Pengalaman kena tipu jual biskut raya

Spread the love

Assalmualaikum dan Salam 1Dunia, kisah biskut Raya ni mengingatkan aku kisah 5 tahun lalu. Ketika itu aku baru nak belajar berniaga jadi aku dan adik aku cuba-cuba jual kuih raya. Sebulan sebelum puasa kami buat promosi habis-habisan. Alhamdulillah adik aku dapat order daripada kawan sekolah dia lebih kurang 1,000 balang cookies. Aku pulak dapat order daripada kawan baik aku seorang Chef di Nilai.

Kawan aku yang Chef ni rupanya dapat order daripada kawan dia yang kerja pramugara. Kami berjumpa beberapa kali untuk finalise kan order. Aku dapat order lebih kurang 500 balang cookies. Katanya biskut ni akan dihantar ke Kuching. Aku minta deposit 50%, Alhamdulillah dapat.

Semua urusan berjalan lancar. Kami sewa lori untuk angkut biskut ke Nilai. Aku dan adik aku sendiri yang turunkan 500 balang biskut ke dalam stor yang disediakan di Nilai sebelum dihantar ke Kuching. Berpeluhlah ketiak nak memunggah semuanya, member Chef dan kawannya duduk kat tepi tengok je. Setelah beberapa jam semua selesai dan aku serahkan 500 balang biskut kepada pembeli dalam keadaan yang sempurna dan teratur.

Seminggu lepas raya aku dapat berita sedih daripada member Chef aku. Katanya kawan dia tu tak nak bayar baki 50% kerana kuih yang dikirimkan ke Kuching semuanya hancur. Aku cakap pada kawan Chef aku ITU TAK ADIL sebab tugas aku hantar sampai Nilai dah selesai dan sempurna tak ada kerosakan.  Proses penghantaran ke Kuching diluar perbincangan. Aku minta kawan Chef aku bayar sebab bisnis ni antara aku dengan dia tapi DIA tak ada duit. Setelah 5 tahun aku masih tak dapat lagi baki bayaran 50%.

Nak jadi lagi sedih kawan adik aku yang order 1000 balang biskut cancel order 3 hari sebelum raya, dah la tu adik aku tak minta seRinggit pun deposit sebab terlalu percaya kat kawan dia. Maka penuhlah biskut kat rumah, kami cuba jual malam raya tapi tak habis juga. Lepas raya toke yang buat kuih minta duit tapi adik aku tak dapat bagi. Dia ugut nak colek anak adik aku kalau tak bayar. Kisah sedih ni berpanjangan untuk beberapa bulan sehingga report mereport polis.

Banyak sungguh kami adik beradik belajar daripada pengalaman ini. Inikah nasib berniaga dengan orang Melayu kot!!!


Spread the love

15 Comments

  1. Ni la sikap orang kita ni. Pandai main belakang. Cakap jer lebih. Pakcik saya pun ada juga pengalaman macam ni. Rugi lebih 20k akibat saudaranya sendiri.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!