jie lah yang sentiasa mencuba Keyword yang berjiwa, tak percaya baca entri terbaru Kak Jie Nota Untuk PDRM yang kena Sapu. Kenapa aku cakap berjiwa kerana setiap entri mempunyai cerita bukan sekadar nak guna keyword sahaja.
Sekarang ini tengah panas dengan isu PDRM (Polis Diraja Malaysia). Mungkinkah keyword PDRM atau Polis Diraja Malaysia yang Kak Jie gunakan ini antara yang dikelas oleh Megat.net sebagai keyword Panas. PDRM sedang panas dengan isu Koperal Jenain Subi yang didakwa menembak Aminulrasyid Amzah dan beberapa lagi kes tembak menembak yang lain serta kes pencuri kereta yang memohon maaf kerana tersalah sapu kereta KP Selangor. Aku ingatlah sekarang tengah musim PDRM almaklumlah Malaysia ni ada banyak musim kekadang musim kemalangan, kekadang musim buang bayi, kekadang musim dera anak dan macam musim lagilah. Musim isu PDRM ni lebih panas sehingga melebihi ranking musim Akademi Fantasia ke 8. Jadi sekarang kalau nak jadi terkenal kenalah buat kes dengan PDRM pasti masuk blog, facebook dan surat khabar. Tak lama lagi satu dunia pulak akan demam dengan musim FIFA World Cup 2010.
Memang seronok kalau dapat manafaatkan keyword yang tepat kerana kita akan mendapat pengujung daripada berbagai sumber yang dijemput dan tidak dijemput seperti yang berlaku pada blog Kak Jie yang dapat purata 3343.60 pengunjung setiap hari. Setakat ini baru ada satu sahaja entri di Denaihati iaitu Dua kopitiam yang ada sijil halal daripada jakim yang mendapat pengujung melebih 200 setiap hari semenjak di post pada 27/2/10.

Bayangkan kalau aku ada 20 entri yang mempunyai pengujung melebihi 200 setiap hari untuk setiap entri. Bayangkan…. Insyallah suatu hari nanti akan tercapai hasrat ini yang penting jangan berhenti belajar dan mengajar. Semuga ada ILMU yang boleh dipelajari daripada entri ini.
[ad#advertlets336]
