Kad Kredit pemusnah hidup berpanjangan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama aku simpan kisah yang boleh memberi pengajaran ini. Ketika mula menempoh alam pekerjaan aku mempunyai nafsu besar untuk menjadi orang berjaya seperti sipolan sipolan yang memandu kereta bagus dengan hidup yang bergaya. Harapkan gaji memang tak cukup jadi salah satu cara mesti cari duit lebih. Nak kerja part time memang tak sempat jadi jalan terbaik adalah berjinak-jnak dengan pelaburan di Bursa Saham (BSKL). Modal tak ada jadi aku ambil keputusan memohon kad kredit untuk dijadikan modal. Sebagai Pegawai Kerajaan muda ketika itu memang senang sangat nak dapat kad kredit. Bila dah ada satu nak dapat kad kredit kedua, tiga dan empat lagi mudah.

Gambar Kad Kredit dari Pak Google

Aku manusia biasa bila dah ada kemudahan kad kredit lain pulak jadinya, nafsu kuat maka duit sebahagian digunakan untuk modal pelaburan dan lebihnya belanja keperluan lain. Sinar yang diharap sampai kepetang rupanya hujan di tengahari. Aku mula dibebani hutang kad kredit dan akhirnya satu demi satu akaun ditutup yang tinggal hanya beban hutang yang perlu dijelaskan setiap bulan. Surat bank, lawyer dan mahkamah sudah menjadi habuan setiap bulan. Memang berserabut kepala tapi aku tidak pernah lari dan sentiasa berbincang dengan pihak bank untuk menyelesaikan masalah bebanan hutang kad kredit. Dengan kesuntukan sumber kewangan apa yang aku buat selalunya aku bayar kad pertama dan ke dua  dan tinggalkan kad ke tiga dan ke empat. Apabila kad ke tiga dan ke empat bagi surat warning aku bayar kad tersebut dan tinggalkan kad pertama dan ke dua. Begitulah diulang-ulang hampir 5 tahun sehingga akhirnya aku dapat melangsaikan keseluruhan beban hutang kad kredit tanpa pernah termasuk dalam senarai MUFLIS.

Aku memang sokong apabila Bank Negara mengetatkan syarat kelayakan untuk mendapat kad kredit dimana pemegang kad kredit mesti berpendapatan lebih RM24,000 setahun, hanya boleh mempunyai 2 kad kredit dan had maksimum kredit tidak boleh lebih 2 bulan gaji. Ramai eksukutif muda nak bergaya tetapi akhirnya kad kredit memusnahkan hidup apabila terperangkap dengan beban hutang berpanjangan dan akhirnya boleh mendorong kepada gejala rasuah seperti beberapa pegawai muda Imigresen yang ditangkap rasuh. Berapa ramai pulak sekarang eksukutif muda yang telah mendapat status muflis hanya kerana mereka lari dari beban hutang kad kredit.

Aku sekarang memang bebas dari kad kredit dan aku syorkan kepada semua tak perlulah pegang kad kredit. Kad kredit ini sebenarnya fasiliti untuk orang kaya bagi memudahkan mereka membayar dimana sahaja tanpa perlu membawa wang tunai. Bagi orang kurang berada kad kredit hanyalah jerat yang akan memakan tuan. Bank ni manis mulut masa kita memohon tetapi kalau tak bayar akan dikejar sampai lubang cacing. Tak percaya?? Kepada teman-teman yang ada pengalaman kongsilah untuk dijadikan pengajaran kita bersama.

note: sebab aku menulis entri ini iaitu berkongsi kisah untuk dijadi tauladan.


