Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah sesat mencari tempat menggunakan Waze dan Google Maps.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini, team Denaihati Network telah ke Majlis Pelancaran Karnival Minda yang diadakan di Kuching Waterfront. Pelancaran yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib telah berjalan dengan meriah dan karnival di hadiri oleh ramai penduduk sekitar.
Program #YouCanDuit MDeC
Selesai pelancaran MINDA, Dato Seri Najib telah ke tapak pameran Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk bersama-sama mendengar dan melihat mengenai program #YouCanDuit yang telah diwujudkan sejak jun 2015. Program ini terbahagi kepada dua program iaitu eRezeki dan juga eUsahawan.
Beberapa peserta yang telah berjaya menjana ribuan ringgit sebulan melalui program #YouCanDuit ini telah hadir untuk menerima hadiah kerana telah mengungguli kategori cabaran yang telah disediakan.
Program eUsahawan MDeC
Program eUsahawan yang telah diwujudkan lebih 6 bulan yang lalu ini, telah berjaya membantu begitu ramai usahawan baru yang boleh berjual beli dengan menggunakan platform online. Program bimbingan keusahawanan ini memberikan pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk menjalankan perniagaan online dengan teratur.
Klik untuk mengetahu Rahsia menambah rezeki ketika ekonomi merudum
Setakat ini, lebih 4000 peserta telah menyertai program ini dan jumlah transaksi pendapatan yang telah terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM5 juta.
Program eUsahawan ini dijalankan dengan kerjasama institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) di seluruh Malaysia. Inisiatif MDeC untuk menjadikan program ini sebagai latihan mikro ekonomi bagi membolehkan para pelajar dan belia untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih teratur dan dibimbing dengan baik.
Salah seorang daripada peserta eUsahawan ini; Wani menyatakan
“saya hanya menguruskan perniagaan saya dari jam 5.00petang hingga 8.00 malam, iaitu sekitar 3 jam sehari, dan sehingga harini, purata pendapatan sebulan saya adalah sekitar RM3000 sebulan“
Ini merupakan peluang yang baik kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk menjana pendapatan dengan perniagaan online melalui program eUsahawan ini. Pihak Denaihati Network sempat menebual semua peserta yang telah berjaya ini, kami akan kongsikan kisah kejayaan mereka dalam artikel yang berlainan.
Program eRezeki MDeC
Selain itu, terdapat satu lagi program yang diberi nama eRezeki di bawah kempen #YouCanDuit oleh pihak MDeC. Program eRezeki ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet untuk berdaftar dan menjana pendapatan melalui pelbagai tugasan yang disediakan oleh platform eRezek ini.
Setakat ini, eRezeki telah mempunyai lebih 15,000 peserta dari seluruh negara dan menjana pendapatan sambilan keseluruhan sehingga RM12 Juta. Tugasan-tugasan dan latihan bagaimana untuk melakukan tugasan tersebut disediakan melalui platform eRezeki ini.
Bahkan terdapat peserta-peserta yang telah berumur tetapi masih mampu untuk menjalankan program eRezeki ini dari rumah. Pendapatan tambahan dari ratusan ringgit hingga ribuan ringgit dapat diperolehi hanya dengan melakukan tugasan dalam eRezeki ini secara sambilan.
Sekiranya anda berminat untuk menambah pendapatan sampingan, bolehlah mendaftar di Portal eRezeki »
Merakyatkan Ekonomi Digital
Tujuan utama kempen #YouCanDuit melalui program eUsahawan dan eRezeki ini adalah untuk merakyatkan ekonomi digital. Bermaksud, semua rakyat mampu dan boleh untuk menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi peribadi menggunakan platform digital ini.
Dalam dunia teknologi ini, peluang untuk menambah pendapatan melalui platform digital amatlah luas, sekiranya kita tidak mengambil peluang ini, kita telah kerugian satu peluang yang sangat bernilai.
Tahniah diucapkan kepada pihak Malaysian Development Corporation (MDeC) kerana mengusahakan program yang akan memberi manfaat kepada ramai rakyat di Malaysia seperti mereka ini.
- Esther Buat Duit dengan High Income Accelerator di eRezeki
- Adeline gadis dari sabah menambah pendapatan dalam bidang grafik program eRezeki
- Nurul Azliani Catat 60% Peningkatan Pendapatan dengan eUsahawan
- Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
- Jualan Bantal Kekabu Meningkat 5 kali ganda selepas sertai Program eUsahawan
- Graduan UNIMAS Jana Pendapatan USD daripada Program eRezeki
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
202 Comments
Hello,
Boleh kah saya tahu apa beza e-usahawan dan e-Rezeki?
Program ini untuk orang w-emas…boleh kah?
terima kasih
mike
erezeki terbuka untuk semua . sila kunjungi pusat erezeki terdekat.
layari erezeki.my
Saya ingin menjana lebih pendapatan. Dimana saya ingin menceburi bidang usahawan “bakery” minat mendalam untuk jualan roti & pastry. Saya perlukan sedikit modal untuk mengembangkan perniagaan saya. Tidak ramai yang menghasilkan roti halal.
Assalamualaikum,
Youcandoit….Saya tak faham, apa yang saya tahu, ianya satu program Keusahawanan.
Untuk makluman, memang saya teringin dan berminat untuk menambahkan pendapatan sampingan di dalam keadaan ekonomi sekarang nie. Tapi saya tidak tahu bagaimana caranya, walaupun ada usaha yg saya lakukan, kesemuanya memerlukan ” MODAL” . Saya buntu…
Inginkan bantuan dan tunjuk ajar… Terima Kasih
Ikhlas dari
Insan ingin belajar
saya dah daftar eusahawan. apa langkah seterusnya? boleh bagi tunjuk ajar?
email : [email protected]
My name is sathia.I want to be successful businessman can you please guide me. My number is 0126820050.
Mcm mana nk jadi usahawan ,saya dah register xpi tahu langkah seterusnya.
0103723960
Saya teringin nak jadi usahawan berjaya tapi tak pandai nak mula dari mana. Boleh bagi tunjuk ajar?
01116941068
saya teringin sangat nak jd usahawan macam yang saya selalu tgk dalam tv..tp saya xtahu macam mana caranya saya nak peroleh kejayaan itu…
#0102395258
pm me shahrul 0102326247 saya berminat untuk jadi usahawan part time
Assalamualaikum sy da daftar eusahawan ni & sy da klik link kt atas masih jumpe utk mendaftar sje. Jd bagaimana nk cari langkah seterusnya dlm program ni selepas kite mendaftar ??
0122087274
Assalamualaikum…
Saya sudah bekerja ..tp nak cari partime melalui eusahawan..bagaimana caranya
Saiful
0197370899
Assalamualaikum sy da daftar eusahawan ni & sy da klik link kt atas masih jumpe utk mendaftar sje. Jd bagaimana nk cari langkah seterusnya dlm program ni selepas kite mendaftar ??
Contact no. 0176021082wssp
Email : [email protected]
Saya ingin menambah pendapatan,bagaimana caranya untuk menyertai program ni.
Comments are closed.