Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, Kita sebagai umat islam sudah mengetahui bahawa senjata kita ialah Doa. Doa merupakan pendinding kita dalam kehidupan seharian. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang kuasa doa, kita baca perkongsian dari Ustaz Noehas di bawah.
Manusia dicipta oleh ALLAH bersifat bermasyarakat iaitu manusia tidak mampu hidup sendiri untuk meneruskan hidupnya dengan baik. Semua manusia saling perlu memerlukan untuk memenuhi keperluan hidup. Hal ini bermakna bahawa manusia amatlah lemah dan perlu kepada sesuatu untuk membantu mereka. Salah satu kuasa yang boleh membantu manusia ialah doa. Ya, KUASA DOA!!!
Doa adalah ibadat. Doa bermaksud meminta dari Tuhan Yang Maha Esa. Amalan berdoa amat disukai oleh Allah SWT. Perkara ini dengan jelasnya disebut dalam Al-Quran bahawa ALLAH telah berfirman yang bermaksud “berdoalah kepadaKU pasti AKU sentiasa menerima doa kamu“.
Begitu juga firman ALLAH ta’ala yang bermaksud “AKU memustajabkan doa orang yang meminta dariKU ketika dia meminta dariKU“. Allah amat suka hamba-hambaNYA meminta-minta dariNYA, tidak seperti manusia yang tidak suka jika diminta berkali-kali.
Apa lagi!? Allah raja sekelian alam dah ofer nak minta apa sahaja sila minta pasti dia akan beri. Tapi ada syarat-syarat, cara dan pantang larangnya tak? Memang ada dan kita akan kupasnya di entri akan datang. Tetapi rahmat Allah melebihi dan lebih luar dari syarat-syarat dan pantang larang doa. Jika Allah hendak terima pasti dia terima. Jika kita nampak macam belum diterima doa kita itu tidak bermakna ALLAH tidak terima langsung doa kita tetapi belum sampai masa untuk kita terima permohonan kita. Semuanya itu ada hikmah dan kebaikan yang ALLAH sahaja yang tahu.
Ibaratnya seperti anak kecil yang menangis-nangis minta pisau yang tajam dari ibu dia untuk dia bermain atau memotong sesuatu. Sebagai ibu pasti dia akan beri apa yang anak dia minta jika benda itu baik tetapi jika tidak baik bahkan membahayakan pastilah si ibu tadi tidak menunaikan permintaan si anak tadi. Adakah ibu tadi tidak sayang pada anak dia? Tidak begitu, bahkan sebab sayangkan anak dialah si ibu telah menyekat permintaan si anak tadi.
Nah! Sekarang kita sudah faham kenapa ALLAH ofer kita supaya minta dari dia dan dia pasti akan beri tetapi kadang-kadang kita dapati ada permintaan kita yang belum kita dapat. Rupanya sebab ALLAH maha mengetahui sebab-sebabnya. Jadi tidak rugi kalau kita banyakkan doa kerana kalau dapat seronoklah dan kalau belum dapat kita tetap dapat kebaikan dari doa kerana kalau apa yang kita doa tapi tak dapat di dunia ini doa tersebut akan disimpan untuk kebaikan akhirat.
Beruntunglah kita kerana ALLAH sebagai Tuhan dan Raja kita tidak pernah menghampakan kita. Disamping kita selalu berdoa kita kena juga bersyukur kalau dapat nikmat, bersabar kalau dapat ujian, beristighfar kalau ada buat salah dan beristiqamah dalam berbuat kebaikan.
Pesanan entri ini, amalkan betul DUIT untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Apa maksud DUIT? Ni maksudnya: Doa Usaha Idea Tawakkal.
194 Comments
Menarik analogi anak kecil meminta pisau
Ya, Allah tahu saat terbaik mengkabulkan doa kita
Kerja kita berdoa dan berusaha. Asal saja kita jangan putus asa berdoa
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
saya amal suka dengan konsep DUIT..memang relevan juga dengan keadaan semasa
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Doa la penghubung kita ngan Tuhan.. Dekatkan diri dan yakin bahawa dia kita akan dimakbulkan..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
Benar Tuan. Kadang-kadang ramai orang mengeluh dengan benda duniawi, sedangkan mereka lupa mahu mendekatkan diri dengan yang Maha Esa.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Kadang-kadang doa kita tak termakbul sebab kita banyak dosa dengan Allah. Cara yang terbaik untuk doa dimakbulkan adalah dengan mendoakan orang lain sekali. Dengan itu, malaikat insyaAllah akan mendoakan kita.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Doa tak makbul juga mungkin kerana Allah mahu berikan yang terbaik untuk diri kita.. sentiasa bersangka baiklah..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Bayar Lebih Untuk Guna Tandas Bersih?
Yup, husnudzonlah yakni bersangka terhadap setiap perkara yang berlaku, kerana hikmah itu pasti indah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Ada juga hikmahnya kenapa doa kita belum makbul. Kerana doa kita belum makbul, Dia mahu kita berusaha dengan lebih gigih. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
ada dua cara doa dimakhbulkan….di dunia atau diakhirat..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
senjata umat Islam yang paling POWER adalah DOA dan tidak dinafikan sama sekali 🙂
insyaallah mari kita doakan saudara di Gaza sana!
Aminn,, tambahan pula sekarang bulan puasa, antara waktu yang mustajab untuk berdoa
Curahan rasa amirnawawi @ ..Minggu Peperiksaan Akhir Semester
Teruskan berdoa kerana Allah pasti mendengar doa hamba-hamba-Nya.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
doakan juga tentang keluarga mangsa MH17 yang jatuh ditembak sekarang ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Yap! Setuju,, Tak semestinya kita mintak terus dapat, sebab Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat kita..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Minggu Peperiksaan Akhir Semester
Suka baca part anak kecil minta pisau tuu. Tak memberi tak bermaksud tidak menyayangi. Sesungguhnya kita sebagai hambaNya mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah dan tidak sesekali berputus asa dengan rahmatNya kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Rahsia Kebaikan Bawang Putih Kini Dalam Garlic Shaklee
DOA..simple word tapi powerful..istiqamaah dlm berdoa, mesti lg hebat kuasa doa tu
Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
terima kasih atas perkongsian ustaz
doa memang senjata paling hebat orang Islam
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Sememangnya kita sebagai seorang muslim dianjurkan banyak2kan berdoa..Allah SWT juga suka hamba2nya yg meminta-minta daripada-Nya daripada meminta-minta kpd manusia..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Lion XII Liga Super MSL
Suka dengan last point Tuan. Yap. Adakalanya, bukan sebab manusia itu tidak berkemampuan, cuma tidak mahu berusaha lebih, malas.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
berdoa tetapi kalau malas tak akan jadi punya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Comments are closed.