Spread the love

106 Comments

  1. Dulu – dulu 15 tahun dulu masa muda remaja pernah juga alami kejutan perbelanjaan gunakan kad kredit, tapi tak sampai muflis – cuma tersedar rasa macam ada yang tak betul dengan tabiat.

    nasib baik tak parah – sekarang ada kad kredit.

    utk tujuan bayaran auto insuran
    utk kegunaan petrol harian.
    sesekali tempah tiket flight online atau tiket wayang online
    tak pernah guna utk beli baju, kasut, perabut, barang mahal, barang dapur

    tak ada tertunggak – bayar cukup waktu

    memang perlu disiplin yang ketat untuk menggunakan kad kredit, kalau tidak kita terperangkap dengan tabiat membeli ‘gaya hidup’
    Curahan rasa Kujie @ ..Kujie Hanyalah Jenama Berus GigiMy Profile

      1. ada 2 kad, limit 15k, tiap bulan bil cuma 2-3 ratus
        petrol, insuran kelaurga dan kadang2 utk smart tag ( auto kredit utk touch n go )

        bank selalu cal nk offer itu ini sbb dia tau rekod pembayaran kita, tapi sbb dah disiplinkan diri tak pernah terima apa2 offer.

        kalau tahu diri tak dpt nak control, jangan mula main2 api
        Curahan rasa Kujie @ ..Beza Antara Kita – Merah Kuning HitamMy Profile

        1. Bila rekod payment bagus memang diaorang bagi free je. 3 tahun lepas ada 2 kad Mbb tapi bila dah guna kad oversea terminate 2 local kad tu. Yg ptg disiplin kita

  2. lepas balik dari Germany dulu, memang tros decide taknak ada kad kredit time dah kerja kat Malaysia ni. even sampai skg pon blom mohon lg. tapi memandangkan byk kesulitan terutamanya nak tempah tiket flight online dan juga booking hotel, rasanya in short future nak kena mohon gak 1. At least perbelanjaan berhemah tu dah dipraktikkan time memegang kad kredit Barclays dulu. Waktu tu masih student, jadi praktis berjimat tu perlu 🙂
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Hidup Di Kediaman Yang HidupMy Profile

  3. Emm, tertarik dengan note ni, “mengambil kesempatan mengedut Pagerank (PR) dari link surat khabar online yang biasanya PR memang tinggi. Pernahkah anda check PR utusan, thestar, bharian, hmetro dan lain-lain online paper”.

    Mengedut atau menyedut? Kalau menyedut, Sy rasa Denaihati ada salah faham mengenai perkara ni…

    Sebenarnya Denaihati x menyedut pun PR dr utusan.com.my tu, sebaliknya utusan.com.my yg menyedut PR Denaihati. 🙂

    Melainkan jika utusan.com.my ada buat entry dan dlm entry tersebut ada link denaihati yg dofollow, itu barulah dikira Denaihati menyedut PR dr utusan.com.my. 🙂
    Curahan rasa Azuan @ ..Apple iPad 2 Malaysia Kini PercumaMy Profile

    1. 1. Terima kasih ejaan dah diperbetulkan.
      2. Isu menyedut PR ni menarik boleh Azuan buat satu entri ni. Selama ni aku faham bila kita letak link blog/website PR tinggi one way ticket akan memberi kesan kepada blog rupanya salah faham pulak. Macam tu sampai bila pun blog PR tinggi tak akan letak link kita kecuali kalau kawan baik je.

    1. Pengalaman yang mematangkan kehidupan menjadi seorang yg lebih kuat dan sensitif dengan pengurusan kewangan peribadi dan keluarga.

  4. Hanya orang yang bijak je merasa nikmat kad kredit … orang yang terover bijak tersangkut di jala kad kredit … bagi yang tidak berapa bijak pula jadi orang kaya sehari … bagi yang tak ada kad kredit … happy ‘tak papa tak bergaya’ … aku dulu pun sampai kena blok akaun bank tetapi sempat keluar duit gaji sebelum blok … kini aku dah free kredit kad kerana semua beban hutang aku di uruskan oleh AKPK … siapa yang ada beban hutang jangan malu ke AKPK sebab saya dah pergi ia sangat membantu …
    Curahan rasa benjy @ ..MERCUN DAN MERIAM BULOHMy Profile

  5. betul kata denaihati, kad kredit menyebabkan peningkatan kadar muflis di negara kita. Hanya orang yang bijak menguruskannya yang boleh memaikainya. Tetapi seramai manakah orang yang bijak? mungkin segelintir je sebab ramai yang muflis disebabkan kad kredit.
    Curahan rasa nizam @ ..Blogger Otai Sombong KeMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!