Fenomena Gerhana Matahari dan KepercayaanNya

Spread the love

27 Rejab yang lepas kita baru memperingati peristiwa besar Israk Mikraj. Hari ini penduduk Asia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana matahari yang paling lama mencapai 6 minit 39 saat bagi abad ke-21 pada hari ini, yang merentasi India dan China, bermula dari Mumbai ke Shanghai. Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum. Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

Aku tertarik dengan komen Ahli astrofizik Amerika dan pakar gerhana, Fred Espenak telah menetapkan 22 Julai ini yang dijangka berlaku sebuah fenomena ‘raksasa’. Keghairahan pada kali ini merupakan sebahagian besar peristiwa luar biasa yang pernah berlaku dalam tempoh tertentu, atau ‘keseluruhan’, apabila matahari dilitupi sepenuhnya.

Fenomena Gerhana Matahari ni memang banyak MITOSnya. Ada yang kata kita tak boleh tengok terus nanti buta Mata. Di India pula wanita yang hamil tidak boleh keluar rumah ditakuti memberi kesan kepada baby. Banyak juga filem Holywood yang buat cerita khas tentang Gerhana ni. Pernah tak teman-teman dengar orang tua-tua dulu cakap apa-apa kepercayaan semasa berlaku Gerhana ni……kalau ada kongsi-kongsikan lah.

Untuk umat ISLAM, Gerhana Matahari ini adalah salah satu kejadian yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mentadbir Alam. Kita disunatkan solat sunat gerhana sebanyak 4 rakaat dengan satu salam serta khutbah ringkas setelah selesai solat sunat jika solat berjemaah. Di samping itu habiskan masa dengan berdzikir sepanjang tempoh Gerhana, semuga Allah swt memberi keredhaan dan hidayah keseluruh alam. Aku menunggu mungkin ada fenomena raksasa lain yang akan berlaku…..

Fadhilat Amal : Diriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda : “Pada malam aku dimirajkan, Aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada salji, dan lebih harum dari minyak misik, maka Aku bertanya Jibrail : Ya  Jibril, untuk siapakah sungai ini? Jibril menjawab : Untuk orang-orang yang selawat untukmu di bulan Rejab.”(Hadith Shahih).


Spread the love

22 Comments

      1. dalam masyarakat juga sempat berkembang berbagai mitos, terutama di pedesaan bahwa gerhana terjadi karena “matahari sudah ditelan naga”. Untuk itu disarankan agar memukul bunyi-bunyian selama berlangsungnya.

  1. Mengapa sangat jarang terjadi, dan baru akan terjadi dalam kurun waktu tiga ratus tahun sekali, keajaiban astronomi yang terjadi dua ribu tahun sekali telah diperlihatkan kepada kita pada saat ini? Mengapa dua kali gerhana matahari total terjadi di hari pertama Tahun Baru China, dan dua kali gerhanam matahari total terjadi pada 1 Agustus 2008 dan 22 Juli 2009 itu tidak biasa? Mengapa yang disebut “raksasa” dari setiap gerhana matahari total muncul membuat komunis China tegang dan ketakutan? Asal kita sedikit memahami prinsip “Kesatuan langit dan manusia” kita akan percaya bahwa fenomena ajaib ini pasti Sang Pencipta sedang memperingatkan kepada manusia di dunia!
    Curahan rasa fais @ ..Marhaban Ya RamadhanMy Profile

  2. “Matahari itu beredar di tempat ketetapannya.Bagi bulan itu kami telah tetapkan beberapa tempat (peredarannya).” (QS.Yasin :37-38)
    “Tiap-tiap sesuatu beredar melayang (di udara) dengan perhitungan.” (QS.Yasin :40)
    “Matahari dan bulan itu (beredar) dengan perhitungan.” (QS. Ar-Rahman : 5)
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ketika Cinta Bertasbih Sinetron RamadhanMy Profile

    1. Dari empat ayat tersebut sudah cukup menerangkan bahwa tiap-tiap suatu benda yang di udara, seperti matahari, bumi, bulan, dan lain-lain bintang itu, terus beredar atau beredar di masing-masing tempat (jalan) yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan ini kita ketahui bahwa pendapat ulama falak Islam dan ilmuwan Eropa sekarang sesuai dengan Al-Qur’an.

  3. Benda ni memang kecoh tahun 1998 memandangkan gerhana penuh dapat disaksikan dengan jelas dekat sabah. Masih kami guna air (Pantulan dari air) untuk menyaksikan peristiwa ni.
    .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

      1. Haha.. saya cumaan mau berkongsi pengalaman saya mengenai gerhana.. dan tiada ada kaitannya dengan berlaku secara cepat ker tak benda tu.. kalau benda tu berlaku lama lagi best, nak enjoy dulu tengok benda tu selama masih berkesempatan.

  4. spjg 23 tahun dya hdp ni sekali je dya penah tgk gerhana matahari, tahun 1998 sms drjah enam.bukan main lg bwk filem gambar utk tgk hehe

    1. @Dya, Ye la.. ingat juga benda tu.. gerhana waktu tu paling ketara dekat Sabah.
      .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

      1. @Steward John, oo ye ke…tp time tu sgt best bila berpeluang utk tgk gerhana ngan mata sdr huhu…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!