Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, Kita sebagai umat islam sudah mengetahui bahawa senjata kita ialah Doa. Doa merupakan pendinding kita dalam kehidupan seharian. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang kuasa doa, kita baca perkongsian dari Ustaz Noehas di bawah.
Manusia dicipta oleh ALLAH bersifat bermasyarakat iaitu manusia tidak mampu hidup sendiri untuk meneruskan hidupnya dengan baik. Semua manusia saling perlu memerlukan untuk memenuhi keperluan hidup. Hal ini bermakna bahawa manusia amatlah lemah dan perlu kepada sesuatu untuk membantu mereka. Salah satu kuasa yang boleh membantu manusia ialah doa. Ya, KUASA DOA!!!
Doa adalah ibadat. Doa bermaksud meminta dari Tuhan Yang Maha Esa. Amalan berdoa amat disukai oleh Allah SWT. Perkara ini dengan jelasnya disebut dalam Al-Quran bahawa ALLAH telah berfirman yang bermaksud “berdoalah kepadaKU pasti AKU sentiasa menerima doa kamu“.
Begitu juga firman ALLAH ta’ala yang bermaksud “AKU memustajabkan doa orang yang meminta dariKU ketika dia meminta dariKU“. Allah amat suka hamba-hambaNYA meminta-minta dariNYA, tidak seperti manusia yang tidak suka jika diminta berkali-kali.
Apa lagi!? Allah raja sekelian alam dah ofer nak minta apa sahaja sila minta pasti dia akan beri. Tapi ada syarat-syarat, cara dan pantang larangnya tak? Memang ada dan kita akan kupasnya di entri akan datang. Tetapi rahmat Allah melebihi dan lebih luar dari syarat-syarat dan pantang larang doa. Jika Allah hendak terima pasti dia terima. Jika kita nampak macam belum diterima doa kita itu tidak bermakna ALLAH tidak terima langsung doa kita tetapi belum sampai masa untuk kita terima permohonan kita. Semuanya itu ada hikmah dan kebaikan yang ALLAH sahaja yang tahu.
Ibaratnya seperti anak kecil yang menangis-nangis minta pisau yang tajam dari ibu dia untuk dia bermain atau memotong sesuatu. Sebagai ibu pasti dia akan beri apa yang anak dia minta jika benda itu baik tetapi jika tidak baik bahkan membahayakan pastilah si ibu tadi tidak menunaikan permintaan si anak tadi. Adakah ibu tadi tidak sayang pada anak dia? Tidak begitu, bahkan sebab sayangkan anak dialah si ibu telah menyekat permintaan si anak tadi.
Nah! Sekarang kita sudah faham kenapa ALLAH ofer kita supaya minta dari dia dan dia pasti akan beri tetapi kadang-kadang kita dapati ada permintaan kita yang belum kita dapat. Rupanya sebab ALLAH maha mengetahui sebab-sebabnya. Jadi tidak rugi kalau kita banyakkan doa kerana kalau dapat seronoklah dan kalau belum dapat kita tetap dapat kebaikan dari doa kerana kalau apa yang kita doa tapi tak dapat di dunia ini doa tersebut akan disimpan untuk kebaikan akhirat.
Beruntunglah kita kerana ALLAH sebagai Tuhan dan Raja kita tidak pernah menghampakan kita. Disamping kita selalu berdoa kita kena juga bersyukur kalau dapat nikmat, bersabar kalau dapat ujian, beristighfar kalau ada buat salah dan beristiqamah dalam berbuat kebaikan.
Pesanan entri ini, amalkan betul DUIT untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Apa maksud DUIT? Ni maksudnya: Doa Usaha Idea Tawakkal.
194 Comments
Betul kata penulis..perlu amal DUIT (Doa Usaha Idea Tawakkal)..
tanpa doa, kita tak ke mana..jadi hamba yg sombong pada Allah..cuma boleh mohon pada Dia saja (Maha Mendengar). Jika minta yg baik Insya Allah akan dikabulkan. Masa susah atau senang, kedua2 saat tu, kita tak boleh lupa atau lalai untuk berdoa.
Curahan rasa Layla @ ..Mengapa Sakit Menjadi-Jadi Selepas Ambil Supplemen?
