Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, Kita sebagai umat islam sudah mengetahui bahawa senjata kita ialah Doa. Doa merupakan pendinding kita dalam kehidupan seharian. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang kuasa doa, kita baca perkongsian dari Ustaz Noehas di bawah.
Manusia dicipta oleh ALLAH bersifat bermasyarakat iaitu manusia tidak mampu hidup sendiri untuk meneruskan hidupnya dengan baik. Semua manusia saling perlu memerlukan untuk memenuhi keperluan hidup. Hal ini bermakna bahawa manusia amatlah lemah dan perlu kepada sesuatu untuk membantu mereka. Salah satu kuasa yang boleh membantu manusia ialah doa. Ya, KUASA DOA!!!
Doa adalah ibadat. Doa bermaksud meminta dari Tuhan Yang Maha Esa. Amalan berdoa amat disukai oleh Allah SWT. Perkara ini dengan jelasnya disebut dalam Al-Quran bahawa ALLAH telah berfirman yang bermaksud “berdoalah kepadaKU pasti AKU sentiasa menerima doa kamu“.
Begitu juga firman ALLAH ta’ala yang bermaksud “AKU memustajabkan doa orang yang meminta dariKU ketika dia meminta dariKU“. Allah amat suka hamba-hambaNYA meminta-minta dariNYA, tidak seperti manusia yang tidak suka jika diminta berkali-kali.
Apa lagi!? Allah raja sekelian alam dah ofer nak minta apa sahaja sila minta pasti dia akan beri. Tapi ada syarat-syarat, cara dan pantang larangnya tak? Memang ada dan kita akan kupasnya di entri akan datang. Tetapi rahmat Allah melebihi dan lebih luar dari syarat-syarat dan pantang larang doa. Jika Allah hendak terima pasti dia terima. Jika kita nampak macam belum diterima doa kita itu tidak bermakna ALLAH tidak terima langsung doa kita tetapi belum sampai masa untuk kita terima permohonan kita. Semuanya itu ada hikmah dan kebaikan yang ALLAH sahaja yang tahu.
Ibaratnya seperti anak kecil yang menangis-nangis minta pisau yang tajam dari ibu dia untuk dia bermain atau memotong sesuatu. Sebagai ibu pasti dia akan beri apa yang anak dia minta jika benda itu baik tetapi jika tidak baik bahkan membahayakan pastilah si ibu tadi tidak menunaikan permintaan si anak tadi. Adakah ibu tadi tidak sayang pada anak dia? Tidak begitu, bahkan sebab sayangkan anak dialah si ibu telah menyekat permintaan si anak tadi.
Nah! Sekarang kita sudah faham kenapa ALLAH ofer kita supaya minta dari dia dan dia pasti akan beri tetapi kadang-kadang kita dapati ada permintaan kita yang belum kita dapat. Rupanya sebab ALLAH maha mengetahui sebab-sebabnya. Jadi tidak rugi kalau kita banyakkan doa kerana kalau dapat seronoklah dan kalau belum dapat kita tetap dapat kebaikan dari doa kerana kalau apa yang kita doa tapi tak dapat di dunia ini doa tersebut akan disimpan untuk kebaikan akhirat.
Beruntunglah kita kerana ALLAH sebagai Tuhan dan Raja kita tidak pernah menghampakan kita. Disamping kita selalu berdoa kita kena juga bersyukur kalau dapat nikmat, bersabar kalau dapat ujian, beristighfar kalau ada buat salah dan beristiqamah dalam berbuat kebaikan.
Pesanan entri ini, amalkan betul DUIT untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Apa maksud DUIT? Ni maksudnya: Doa Usaha Idea Tawakkal.
194 Comments
Contoh yang baik ibu dengan anak. Memudahkan pemahaman bagi yang membaca entri ini. Semoga doa-doa kita diperkenankan olehNya. InshaAllah, Allah S.W.T pasti mendengar doa hambaNya, cuma lambat atau tidak sahaja, pasti ianya pasti diperkenankan. InshaAllah Ya Allah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Beruntungnya kita sebagai seorang Islam kerana mempunyai satu senjata yg tidak dipunyai oleh orang bukan Islam iaitu Doa… Dan bertuahnya kita kerana Allah tidak sesekali pernah jemu mendengar hambanya berdoa dan meminta2 malah akan lebih dikasihaniNya! Bersyukur dan berdoalah…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!
Duit=DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKKAL.Doa itu senjata orang Mukmin.Berdoalah sesungguhnya Allah mendengar doa hambaNya
Curahan rasa amirul hakim @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
berusaha bersungguh sungguh dan berdoa. insyaallah Allah makbulkan selagi permintaan kita baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
doa itu senjata mukmin, apa lagi doa orang teraniaya. kita memang disuruh berdoa minta pertolongan dariNya tidak kira waktu senang atau susah..
Curahan rasa kizmyself @ ..Selamat Hari Malaysia
Ya. Sebab itu selalu diingatkan oleh ustaz dan ustazah saya supaya jangan aniaya orang. Padah akibatnya nanti.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Ada doa yang tak dikabulkan, tetapi diberikan dalam bentuk nikmat yang lebih baik. Adakalnya Allah akan bagi sebagai pahala di akhrat nanti.
Allah Tuhan kita lebih suka dengar kita meminta dan berdoa. Lagi banyak permintaan dan doa, lagi besar kecintaan-Nya pada kita.
Tapi kita dengan manusia, ceritanya jadi terbalik. Makin kita meminta-minta dnegan manusia, makin mereka rimas dan benci dengan kita.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Sebab tu lebih baik banyakkan doa bersendirian. Sebabnya kita boleh mintak semua yang terbuku dalam hati dan yang terngiang kat kepala. Doa kita pastinya berbeza dengan orang lain.
Doa adalah senjata mukmin dan barang siapa yang bersungguh-sungguh dalam berdoa, INSYA ALLAH akan dimakbulkan selagi kita terus berdoa sambil penuh pengharapan dalam keihlasan.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Alhamdulillah artikel yang sangat bermanfaat. doa ini senjata umat islam. Walau berada dimana-mana pun kita kena berdoa selalu walaupun dalam hati. Dan banyak waktu waktu mustajab yang mana apabila kita berdoa, In Sha Allah, Allah akan memakbulkan doa kita.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
berdoa la kepada Allah bila mna kita ditimpa musibah atau dalam keadaan senang…doa itu senjata umat islam…jangan mudah berputus asa bila berdoa kepada Allah..berdoa dan terus berdoa.. IN SYAA ALLAH Allah pasti mengkabulknya…cuma cepat atau lambat jaa…
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
kita tak sedar dan tahu ketika mana doa kita akan termakbul….ketika berdoa..biarlah doa kita dari hati…minta sepenuh hati kita yang hanya bergantung harap pada ihsan Allah…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
Jangan pernah berhenti berdoa. Berdoa tu adalah senjata kita sebagai seorang muslim untuk berjaya. Allah maha mendengar dan melihat usaha usaha hambanya yang berusaha dan berdoa.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
Allhamdulillah, ini menarik sekali. Terimakasih sudah lebih mengingatkan kepada kita sesama muslim. Salam dari Indonesia ^_^
Curahan rasa Portal Sulteng @ ..Sejarah Panjat Pinang 17 Agustus
Comments are closed.