Asalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai rasanya belum tahu tentang Jam Tawaf atau Jam Anticlockwise . Jam tawaf ni jarum dia bergerak ikut pusingan tawaf . Aku kenal dengan jam tawaf lebih 10 tahun dahulu ketika belajar ilmu aura dengan sifu Prof Dr. Norhisham Wahab. Ketika itu harga jam tawaf memang mahal lebih daripada seribu ringgit untuk seutas jam tangan tawaf. Aku pernah menulis entri khas beberapa tahun dulu bertajuk “Cara Isteri Kacau Air Minuman Boleh Mengubah Dunia“.
Ketika di Masjid Nabawi pada tahun 2011 aku berkenalan dengan seorang jemaah daripada Palestine. Dia sangat berminat dengan jam tawaf tetapi sangat sukar untuk memperolehi. Katanya sebagai umat Islam menjadi kewajiban untuk kita mengeluarkan jam tawaf sebagai jam Islam dan tidak menggunakan jam tangan ciptaan barat. Semangat ini telah mendorong aku mencari pengilang yang boleh mengeluarkan jam tangan tawaf dengan harga yang murah.
Jam tawaf sudah lama digunakan oleh umat Islam lebih daripada 1200 tahun. Selepas dunia mula dimodenkan oleh kuasa barat secara perlahan-lahan sejarah putih ni telah dihitamkan dan semakin ramai manusia memakai jam anti-tawaf seperti hari ni. Yahudi pun menggunakan jam tawaf sebab mereka tahu kehebatan dan keistimewaan jam tawaf ni, tapi mereka pesongkan masyarakat Islam dengan jam anti-tawaf .
Antara bukti nyata tentang kewujudan dan penggunaan jam tawaf dalam masyarakat yahudi adalah kewujudan sebuah jam besar yang digelar sebagai JEWISH TOWN HALL CLOCK di Prague, Republik Czech. Aku sempat melihat jam tawaf di Prague ketika Kembara Europe pada tahun 2012. Memang bijak orang yahudi ini, selama ni kita dibiasakan menggunakan jam anti-tawaf sedangkan dalam masa yang sama mereka menggunakan jam tawaf .
Banyak fakta berkenaan pusingan tawaf telah dimanipulasi dan kebenaran terus dinafikan oleh media-media yang pada hari ni secara terang-terangan dikuasai oleh masyarakat yahudi. Hakikatnya alam semesta ini dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar sesuatu di angkasa lepas semuanya bergerak ikut pusingan tawaf yang merupakan hukum fitrah alam. Galaksi, planet, bulan, bumi berputar pada paksinya dalam kedudukan arah tawaf. Peredaran darah, proton, elektron atau apa saja di dalam tubuh manusia juga mengikut arah tawaf.
Hari ini umat Islam sendiri terasa sangat pelik bila tengok kita memakai jam tawaf kerana sudah lama minda kita telah terpesong dan terbiasa dengan memakai jam anti-tawaf. Sampai bila kita rela ditipu dan pakai jam biasa yang jelas bertentangan dengan fitrah alam yang diciptakan oleh Allah iaitu mengikut arah pusingan tawaf?
Jom kita semua pakai Jam Tawaf Magnetik Denaihati untuk kembalikan kepada fitrah alam ciptaan ALLAH.
102 Comments
Masih ramai yg belum tahu kewujudan jam tawaf ni. Harap lepas blog femes denaihati jual, lebih ramai yg tahu dan nak pkai jam tawaf
Curahan rasa nikkhazami @ ..NIKKHAZAMI.COM
teringin nak ada satu.
tambah koleksi jam terbalik ni.
hobi terbaru setakat ni. haha
Curahan rasa ohcikgu @ ..88 Senarai Kit Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2015
fuh….. terbaek ni DH.
tahniah seribu kali ye! tumpang bangga…
ps: DH buatla giveaway jam tawaf ni… takmo contest… hihi :p aci tak
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Tingkatkan skil memasak di LetsMasak.com, peluang menang iPhone 6
Tahniah tuan atas pengeluaran jam tawaf jenama sendiri. Semoga usaha ini diberkati Allah hendaknya. Amin,
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Kebaikan Nano Centa
kalau saya nak order jam tawaf ni boleh?
Saya berminat pula
uncle pun dah ada satu, anda yang lain bila lagi?
yang seronoknya bila ada jam ni kan, ramai kawan kawan akan tertanya tanya “ehh jam ko tu macam salah je pusingnya” 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Uncle Kesayangan Dah Kembali
Dengar cerita jam tawaf ni dapat sambutan menggalakkan. Tahniah denaihati.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Menang iPhone 5s dari Denaihati
Alhamdulillah rezeki dari ALLAH sebagai satu sumbangan kepada produk muslim di dunia ni. Dah order ke?
Curahan rasa denaihati @ ..Adakah orang Malaysia pengecut
wah tahniah atas keluarnya produk ni. teringin juga nak belikan untuk anak sulung
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Bersalin di Hospital Kerajaan Atau Swasta?
Tn. Denaihati, hebat dan kagum sangat. Tahniah sebab Jam Tawaf Jenama Denaihati dah berada di pasaran. Tumpang bangga.
Mula-mula saya ingat jam tawaf ni untuk orang pergi Mekah, rupa-rupanya sebab putaran jarum dia lawan arah jam. Ada juga baca pasal buat apa-apa ikut lawan jam. Sampaikan nak kacau masakan pun, dah lawan arah jam sekarang 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Kenapa Kolestrol Jahat Sangat Digeruni Ramai?
Terlihat jam tawaf Denaihati ini begitu menarik, terlebih jika bisa memakainya.
Kehadiran jam tawaf Denaihati ini pun sudah mulai booming di sosmed. Tahniah buat Denaihati Network yang sudah berjaya mengeluarkan jam tawaf jenama Denaihati.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Alasan Blogger Harus Memiliki Blog Mobile-Friendly
bersama-samalah kita pasarkan barangan Islam.Semoga mendapat sambutan dan selamat maju jaya
Curahan rasa NOREHAN SAAD @ ..ANAK SEMBELIT TERUK SAMPAI KENA SELUK TANGAN NAK KOREK NAJIS
Pernah lihat jam tawaf semasa majlis oenyampian hadiah contest iphone 5s di tasek Perdana putrajaya hari tu. Cuma belum petnah memakainya lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jurulatih ATM B.Sathianathan Direhatkan Serta-Merta
Itulah yang Yahudi mahukan, ia mahu terbalikkan apa saja yakni memesongkan apa saja yang berkaitan dengan memesong semua fitrah alam. Adakah ia tahu bila ditetbalikkan, maka kiamat semakin hampir.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jurulatih ATM B.Sathianathan Direhatkan Serta-Merta
Mula-mula pakai jam nih mau kekok rasanya nih.. terbalik ler pulak nak membacanya…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online
Yalah..,,, pertama kali lihat memang kekok, kita dah terbiasa dgn jam anti tawaf. Moga lepas ini ramai yang akan beli dengan Denaihati, jam tawaf ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jurulatih ATM B.Sathianathan Direhatkan Serta-Merta
.Assalamualaikum. mgkin tuan boleh buat link affiliate atau buka pasaran utk agen..
Comments are closed.