Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama aku simpan kisah yang boleh memberi pengajaran ini. Ketika mula menempoh alam pekerjaan aku mempunyai nafsu besar untuk menjadi orang berjaya seperti sipolan sipolan yang memandu kereta bagus dengan hidup yang bergaya. Harapkan gaji memang tak cukup jadi salah satu cara mesti cari duit lebih. Nak kerja part time memang tak sempat jadi jalan terbaik adalah berjinak-jnak dengan pelaburan di Bursa Saham (BSKL). Modal tak ada jadi aku ambil keputusan memohon kad kredit untuk dijadikan modal. Sebagai Pegawai Kerajaan muda ketika itu memang senang sangat nak dapat kad kredit. Bila dah ada satu nak dapat kad kredit kedua, tiga dan empat lagi mudah.
Aku manusia biasa bila dah ada kemudahan kad kredit lain pulak jadinya, nafsu kuat maka duit sebahagian digunakan untuk modal pelaburan dan lebihnya belanja keperluan lain. Sinar yang diharap sampai kepetang rupanya hujan di tengahari. Aku mula dibebani hutang kad kredit dan akhirnya satu demi satu akaun ditutup yang tinggal hanya beban hutang yang perlu dijelaskan setiap bulan. Surat bank, lawyer dan mahkamah sudah menjadi habuan setiap bulan. Memang berserabut kepala tapi aku tidak pernah lari dan sentiasa berbincang dengan pihak bank untuk menyelesaikan masalah bebanan hutang kad kredit. Dengan kesuntukan sumber kewangan apa yang aku buat selalunya aku bayar kad pertama dan ke dua dan tinggalkan kad ke tiga dan ke empat. Apabila kad ke tiga dan ke empat bagi surat warning aku bayar kad tersebut dan tinggalkan kad pertama dan ke dua. Begitulah diulang-ulang hampir 5 tahun sehingga akhirnya aku dapat melangsaikan keseluruhan beban hutang kad kredit tanpa pernah termasuk dalam senarai MUFLIS.
Aku memang sokong apabila Bank Negara mengetatkan syarat kelayakan untuk mendapat kad kredit dimana pemegang kad kredit mesti berpendapatan lebih RM24,000 setahun, hanya boleh mempunyai 2 kad kredit dan had maksimum kredit tidak boleh lebih 2 bulan gaji. Ramai eksukutif muda nak bergaya tetapi akhirnya kad kredit memusnahkan hidup apabila terperangkap dengan beban hutang berpanjangan dan akhirnya boleh mendorong kepada gejala rasuah seperti beberapa pegawai muda Imigresen yang ditangkap rasuh. Berapa ramai pulak sekarang eksukutif muda yang telah mendapat status muflis hanya kerana mereka lari dari beban hutang kad kredit.
Aku sekarang memang bebas dari kad kredit dan aku syorkan kepada semua tak perlulah pegang kad kredit. Kad kredit ini sebenarnya fasiliti untuk orang kaya bagi memudahkan mereka membayar dimana sahaja tanpa perlu membawa wang tunai. Bagi orang kurang berada kad kredit hanyalah jerat yang akan memakan tuan. Bank ni manis mulut masa kita memohon tetapi kalau tak bayar akan dikejar sampai lubang cacing. Tak percaya?? Kepada teman-teman yang ada pengalaman kongsilah untuk dijadikan pengajaran kita bersama.
note: sebab aku menulis entri ini iaitu berkongsi kisah untuk dijadi tauladan.
106 Comments
so far sekarang, family, saya ke, tak guna kad kredit, kalau boleh bawa duit tu keluar sedebuk banyak pun tak kisah. kadang2 pihak bank ni cakap tak serupa bikin, diorang explain main bedal je, bukan dia fikir dah yang si pemegang kad kredit ni mampu ke tak bayar hutang nanti..hurmm
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Cara-Cara Nak Dapatkan Perhatian Blogger Popular
saya setakat ini memang tak duna kad kredit…belanja biar berpada…
Curahan rasa azura @ ..Cara memberitahu anak angkat tentang status dirinya
betul tu bro…nak kena jadikan tauladan semua nih..pgalaman tu blaku pd kluarga sy sendiri…Alhamdulillah dah dpt diatasi.
Curahan rasa anajoe @ ..Dapatkan APPLE IPAD 2 Percuma Dengan RM0 Dari DealMatesCom
huhu, nasib tak da pape kan..kalau tak~
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Cara-Cara Nak Dapatkan Perhatian Blogger Popular
Saya menggunakan kad kredit juga. Untuk isi minyak kereta semata-mata. Dan pernah bayar banyak sekali tahun lepas untuk kes emergency. Setakat ini perbelanjaan memang terkawal.