Entri yang sangat mantap. Peringatan yang bagus buat diri saya sendiri tentang pentingnya berdoa & yakin bahawa Allah pasti akan memakbulkan doa kita.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..‘Hadiah’ Hari Jadi Bernilai RM300 Dari FirdausAzizi.my
Betull yang teramat!! Saya pernah meminta sesuatu.. Tapi Allah tak bagi.. Rupa-rupanya dia bagi pada saat yang saya betul-betul perlukannya, bukan pada saat saya minta.. Allah tahu apa yang terbaik untuk saya.. Subhanallah..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..5 Langkah Penjagaan Kulit Lelaki Yang Menarik Perhatian Wanita
Sangat setuju!
Kadang-kadang bila kita susah baru cari tuhan.
Mungkin Allah berikan kita kesusahan untuk ingat kepadaNya.
Curahan rasa Wafa @ ..Cara Mudah Kempiskan Perut Yang Mungkin Anda Belum Pernah Tahu
Betul tu Wafa.. Kadang bila saya lalai, Allah bagi saya kesusahan, agar saya ingat padaNya.. Mungkin ini cara Allah tarik saya agar tak keluar terlalu jauh dari landasan..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..5 Langkah Penjagaan Kulit Lelaki Yang Menarik Perhatian Wanita
Ruginya bagi siapa yang selalu mengabaikan doa selepas solat.
Curahan rasa Supermokh @ ..Senarai Juara Piala Dunia Mengikut Edisi
Hanya pada-Nya kita meminta dan dari-Nya “Doa dimakbulkan”
Curahan rasa Ammar @ ..WAKTU SOLAT MALAYSIA MENGIKUT ZON
Betul tu, Berdolah meminta di permudahkan mencari rezeki dan juga di murahkan rezeki insyallah..
Curahan rasa wom.my @ ..Tips Atasi Masalah Kaki Berbau ‘Pekung’!
Setuju. Cerita fasal doa mencari rezeki, tiba-tiba saya teringatkan lagu Doa Dhuha oleh UNIC. Terjemahannya pun buat saya sayu. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
do’a merupakan senjata orang mukmin yang paling ampuh, karena Allah lah yang maha segala-galanya
Curahan rasa blesstea @ ..Menurunkan kadar Gula darah
Doa ialah ibadah yang berpahala. Ia pasti dikabulkan. Cepat atau lambat sahaja. Jika tidak dikabulkan di dunia, di akhirat ada balasannya. Yang pastinya, kabul atau tidak, berdoa akan mendapat pahala.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tip Menulis Entri Blog
terima kasih atas informasinya gan
saya suka konsep DUIT dalam kehidupan..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Berusaha Mencari Yang Terbaik 2014
Benar Tuan, Itulah formula tradisi yang selalu digunapakai demi menggenggam sebuah kejayaan yang manis. 😉
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Berdoa bukan ketika susah. Tetapi setiap masa dan waktu. 🙂
Curahan rasa Suhairi Alias @ ..Cara mudah melihat save password
Saya sunggah terkesan dengan komen Tuan. Adakalanya kita malas mahu berdoa tatkala senang, sedangkan tuntutan berdoa itu harus dilakukan pada bila-bila masa. 😉
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Salam ziarah … setuju sekali dengan Tuan Denaihati. DIA suruh kita minta kerana DIA mahu memberi … tapi meminta dariNYA tentulah dengan adab2 yang sesuai. Meminta juga harus dengan ada kesungguhan,betapa kita ini benar2 hanya bergantung harap dengannya, bukan pada yang lain
mesti dengan adab dan cara yang betul. mudahan doa-doa kita dimakbulkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarsus kota purba menarik di Turki
Tak sabar menunggu entri seterusnya, pantang larang berdoa..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..5 Langkah Penjagaan Kulit Lelaki Yang Menarik Perhatian Wanita
Alhamdulillah..beruntung sangat saya lahir dalam agama Islam…terima kasih kongsikan…
Curahan rasa Hafizul @ ..Mini Karnival Taska PERMATA 2014
Kena percaya bahawa Allah akan makbulkan doa-doa kita.. kerana percaya itu lebih baik dari was-was
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..(WAJIB BACA) Isteri Nusyuz, Cara Manja Pukul Isteri
Comments are closed.