Dinar Iraq
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teman-teman pernah dengar Dinar Iraq ke? Ketika Amerika menjajah Iraq perkara pertama yang dibuat adalah menghapuskan Dinar Iraq Sadam Hussin dan digantikan dengan Dinar Iraq berkeselamatan tinggi. Pecahan Dinar Iraq baru adalah 25k, 10k, 5k, 1k, 500, 250 dan 50. Nilai Dinar Iraq sebelum dijajah oleh Amerika ada USD1 = 3.23 Iraq Dinar. Nilai sekarang adalah USD1 = 1168 Iraq Dinar.
Mengikut pakar analisa matawang Dinar Iraq akan melonjak naik kepada nilai asal setelah sekatan ekonomi ditarik balik dan Dinar Iraq diapungkan di pasaran wang dunia. Fakta ini diperkukuhkan dengan simpanan Dinar Iraq di Amerika yang melebihi 1trillion dan di samping itu Israel juga mengalakkan rakyatnya menyimpan Dinar Iraq.

Angin bertiup kencang dalam pasaran matawang dunia bahawa Dinar Iraq akan diapungkan di pasaran matawang dalam masa terdekat. Berdasar pengalaman aku Dinar Iraq boleh diterima di Money Changer diseluruh Arab Saudi dan beberapa Money Changer di Batam, Indonesia. Di Arab Saudi 1juta Dinar Iraq = Riyal3450. Semalam aku dapat SMS dari seorang teman yang katanya sudah ada Money Changer di Kuala Lumpur juga sudah mula menerima Dinar Iraq.
Mengikut analisa yang aku baca Dinar Iraq akan dinilai semula USD1 = 0.85 – 2.85 Iraq Dinar. Kalau betul berita ini pasti teman-teman yang sudah simpan Dinar Iraq lebih 4 tahun akan tersenyum lebar terutama aku lah. Tak sia-sia aku menunggu lebih dari 4 tahun menyimpan Dinar Iraq ni. Kalau USD1=0.85 Iraq Dinar pun aku dah syukur sangat.
Banyak lagi informasi Dinar Iraq di link “Dinar Iraq Suatu Penipuan?”.
