Rahsia Masjid Nabawi Madinah

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama nak menulis entri rahsia Masjid Nabawi tetapi baru kali ini berkesempatan. Siapa yang tidak jatuh cinta setelah kali pertama menjejak kaki di Masjid Nabawi menziarahi Rasulullah SAW. Pasti berderai air mata apabila berdoa di Raudah terasa dekat sangat dengan Baginda Nabi SAW.

Berdoa di Raudah sambil bercerita kepada Rasulullah SAW apa yang telah kita buat untuk agama sebelum datang ke Madinah dan apa azam kita hendak lakukan untuk agama sekembali kita ke tanah air.

gambar masjid nabawi

Setelah menziarahi Rasulullah SAW dan berdoa di Raudah jemaah juga akan menziarahi perkuburan Al Baqi’ yang biasanya dibuka di awal pagi selepas suboh. Menziarahi makam para sahabat dan keluarga Rasulullah SAW menghadiahkan Al Fatihah. Kemudian jemaah akan melawat berbagai lokasi sejarah disekitar Kota Madinah mengambil berkat Tanah Haram dan menginsafi perjuangan para sahabat berjuang untuk agama terutama di Jabal Ruma tempat para syuhada perang Uhud.

Ramai jemaah terutama dari Malaysia yang tidak mengetahui rahsia di Masjid Nabawi ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati. Berikut antara beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati oleh jemaah. Bukanlah rahsia sebab ramai jemaah dari negara lain yang sentiasa datang dan pergi melawat tempat-tempat ini. Mutawif Malaysia tidak bawa jemaah melawat ke sini mungkin sebab mereka pun tak tahu.

Tiang Uthman Affan

Terletak di tengah-tengah Masjid Nabawi dalam terdapat Muzium Al Quran dan Perpustakaan Kitab Khusus.

Tiang Uthman Affan masjid nabawi

pintu ke muzium al quran masjid nabawi

Muzium Al Quran

Di tingkat tiga tiang Uthman Affan terdapat Muzium Al Quran yang terkumpul Al Quran tulisan tanggan dan berbagai Al Quran sejak zaman Saidina Uthman Affan.

muzium Al Quran masjid nabawi

Al Quran tulis tangan Saidina Uthman Affan
Al Quran Saidina Uthman Affan yang asli berada di Muzium Topkapi Turki

quran asli tulisan tangan masjid nabawi

replika al quran tulisan tangan

peta madinah

Perpustakaan Kitab Khusus

Di tingkat dua tiang Uthman Affan terdapat perpustakaan menyimpan kitab-kitab yang khusus hanya dua atau tiga salinan sahaja di dunia. Kitab-kitab ini tidak boleh di bawa keluar. Kita boleh baca di dalam.

perpustakaan kitab asli masjid nabawi

gedung buku Masjid Nabawi

Bilik Al Quran

Terletak di lantai bawah sebelah kanan apabila kita masuk dari pintu utama Masjid Nabawi. Masjid atau organisasi boleh bawa surat dengan cop rasmi untuk meminta Al Quran waqaf untuk masjid dan surau mereka. Al Quran ini adalah Al Quran hadiah dari jemaah yang bukan Al Quran rasmi yang dikutib kembali oleh pertugas Masjid Nabawi.

bilik al quran masjid nabawi

Bilik Audio

Jemaah boleh meninggalkan pen drive untuk merakamkan beribu rakaman ceramah dan bacaan imam Masjid Nabawi. Biasanya salinan rakaman boleh diambil dalam tempoh 2 hari.

bili audio masjid nabawi

Perpustakaan Umum

Ramai pelajar dan jemaah yang bertandang ke perpustakaan umum Masjid Nabawi yang terletak ditingkat atas sebelah kanan. Kena masuk dari pintu luar.

perpustakaan rujukan masjid nabawi

perpustakaan umum masjid nabawi

Muzium Sejarah Rasulullah SAW di Madinah

Terletak diluar pagar Masjid Nabawi bertentangan dengan pintu keluar perpustakaan umum Masjid Nabawi. Menceritakan kisah penghijrahan Nabi SAW, Kisah peperangan sepanjang Nabi di Madinah dan kisah keluarga Baginda Nabi SAW.

muzium madinah masjid nabawi

pameran muzium madinah

gambar kota lama madinah

muziam sejarah madinah masjid nabawi

Muzium pameran Nama-nama ALLAH

Muzium Nama-nama ALLAH ini memang best sebab berbagai paparan dipamerkan seperti 99 nama-nama ALLAH dan penjelasannya, video-video kejadian alam yang dikaitan dengan nama ALLAH dan macam-macam lagi. Memang rugi kalau tak pergi sendiri. Di akhirnya jemaah boleh beli poster dan CD nama-nama ALLAH.

muzium nama-nama ALLAH masjid nabawi

nama-nama ALLAH masjid nabawi

gambar muzium nama-nama ALLAH

dalam muzium nama-nama ALLAH masjid nabawi

Kepada yang sudah ke Madinah pernahkah anda menjejaki gedung penuh ilmu ini? Ada banyak lagi rahsia Masjid Nabawi yang masih tersembunyi dan beruntung kepada jemaah yang dapat mutawwif yang mahir selok-belok sejarah Masjid Nabawi.

Amir Denaihati
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

84 Comments

  1. Assalammualaikum.tumpang tanya muslimat boleh masuk ke ke semua tmpat di atas?sbb kalo di raudhah pn muslimat hnya dpt masuk luar shja xblh masuk ke raudhah.

    1. Muslimat xleh masuk Raudhah? Bolehlaa.. Cuma ada waktu tertentu je. Jadual Muslimat ialah selepas Subuh hingga sebelum Zuhur & waktu lepas Isya’

  2. Bayangkan kita berada bersama-sama Rasulullah yg dikasihi. Allah berselawat ke atasnya. Bersolat di Raudah memberikan keinsafan di mana tahap iman kita dibandingkan dengan para sahabat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!