Melayu Takut jadi Usahawan..kenapa?

Spread the love

Cara Nabi berniaga :

Mengikut riwayat Nabi menjual barang-barang baginda tidak seperti cara yang diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan cara meletakkan harga setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Nabi juga mengambil sikap menjual modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barangan itu.

Berniaga dan menjadi Usahawan adalah salah satu SUNAH Nabi. Daripada pengalaman ramai kawan-kawan yang ingin jadi Usahawan tapi tidak berani. Pekara yang paling di takuti ialah takut RUGI, takut GAGAL, takut BENGKRAP dan beribu lagi alasan.

Jika kita membaca biografi usahawan-usahawan yang berjaya, kesemua mereka telah melalui kegagalan. KEGAGALAN adalah package untuk menjadi usahawan yang BERJAYA. Jadi jangan takut untuk GAGAL. Dan jangan fikir buat satu bisnis terus je berjaya. Kebiasanya Usahawan yang berjaya itu telah mencuba pelbagai bisnis sebelum mereka meraih kejayaan. Kita tidak akan merasa serasi dengan sesuatu bisinis sebelum kita mencuba perniagaan tersebut.

usahawan IKS tempatan

Cara yang paling bagus sebelum kita memilih sesuatu perniagaan adalah buat solat Isthikarah. Setelah berusaha bersungguh sekiranya BERJAYA Alhamdulillah tetapi sekiranya GAGAL pasti ada hikmah yang baik dari ALLAH swt. Jangan lupa amalkan solat dhuha setiap hari kerana solat dhuha itu adalah kunci rezeki. Berniagalah mengikut sunah Nabi dan jangan sesekali menipu timbang.

JANGANlah kita berputus asa jika baru 3-4 kali gagal berniaga samada perniagaan offline atau online dan JANGAN sesekali menyalahkan orang lain bila kita GAGAL…REDHA ada ilmu yang ALLAH beri dari kegagalan kita dan mungkin juga ALLAH hendak bersihkan harta kita untuk kebaikan dunia dan akhirat. Kejayan tidak akan datang sekelip mata.

Firman ALLAH sw surah Fudhilat ayat 49 yang ertinya :

Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.


Spread the love

91 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!