Apa yang paling tak suka bila ada kad kredit ni, ada jer orang call (yang kad membership, insurans, dll). Kalau dulu tension kompeni macam ni call. Sekarang ni tak lagi. Saya cuma jawab saya tak berminat dan diorang punya offer not fit in my financial planning. Takde la diorang kacau lagi.
Curahan rasa zuls @ ..Ada apa dengan Syarat Contest Retweet dan Menang USD5
Kalau setakat utk petrol memang bagus tu dulu mulanya aku macam tu lah lepas tu out of control so jgn jadi macam aku heee
hehehehhe nak guna kad kredit ni kena pandai control diri kita, tak kuat sikit iman nak belanja, habisss
Makanya saya nggak berani miliki Ey..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Links for 2011-04-13 delicious
saya juga jadi tak berani bang biarlah bisnis online cari yang dibayar pakai check saja
Curahan rasa Munir Ardi @ ..Adult Story- Anak SMA
alternatif lain gunakanlah debit kad…
tapi debit card tak berapa meluas digunakan di Malaysia 🙁
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Hidup Di Kediaman Yang Hidup
debit card Malaysia ni nak lawan debit card singapore pun tak boleh sebab penerimaannya tak menyeluruh.
premis Malaysia mestilah xbrapa suka pakai debit card sbb org Malaysia ni kdg2 bergaya je lebih, duit dalam akaun tu ciput je. Janji diorang dpt duit dulu time swap credit card tu, pastu hutang tu pembeli tanggung. kalau pakai debit card, nnt duit xde, brg diorang pon pembeli terpaksa cancel beli. rugi diorang plak. huhu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Hidup Di Kediaman Yang Hidup
untuk dulu bro…yang lain belakang kira…. huhuhu…
Saya pernah pakai kad kredit sekali sahaja dan memang agak membebankan. Masa nak guna kad, srettt aja, masa nak bayar memang liat. Setelah hutang kad langsai, saya tidak guna kad kredit lagi. Guna kad debit je. Kalau ada duit, bolehlah srett. Kalau takde, duduk diam-diam ja hehe.
Sama lah tu. Guna debit kad lagi best.
huhu den mmg cuba elakkan guna kad kredit ni
Terkini : Jom Kenali Cendawan Beracun
Curahan rasa suffer8zine @ ..Jom Kenali Cendawan Beracun
memang ada sejarah ngan kad kredit…
tapi masih dalam keadaan stabil lagi…
sekarang nie ngah bayar sikit-sikit…
ikut yang minimum payment tapi lebihkan sikit dari jumlah itu…
bila dah settle, nak potong terus….
Curahan rasa solomolo @ ..segmen bersama puanbeecom
Ada bank yg boleh covert ke pinjaman jadi intrest lagi rendah.
Setuju dengan awak tu.. Pengalaman ngeri saya bila sampai peringkat 4 kad kredit saya miliki yg jumlahlah lebih dari 10K jika digabungkan.. Seperti kata awak.. disangkakan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengahari..
Beberapa bulan yg lalu semua kad kredit saya mencapai limit.. yg mana tak boleh guna dah.. hanya kena bayar je..
Sampaikan satu hari tu salah satu kad saya disenarai hitamkan oleh pihak bank.
Apa yg malangnya pada hujung bulan time nak gaji akaun bank saya dibekukan.. dalam pada masa yg sama gaji masukkan keakaun tersebut..
Bila contact bank tanya kenapa saya punya duit tak boleh nak keluarkan dia kata akaun kena blok sebab ada kad kredit tak bayar.. so caranya adalah menolak semua gaji bulanan saya pada bulan itu dan tinggalkan RM1 dalam akaun baru akaun tu boleh aktif balik..
huhuhu berderu darah dengar.. dahlah Duit gaji tu hanya cukup untuk bayar keperluan lain dan sara hidup suami isteri selama sebulan.. tau-tau kena potong tinggal RM1… bayangkan betapa deritanya saya sebulan dengan Gaji RM1 sahaja.
Pengajaran kepada yg belum ada kad lagi.. jangan sesekali mencuba kad kredit ni jika korang jenis yg boros berbelanja.. sebab takut terperangkap diri sendiri..
Sampai sekarang saya masih lagi cuma melangsaikan satu persatu hutang kad kredit yang ada.. dan alhamdulilah hanya tinggal 3 sahaja kad yg belum habis bayar dan 1 kad dah dijelaskan sepenuhnya..
saya dah bertekad selepas habis semua hutang kad kredit saya tidak mahu lagi guna kad hutang ini..
Nilah pengalaman saya menggunakan kad hutang.. Surat lawyer, panggilan dari bank dan sebati dalam diri bila tiap2 bulan call minta bayar hutang..
