Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hujung bulan Mac yang lalu, Team DH telah dijemput untuk bersama-sama menonton perlumbaan Formula 1 di Litar F1 Sepang. Program yang telah dianjurkan oleh Exness sebagai penaja bersama dengan Red Bull memberikan pengalaman yang menarik.
Pada hari pertama program, iaitu hari Jumaat, pihak Exness telah menguruskan satu lawatan ke ruangan Paddock Litar Sepang untuk beramah mesra dengan pemandu team Red Bull Infiniti. Program yang diadakan pada petang hari itu dianjurkan oleh pihak Exness untuk meraikan rakan-rakan niaga mereka yang turut di bawa khas untuk menikmati perlumbaan Formula 1 yang menarik itu.
Exness merupakan syarikat broker pengurusan tukaran wang asing yang berasal dari Rusia dan kini ibu pejabat mereka ditempatkan di Cyprus. Exness ditubuhkan pada tahun 2008 dan telah berkembang pesat dalam bidang ini dengan mempunyai pelanggan di pelbagai negara. Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang mereka mempunyai pelabur-pelabur yang aktif.
Pada hari kedua program, kami di bawa untuk melihat sesi kelayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix. Melihat secara dekat pusingan kelayakan Formula 1 yang diadakan merupakan pengalaman yang menarik. Ini merupakan pertama kali melihat sendiri proses pusingan kelayakan dibuat. Walaupun pusingan kelayakan itu terpaksa dihentikan separuh jalan disebabkan hujan lebat, namun ianya tidak mengecewakan.
Ada yang menyatakan, sejak enjin yang digunakan untuk perlumbaan Formula 1 ini ditukar, bunyinya sudah tidak terlalu bising. Ini perkara yang tidak dapat dibandingkan, sebab baru pertama kali melihat secara dekat. Kami ditempatkan di Grandstand bahagian utara, tempat duduk yang cukup strategik untuk melihat kereta-kereta F1 mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi.
Pada malam hari kedua, satu jamuan makan malam telah diadakan untuk tetamu-tetamu Exness termasuk blogger dari malaysia, thailand dan indonesia. Jamuan yang diadakan di G-Tower Kuala Lumpur itu telah diadakan dengan meriah demi memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada para tetamu oleh Exness.
Hari ketiga atau hari kemuncak di mana perlumbaan akan diadakan adalah hari yang dinanti-nantikan. Seawal jam 11 pagi kami telah menjejakkan kaki di Litar Formula 1 Sepang. Cuaca yang panas tidak menghalang untuk kami menikmati semua aktiviti yang diadakan.
Terdapat ramai peminat-peminat perlumbaan Formula 1 yang menghadirkan diri untuk menyaksikan perlumbaan dan aksi pasukan pilihan mereka. Terdapat banyak booth-booth yang menjual pelbagai pakaian dan peralatan berkaitan dengan Formula 1. Antara yang menarik perhatian adalah team Redbull yang mempunyai rekaan pakaian yang menarik.
Kami juga tidak ketinggalan mengenakan tshirt polo dan topi khas team redbull infiniti yang ditaja oleh pihak Exness.
Pertama kali mengunjungi Litar F1 Sepang, ternyata kemudahan tandas dan surau adalah cukup disediakan oleh pihak pengurusan litar. Pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa makanan atau minuman dari luar, sekiranya kelihatan dipegang di tangan, pihak urusetia yang menjaga pintu masuk ke kawasan Grand Stand akan meminta untuk kita buang atau habiskan minuman atau makanan tersebut.
Dalam ruangan Grand Stand, terdapat banyak gerai-gerai dan booth-booth yang menjual pelbagai perkara, antaranya makanan, minuman, bluetooth headset untuk mendengar ulasan secara langsung dan beberapa lagi perkara lain.
Cuaca yang panas memerlukan pengambilan air kosong yang secukupnya, nasib baik pihak Exness telah sedia maklum dengan perkara ini. Mereka menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya sepanjang 3 hari program berlangsung.
Sementara menanti perlumbaan sebenar, ada beberapa perlumbaan sampingan yang diadakan. Menarik juga melihat kereta lain berlumba, walaupun yang pasti lebih menggembirakan adalah melihat perlumbaan sebenar.
