Kad Kredit pemusnah hidup berpanjangan

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama aku simpan kisah yang boleh memberi pengajaran ini. Ketika mula menempoh alam pekerjaan aku mempunyai nafsu besar untuk menjadi orang berjaya seperti sipolan sipolan yang memandu kereta bagus dengan hidup yang bergaya. Harapkan gaji memang tak cukup jadi salah satu cara mesti cari duit lebih. Nak kerja part time memang tak sempat jadi jalan terbaik adalah berjinak-jnak dengan pelaburan di Bursa Saham (BSKL). Modal tak ada jadi aku ambil keputusan memohon kad kredit untuk dijadikan modal. Sebagai Pegawai Kerajaan muda ketika itu memang senang sangat nak dapat kad kredit. Bila dah ada satu nak dapat kad kredit kedua, tiga dan empat lagi mudah.

Gambar Kad Kredit dari Pak Google

Aku manusia biasa bila dah ada kemudahan kad kredit lain pulak jadinya, nafsu kuat maka duit sebahagian digunakan untuk modal pelaburan dan lebihnya belanja keperluan lain. Sinar yang diharap sampai kepetang rupanya hujan di tengahari. Aku mula dibebani hutang kad kredit dan akhirnya satu demi satu akaun ditutup yang tinggal hanya beban hutang yang perlu dijelaskan setiap bulan. Surat bank, lawyer dan mahkamah sudah menjadi habuan setiap bulan. Memang berserabut kepala tapi aku tidak pernah lari dan sentiasa berbincang dengan pihak bank untuk menyelesaikan masalah bebanan hutang kad kredit. Dengan kesuntukan sumber kewangan apa yang aku buat selalunya aku bayar kad pertama dan ke dua Β dan tinggalkan kad ke tiga dan ke empat. Apabila kad ke tiga dan ke empat bagi surat warning aku bayar kad tersebut dan tinggalkan kad pertama dan ke dua. Begitulah diulang-ulang hampir 5 tahun sehingga akhirnya aku dapat melangsaikan keseluruhan beban hutang kad kredit tanpa pernah termasuk dalam senarai MUFLIS.

Aku memang sokong apabila Bank Negara mengetatkan syarat kelayakan untuk mendapat kad kredit dimana pemegang kad kredit mesti berpendapatan lebih RM24,000 setahun, hanya boleh mempunyai 2 kad kredit dan had maksimum kredit tidak boleh lebih 2 bulan gaji. Ramai eksukutif muda nak bergaya tetapi akhirnya kad kredit memusnahkan hidup apabila terperangkap dengan beban hutang berpanjangan dan akhirnya boleh mendorong kepada gejala rasuah seperti beberapa pegawai muda Imigresen yang ditangkap rasuh. Berapa ramai pulak sekarang eksukutif muda yang telah mendapat status muflis hanya kerana mereka lari dari beban hutang kad kredit.

Aku sekarang memang bebas dari kad kredit dan aku syorkan kepada semua tak perlulah pegang kad kredit. Kad kredit ini sebenarnya fasiliti untuk orang kaya bagi memudahkan mereka membayar dimana sahaja tanpa perlu membawa wang tunai. Bagi orang kurang berada kad kredit hanyalah jerat yang akan memakan tuan. Bank ni manis mulut masa kita memohon tetapi kalau tak bayar akan dikejar sampai lubang cacing. Tak percaya?? Kepada teman-teman yang ada pengalaman kongsilah untuk dijadikan pengajaran kita bersama.

note: sebab aku menulis entri ini iaitu berkongsi kisah untuk dijadi tauladan.

106 Comments

  1. salam tuan,
    terima kasih kerana mengingatkan…..saya pun hampir terjebak kearah itu, hopefully dapat mengatasinya dengan segera…kepada saudara yg lain….hati-hati ngan kad plastik tu..hehehe

  2. Kak Long memang ada satu kad sebab Kak Long masih perlukan kad kredit untuk auto insuran dan petrol. Bimbang terlupa bayar insuran, terutama medical card.
    Dulu, kalau melancong, biasa juga guna kad kredit, seronok betul, rupanya dah terlebih budget. Bila balik Malaysia, barulah rasa sakit nak bayar.
    Sekarang Kak Long pastikan bayar habis supaya tak ada langsung interest, sampai kadang-kala terlebih bayar pulak. Memang selalu bank telefon pujuk tambah kad, tapi memang tak nak cari nahas, takut lupa diri.
    Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Baru selesai &amp kejutan pantun MazaMy Profile

    1. kaklong orang loaded….tak apalah pakai kredit kad…. kalau orang yang masih baru lagi dapat kerja dah nak bersikap macam dah bertahun2 kerja… memang cari pasal la tu…

  3. kawan2 saya, umur 20-23 taun dah pakai kad kredit masa duduk belajar sini. tp, dia pandai guna takpe la. kalau tak berpada-pada mmg habis pening parent yg membayor hahaha

  4. tak salah kalau nak pakai kad kredit tapi berpada2 la…memang sedap boleh swap sana swap sini, bila hutang dah banyak sendiri mau ingat la

    1. betol! aku pes time nak eksyen bayar pakai kad masa kat body shop. tp aku pakai atm kad je. atm kad aku tak tukar ke debit card ke apa pn. duk pakai kad yg sama sejak 5 taun lepas wakakakak :p

  5. Dah taakde kad kredit.. sebelum ni pun cam kena paksa ngan baank. yg menarik tak pernah paakai walau sesen pun. cuma skg pakai debit card je.. takde duit taak boleh belanjaa

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!