Moralnya salah diri sendiri
Curahan rasa myvitrd @ ..Nak menipu pon agak-agaklah bro bikin panas lah ko ni
Sadis sungguh kisah ni aku tak lah sampai ke blok akaun bank dan gaji tu. Memang masa memohon lembut gigi dari lidah.
Memang pon lembut je datang opis offer kad kredit.. tapi bila lewat bayar mengalahkan along… sabor jelah
Pehh…dasat ar bro…gua ade 2 jugak kad kedit nih…tp takat ni boleh kontrol lagi..ingat nak tutup, tinggalkan satu jerr.
Kad kredit ni kene ada gak, mana tahu sok2 ada emergency….
Curahan rasa yas @ ..Satu hari nantiGambaran hidup manusia dimasa hadapan
kena berhati2 dgn terma2 pada kad kredit tu. byk hidden clause yg boleh memakan diri jika kita jenis liat membayarnya
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Sagemcom Sixty- Telefon Old School Yang Dimodenkan
kad kredit la hantu hahaha..walaupun ia wujud secara fizikal tetapi ia juga invisible…
Curahan rasa mijae @ ..Bila Riwayat Blogging itu Membesar Seperti Manusia
Aku sekarang tak pakai kad kredit sebabnya aku rasa diri aku ni akan cepat rabun mata bila pergi kat mana2 shopping kompleks. Macam-macam benda yang nak dibeli bila ada kad kredit dalam tangan. Sekarang ni aku dah tutup dah kad kredit aku tuh. Bayar tiap2 bulan jer untuk langsai hutang. Bank banyak kali call suruh settle semua hutang sekaligus. Dia ingat senang je ke nak settle semua hutang tu….padan muka aku….
Pengalaman aku dulu kalau boleh bayar langsai contohnya 3 kali payment boleh dapat diskaun banyak bro. Kalau boleh better bincang boleh jimat banyak.
klu kaya bleh la pki kad kredit .zz .
Curahan rasa xazryx @ ..Minggu Orientasi UBM Mari Berkenalan
bagi aku kad kredit ni memang untuk orang kaya memudahkan mereka berbelanja tanpa bawa tunai dan setiap bulan akan bayar melalui potongan terus akaun bank mereka atau bayar guna cek tanpa perlu nak fikir mana nak cari duit untuk bayar kad kredit tu seperti kebanyakan yang sedang berlaku sekarang.
nak pakai kad kredit tak salah. Tapi biar bijak berbelanja..
Aku sekarang hanya pakai 3 kad kredit daripada 5.
Maklum laa dah kena tax kerajaan. rm 50.. he he he..
yang dari3 ini pun nak cancel bagi jadi 2 je plak..
Soalnya berapa ramai pengguna kad kredit yg benar-benar bijak?? Majoriti kawan-kawan dah bertahun terbelenggu dengan beban hutang kad kredit ini sehingga menganggu kedamaian dan kerukunan rumahtangga.
note : aku sokong kerajaan kenakan charge RM50 tu.
org Malaysia ni even kdg2 tu nak bernikah pon nak kena berhutang. Kalau kerukunan rumahtangga tu dimulakan dgn hutang, mcm manalah rumahtangga tu nak bahagia..
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Hidup Di Kediaman Yang Hidup
Bukan kadang2 tetapi hampir semua penjawat awam bernikah dengan wang pinjaman kooperasi dan hutang tu berulang-ulang tak habis2 sampai ke anak cucu dan cicit. Tu lah akibat hantaran mahal sangat.
adat orang Melayu ni pon satu gak. yang patut dimahalkan tu maskahwin, tapi si mak-mak ni sibuk nak up kan hantaran. smo nak fikir pasal status. huhu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..10 Sebab Aku Suka Apartment Ini
saya akan cuba elak dari kredit kad..
masih muda dan ingin pergi jauh lagi..
Curahan rasa Jaws @ ..Tambahkan Trafik Secara Pasif Dengan ExitFire
kalau tujuan untuk bergaya dan memudahkan membayar kononnya baik tak payah ..iman kita ni lemah pasti terpesong dan akhirnya menanggung beban tak berkesudahan.
Aku juga sampai sekarang belum pernah punya credit card
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Aksi Melawan Perompak Somalia
Apalah guna hidup mewah bia terpaksa utang dimana-mana.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Yuri Gagarin
Apa ada kisah sebegini di Indonesia yg bisa di share dengan blogger Malaysia, Singapore n Brunei
Banyak kisah yang lain tentang kredit card di Indonesia bro..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Aksi Melawan Perompak Somalia
muka bang wan cam saleem la..
Curahan rasa shah @ ..Al Fatihah Untuk Bonda Ustaz Kazim Elias
hahahaha….ade ke pulak….
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..BREAST MOUNTAIN ATAUPUN GUNUNG BUAH DADA- KAMU TAHU KE HAHAHAHA!!
Comments are closed.