Perlumbaan Formula 1 Sepang
Sekitar jam 2 petang, kelihatan gadis-gadis litar, tentera dan beberapa lagi pihak bersiap sedia untuk perlumbaan. Gadis-gadis litar yang berpakaian kebaya warna petronas berbaris dengan membawa bendera-bendera negara pemandu Formula 1. Mereka berarak keluar dari kawasan pit menuju ke kawasan grid di atas litar. Dalam keadaan cuaca yang panas, ianya bukanlah tugas yang mudah sebenarnya.
Sesudah para gadis litar berada di kawasan grid, semua team Formula 1 kelihatan mula keluar membaca peralatan seperti tayar dan beberapa perkakasan lain ke kawasan grid. Mereka semua berpakaian lengkap mengikut team masing-masing. Terdapat beberapa set tayar yang dibawa ke kawasan grid.
Setelah semua bersedia, barulah para pemandu membawa kereta mereka ke atas litar sebelum ditolak oleh krew-krew yang terlibat ke kedudukan grid permulaan masing-masing. Proses keseluruhan mengambil masa hampir satu jam sebelum mereka memulakan perlumbaan.
Melihat persiapan setiap team dari dekat, memberikan pemahaman dan pengalaman yang berbeza jika dibandingkan semasa menonton melalui televisyen. Terima kasih Exness kerana menjemput kami untuk merasai dan melihat sendiri dari dekat perlumbaan yang berprestig ini.
Perlumbaan kali ini memang menarik, terdapat beberapa insiden yang menyebabkan kebanyakan kereta terpaksa masuk ke kawasan pit sebelum meneruskan semula perlumbaan. Disebabkan cuaca yang sangat panas, ada beberapa team yang terpaksa menukar tayar kepada yang lebih sesuai.
Sesi kejar mengejar yang berlaku, semuanya adalah menyeronokkan dan menggemparkan. Team Redbull Infiniti yang terdiri daripada pemandu-pemandu muda tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak menaiki podium, mereka menunjukkan prestasi yang baik dan dengan pengalaman yang lebih banyak, pasti akan memberi saingan yang lebih hebat.
Pada penghujung perlumbaan, kelihatan ramai penonton yang berdiri. Pada mulanya kami ingat mereka sekadar berdiri untuk menyokong pelumba yang memenangi perlumbaan pada hari tersebut. Namun aktiviti selepas semua kereta masuk ke kawasan pit sangat mengejutkan.
Ramai yang telah memanjat penghadang grand stand dan turun ke kawasan litar. Melihat ramai yang berbuat demikian, kami juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan perkara yang sama. Mungkin memang sudah menjadi tradisi, tiada pengawal atau polis yang menghalang perbuatan tersebut.
Peluang untuk berdiri sendiri di atas litar memang pengalaman yang sangat menyeronokkan, berada di celah-celah kelompok orang ramai, melihat pemenang di podium, melihat kereta selepas perlumbaan di kawasan pit, semuanya adalah pengalaman yang menarik. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Exness kerana memberi peluang untuk mengalami semua ini.
Pastinya 3 hari berada di Litar F1 Sepang, merupakan pengalaman yang berharga dan menyeronokkan.
61 Comments
sukan permotoran sentiasa mendapat perhatian di malaysia. mungkin kerana cuaca dan trek yang baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem James Bond – Spectre
tak miniat sukan permotoran tapi kalau ada peluang mcm ni saya pegi je hoho
Curahan rasa nikkhazami @ ..Puding Sedut Cikedut Saripdol Sedap
memang seronok kalau bisa nonton langsung event seperti ini mesti lain ketegangannya dibanding nonton di TV
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
Rasa bangga kerana Malaysia sudah mempunyai litar lumba F1 yang bertaraf dunia.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara untuk mengelak dari digigit nyamuk
Saya tak berapa minat nak tengok Formula 1. tapi, jika diberi peluang untuk tengok secara Live, saya pasti mahu.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara untuk mengelak dari digigit nyamuk
Pergh bestnya. Teringin juga nak tengok perlumbaan F1 suatu hari nanti. Tunggu anak besar sikit. hihi.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Nano Men 18 minuman kesihatan lelaki
perghh..memang terbaik la dapat masuk Paddock Litar Sepang, tahniah !
Curahan rasa Rosaidi @ ..bilik seminar untuk disewa
best dpt jalan2 dlm paddock..nk beli tiket nk masuk dlm tu mmg x mampu laa..tgk live je
Curahan rasa Pakej Umrah @ ..Pakej Umrah 2015
Comments are closed.